07/01/2025
Fitrah seorang wanita semestinya sukakan emas dan permata. Wanita beruntung kerana mempunyai pilihan untuk memakai barang kemas atau pun menyimpan emas dalam bentuk gold bar. Emas sebenarnya adalah aset yang sangat berharga untuk wanita. Emas mempunyai aura yang tersendiri di mana ia dapat meningkatkan keyakinan diri seorang pemakai atau pemilik emas itu.
Emas juga merupakan pelaburan paling klasik zaman berzaman di mana sejak zaman nenek moyang kita lagi sudah mula menyimpan emas. Emas merupakan aset mudah untuk dicairkan di mana kita hanya perlukan masa beberapa minit sahaja untuk dapatkan wang dengan menjual atau memajak emas tersebut jika kita perlukan wang dengan segera.
Sesungguhnya wanita mempunyai nafsu yang kuat untuk berbelanja. Wanita mempunyai keinginan dan minat dalam pelbagai perkara seperti beg tangan, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya. Jika kita tidak pandai mengawal nafsu, sudah pasti kita akan boros belanjakan wang dengan pelbagai kehendak nafsu kita. Oleh itu, emas mungkin dapat mengawal keinginan dan nafsu berbelanja kita. Sebelum wang kita habis dibelanjakan kepada perkara yang tidak berfaedah, adalah lebih baik jika kita tukarkan sebahagian wang kita kepada emas.
Jadi, buat semua insan yang bergelar wanita. Simpanlah emas sebagai salah satu aset untuk diri kita. Jadikan emas sebagai satu aset perlindungan diri jika berlaku kesusahan. Aset sekecil emas akan menjadi penyelamat ketika gawat.
Nak susah apa kan? Sekarang dah ada platform akaun emas GAP yang selamat dan patuh Syariah membolehkan wanita menabung emas serendah 1g setiap kalinya.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://www.publicgoldofficial.com/imanshariati
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!