SK Advertising

SK Advertising Video Creator
(1)

24/04/2024

Adira, Datuk Red akhirnya sah bercerai!

21/11/2022

Suami yang selalu tunaikan apa yang Isteri nya mahu dengan kadar kemampuan nya,
Insya Allah rezekinya bertambah dari sumber yang x disangka2.

"Nak dapat sales RM1,000,000 tapi nak spend ads RM10 je sehari boleh?"Aduh... huhuhuhuuuuuu... 🥲
09/07/2022

"Nak dapat sales RM1,000,000 tapi nak spend ads RM10 je sehari boleh?"

Aduh... huhuhuhuuuuuu... 🥲

Hari ni Meta secara rasminya melancarkan WhatsApp Cloud API. A serious game changer. Ni benda apa? Senang cerita develop...
23/05/2022

Hari ni Meta secara rasminya melancarkan WhatsApp Cloud API. A serious game changer.

Ni benda apa? Senang cerita developer sekarang dah boleh buat a fully functional bot dengan WhatsApp. Cuma bot ni bukan independent bot macam telegram punya bot. Tapi memang itu adalah no business kita sendiri yang kita masih boleh guna seperti biasa.

Ability untuk buat bot ni selama ni niche Telegram. And to be fair it still is. Level of bot yang boleh dibuat Telegram sangat power sebab diorg sentiasa improve. Cuma business tak guna sangat sebab realitinya pengguna telegram masih minoriti. Ramai yang orang nak adalah bot untuk WhatsApp

Beza utama kenapa whatsapp tak boleh buat apa yang telegram buat macam multiple login, blast mesej online dgn bot, kalau tukar phone mesej semua hilang, sebab WhatsApp data sebenarnya sangat localized. Ianya berada dalam phone. Berbeza dengan telegram yang data kita dalam server diorang.

Tapi sekarang WhatsApp dah mula nak ubah. Data kita pun dah mula ada kat cloud. Sebab tu latest ni WhatsApp dah boleh allow multiple login dekat website, tanpa phone kita perlu connected to internet sekalipun. Dan latest business akan boleh guna satu no whatsapp yang sama dekat 10 phone

Benda ni ada pros and cons dia. Cons dia obviously data kita sekarang ni less secure la. Sebab benda dah ada kat cloud. Aku rasa benda ni yang buat founder asal WhatsApp menyesal jual WhatsApp

Tapi dengan ubah benda ni, yang jadikan WhatsApp akan boleh buat jauh lagi banyak benda

Dan antaranya adalah cloud API ni

Memang ada third party yang buat bot dengan WhatsApp. Atau automated reply. Tapi masih sangat limited. Dan kebanyakan diorang utilize notification untuk detect msg masuk dan reply. Something yang kalau nak guna untuk masa kita tutup WhatsApp waktu malam boleh la. Tapi masa tengah guna WhatsApp, dia tak jadi.

Now WhatsApp is into the game.

Antara benda yang aku imagine akan boleh buat dan sangat berharga untuk business adalah:

1) set any kind of automated reply yang kita nak. Contoh orang tanya untuk appointment kita boleh bagi link untuk buat appointment. Kita nak terus set appointment dalam ni dan terus masuk dalam database kita pun possible. Yup. Whatsapp kita akan boleh communicate dengan API lain

2) blast mesej reminder. Ni ramai orang nak sebenarnya. Tapi memang takde cara selama ni, melainkan ada la cara yang buruk macam nak kena sentiasa on whatsapp dekat computer.

Tapi dengan official WhatsApp Cloud API ni. Kita boleh tidur, phone tak bukak. Computer tak bukak. Tapi patient / customer kita dapat reminder appointment esok hari.

Atau macam nak hantar update shipping ke. Pun boleh.

3) Client database. Ini pun antara benda game changer. Kalau selama ni kita cuma boleh kumpul data kalau orang tu isi borang ke apa. Jadi selama ni ramai la business offer macam-macam. Dapat diskaun ke kalau isi info..

Tapi dengan cloud api ni, xyah dah. Sekali je client mesej kita, kita boleh rekod nama dan no dia sebagai potential customer. Dah tak perlu nak save manual info diorang. Dan benda ni pun boleh auto integrated kepada meta business center punya graph API

Dan in the future aku yakin WhatsApp akan move towards boleh buat payment melalui WhatsApp. Boleh keluarkan catalogue, sekaligus restoran pun boleh utilize benda ni. Keluarkan menu je kat no WhatsApp, bayar kat WhatsApp etc

Seriously. This is game changing. Sebab tu hari ni gak aku explore dan terus setup our own WhatsApp bot dan berjaya haha. Tak sia-sia aku belajar programming masa PKP dulu

P/S: dekat gambar tu no US sebab itu untuk test environment yang Meta provide. Untuk make sure kita dah reti setup semua code dan webhook dengan betul. No sebenar tu boleh masukkan je bila dah ready

P/SS: sekarang aku tengah fikir macam mana aku boleh buat duit dengan knowledge ni. Hmmm 🤑🤣

P/SSS: Boleh consider kalau nak beli saham Meta lol. This should bring them billions of revenue with minimal additional cost

https://shope.ee/7pEdrzeqlV

Nah buku kalau nak belajar coding for beginner. Btw kalau nak belajar coding untuk business, belajarlah Javascript

Setiap orang lelaki mesti ada duit selit. Banyak membantu kita masa sesak.
22/05/2022

Setiap orang lelaki mesti ada duit selit. Banyak membantu kita masa sesak.

22/05/2022

Moga bermanfaat buat usahawan di luar sana.

Musim open house tak habis lagi ni. Eloklah kita pun saling beringat na 😀. نفعنا الله 🤲🏻.
22/05/2022

Musim open house tak habis lagi ni. Eloklah kita pun saling beringat na 😀.
نفعنا الله 🤲🏻.

kereta rakyat marhaen dilancarkan...banyak juga la yg dipertingkatkan...ok ke tak dengan harga tu?📷 Paul Tan's Automotiv...
12/05/2022

kereta rakyat marhaen dilancarkan...
banyak juga la yg dipertingkatkan...

ok ke tak dengan harga tu?

📷 Paul Tan's Automotive News

Isteri kita ni, Sebelum kahwin dengan kita, kita nampak dia lawa.Sebab dia tak jadi milik kita lagi.Bila dah jadi milik ...
10/05/2022

Isteri kita ni,

Sebelum kahwin dengan kita,
kita nampak dia lawa.
Sebab dia tak jadi milik kita lagi.

Bila dah jadi milik kita,
kita rasa dia biasa biasa sahaja.
kita nampak orang lain p**ak lagi lawa dari dia.

Bila berpisah, bercerai,
kita nampak 'janda' kita ni lawa balik, mengancam balik.

Sebab?
Dia dah bukan milik kita lagi dah.

Hakikatnya,
Orang yang kita nampak lawa dan orang yang kita rasa biasa biasa saja itu adalah orang yang 'sama'.

Dia tak pernah jadi hodoh pun.
Dia tetap sama!

Cuma kita sahaja yang tak reti bersyukur bila dah memiliki dia.

Kredit : Raden Inten

Allah sedihnya, sesapa di sana tolonglah bantu, kalau dekat saya akan bantu 😭😭😭😭DALAM KITA SIBUK NAK BERAYA. JGN LUPA ME...
27/04/2022

Allah sedihnya, sesapa di sana tolonglah bantu, kalau dekat saya akan bantu 😭😭😭😭
DALAM KITA SIBUK NAK BERAYA. JGN LUPA MEREKA YG MEMERLUKAN.
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. "Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai".
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيلَشَدِيدٌ
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, "Sesungguh­nya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih."
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri

kredit : Mohd Azhani

🍔RAMLY: The King of Malaysian Burger 🍔RAMLY BIN MOKNI  Saya pernah membuat pinjaman pada 1987 tetapi ditolak oleh instit...
25/11/2021

🍔RAMLY: The King of Malaysian Burger 🍔

RAMLY BIN MOKNI

Saya pernah membuat pinjaman pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.

Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.
Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.

Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan p**a yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.


"Sedap di tekak,tidak semestinya halal.."Terima kasih di atas ilmu
25/11/2021

"Sedap di tekak,tidak semestinya halal.."
Terima kasih di atas ilmu

Tengah skroll cari cara nk marketkan business?semua dah RUPA baru mula memecut sekarang kan?perasan?jangan pening kepala...
22/11/2021

Tengah skroll cari cara nk marketkan business?semua dah RUPA baru mula memecut sekarang kan?perasan?

jangan pening kepala bos,saya tau hampa semua tengah fening nak bangun semula,tapi tengok org speed je skg.

Sebenarnya FIRST IMPRESSION org pada biz kita sngat penting bos,baru org mula ENGAGE dengan kita,rasa muak dah tengok brand sendiri bersarang labah kan,apa kata buat baru.

Nahhh saya open service design pada hampa semua,price dah siap kt poster,kalau bertanya lagi xtau lah hahaha.

klik link wasap nih tuk start design bersama kami:
https://skadvertising.wasap.my/
https://skadvertising.wasap.my/
https://skadvertising.wasap.my/

22/11/2021
STORY DIA MACAMNIH GENG...DAH LAMA AKU NK TANYA JIRAN INDIA AKU NIH...Aku tengok dari tengok dari cucu sampai tok nenek ...
21/11/2021

STORY DIA MACAMNIH GENG...DAH LAMA AKU NK TANYA JIRAN INDIA AKU NIH...

Aku tengok dari tengok dari cucu sampai tok nenek rambut semua lebat2 belaka,tambah2 yang lelaki baya aku nih gantang2 belaka,macam hero hindusstan sudaa...

jadi aku skg nih cuba la simpan rambut panjang,jadii....duk lepak2 ngn member aku kat taman sungai petani nih aku korek la rahsia dia,so dia bawak keluaq satu minyak nih.

so aku trt pakai seminggu CONSISTANTLY serius best beb,rambut rasa tebal jer,jangut pun aku bedal sapu.

Aunty cakap minyak nih kt anak yg susah naik rambut pun boleh sapu,bila aku try dia mcmnih gengg...

korang akan teringat kembali zaman tok2 kita dulu buat minyak tanak,sapu masa kita kecik2 dlu,pastu sekali taik minyak kita rembat makan,sedap gilaa.hahaha.

Tapi beza sikit dari minyak diorg,bahan lebih bnyak dan lebih padu,antaranya: biji lenga hitam,minyak kelapa,minyak argan,sweet almond dan castor oil...

Oleh sebabkn minyak nih bermanfaat bagi aku,aku suruh aunty bottlekan..kalau korang nih boleh tekan link wasap nih,aku cakap awal2,harga dia keras sikit,RM45 sebotol,sebab bahan bnyak,

tekan sini
https://skadvertising.wasap.my/
https://skadvertising.wasap.my/
https://skadvertising.wasap.my/

Oleh sebab benda nih bermanfaat aku share kt korang,homemade and tradisional recipe geng,bye!

oh!

COD sekitar Sungai petani boleh.

Yes! Dah tiba masa musim flagged berjemaah oleh Facebook!Hehehe!Siap ada servis untuk dapatkan semula akaun yg kena flag...
18/11/2021

Yes! Dah tiba masa musim flagged berjemaah oleh Facebook!
Hehehe!
Siap ada servis untuk dapatkan semula akaun yg kena flagged plak tu.
Berapa chargenya?
Ntah, saya tak pasti.
"Kenapa kena flagged?"
Ntah, saya pun tak pasti.
Mungkin sebab nak mengurangkan ads account yang tak aktif kot.
Sebab benda ni terjadi dalam ads account dalam Business Manager,
Di mana, ads account yg tak aktif,
Auto Restricted / Flagged / Disable oleh Facebook.
"Semua orang ke kena flagged?"
Jawapan saya: "Bersyukur laa kamu kalau tak kena flagged. Dan jangan kamu minta kena flagged." PU Aziz MK. 😂
Tak kira apa bisnes sekalipun,
Facebook random flagged ya sekarang.
Yg jual stokin, jual makanan kucing, barber, dan bisnes2 yg sangat safe di Facebook,
Kena flagged.
"Jadi, nak buat apa bila kena flagged ni?"
Appeal je laa.
Bukan susah pun.
Kalau buka Ads Manager, ada butang Request Review,
Klik je kat situ.
Kalau dia minta IC, bagi je.
Janji nama sama dgn IC.
Atau muka sama.
Facebook pakai muka kucing,
Lepas tu nama ala2 Yakuza Jepun,
Tak sama langsung dengan IC,
Ni agak leceh sikit, proses jadi lama.
😂
Ramai orang kita tak appeal.
Samada redha,
Atau tak reti,
Atau takut.
Ntah.. saya pun taktau.
Butang Request Review punya laa besar kat situ,
Tak ditekannya butang tu.
Computer/Handphone takkan meletup kalau tekan butang tu.
Jangan risau.
Kasi share laa sikit post ni.
Kesian kat member2 kita yg kena duduk dalam gua tu.
Biar ada harapan sikit post ni kat diorang.
Minggu depan kelas KEONG!
Yeay!
Nak join? Meh ler --> https://ezy.la/keongnov21
kredit to:

Penat je datang jauh.ingatkn dah tukar jadi siakap 🤣
18/11/2021

Penat je datang jauh.ingatkn dah tukar jadi siakap 🤣

Murtabak Adik Nana Kat Kota Sarang Semut..Sedap Nak MampuihhhKredit Caeins Pidas
17/11/2021

Murtabak Adik Nana Kat Kota Sarang Semut..Sedap Nak Mampuihhh

Kredit Caeins Pidas

30/10/2021

My bet on future technology ialah seperti movie Ready Player One.

Waktu tonton movie tu saya duk fikir camne nak letak ads placement kat dunia virtual tu. 😂

Jadi bila Mark dah inform tentang Metaverse, teringat movie ni.

Dunia virtual menjadi main reality.

Dunia realiti menjadi second reality.

Bila dah masuk dunia tu, potensi untuk kelalaian lebih tinggi. Kalau sekarang pun dah ramai lalai, apatah lagi next level kan haha.

Orang nak lupakan ujian dunia realiti dan pergi ke "syurga virtual".

Boleh juga menyebabkan kebergantungan kita kepada selain Allah makin meninggi.

Are we ready to embrace the future?

Credit : Al farabi Shariff

Bahagia dengan cara sendiri.Simple.
10/09/2021

Bahagia dengan cara sendiri.

Simple.

15 tahun yang lalu, lelaki kelahiran China ini tiba di Singapura dengan beban hutang $100,000. Tapi hari ini net worth s...
04/09/2021

15 tahun yang lalu, lelaki kelahiran China ini tiba di Singapura dengan beban hutang $100,000. Tapi hari ini net worth syarikat beliau adalah $20 Billion. 😱
Ini kisah Forrest Li (Founder Shopee). Dari China, masuk Singapore dan jadi orang paling kaya di Singapore. Ini baru betul “I Came. I Saw. I Conquer” 😂
Masa dia sampai di Singapore dulu, dia hanya mampu sewa bilik saja. Cerita dia gini..
Li ni dulu memang kaki game. Masa dia belajar Degree dulu, memang tak berapa nak pandai sangat lah. Asal ada masa terluang je dia gi cyber cafe main game.
Masa habis degree tu dia dapat kerja di Motorola China. Tapi dia tak minat. Sebab dia tak cukup masa nak main game 🤪
So apa dia buat? Dia gi amik loan untuk sambung belajar Master di Stanford University US.
Masa di US, Li pergi graduation ceremony awek dia (kini wife). Waktu tu, Steve Jobs yang bagi ucapan. Dia tak boleh lupa kata-kata steve jobs “Stay Hungry, Stay Foolish”
Ini kata-kata keramat Steve Jobs yang terus membakar semangat Li untuk kejar impian dia.
Bagi kaki gamers, korang mesti ingat Garena kan? Ini antara first business dia buat masa kat Singapore. (Bisnes sebelum Garena ni gagal)
Dia ni memang kaki game. Masa belajar di Uni dulu pun memang main game je la kerja dia. So dia nak buat bisnes dengan benda yang paling dia minat. GAME !
Garena mencanak naik. Tapi orang tak kenal siapa di sebalik Garena ni. Masyuk gak lah Forrest Li ni dulu. (Nama Forrest di ambil sempena Forrest Gump 🏃‍♂️)
Satu hari masa Li bercuti dengan family, dia tanya anak dia “Apa yang paling awak rindu di China?”
Anak dia jawab “Tabao” (Kalau korang tak tahu, Tabao ni macam shopee lah. Tapi di China)
Mendengar jawapan anak dia tu, Li pun dengan nada bergurau kata “Ok, nanti daddy buat satu Tabao kat sini haha!”
Nak jadikan cerita, gurauan Li kepada anak dia tu jadi realiti bila dia buka Shopee pada tahun 2015.
Di sebabkan data yang dia ada dari pengguna Garena, dia berjaya mengkaji “pattern” mobile users dia asia tenggara.
Memang strategi awal Li dulu adalah mobile-first. Maknanya apps yang dia nak buat wajib senang di pakai guna handphone.
Walaupun di consider sebagai “late-comer”, Tapi Li tak kisah. Dia onz juga projek Shopee. (So, jangan ingat bila kita lambat masuk sesuatu industry kita takkan berjaya)
Sebab waktu tu antara ecommerce yang famous adalah Lazada dan Tokopedia.
Jadi, apa strategy mereka di peringkat awal?
Aggresive Marketing – Mobile First – Zero Sales Commissions Strategy.
Ini kita boleh panggil sebagai Entry Level punya Strategy.
Bayangkan korang nak masuk market yang dah ramai “jerung”. Kenapa orang nak pilih kita yang baru nak masuk ni sedangkan dah ada brand besar lain seperti Lazada dan Tokopedia?
Nak tak nak, Li kena be very aggresive dalam marketing. Aggresive bukan bermaksud tabur duit pastu tunggu orang masuk web.
Aggresive bermaksud berada di semua tempat.
Tapi tak guna juga kalau buat marketing gila-gila tapi apps dia tak bagus. Itu datangnya p**a Mobile First Strategy. Maknanya dia kena buat apps yang orang rasa senang nak akses melalui smartphone.
Ok sekarang dah buat aggresive marketing dan mobile first. So orang dah ramai install apps dia. Tapi masih tak cukup. Dia perlukan Seller yang ramai.
Bila orang masuk tapi tengok takde barang, orang tak masuk dah la. Ibarat kita masuk shopping mall yang takde kedai. Naya pak karem! Memang sekali je la pegi mall tu.
Kat sini p**a datang strategy Zero Sales Commissions. Maknanya Shopee tak ambil sebarang komisyen kepada seller yang nak berniaga di shopee. Kira macam bagi tapak percuma la untuk peniaga. (Strategy ini buatkan shopee rugi bertahun-tahun lamanya. Keyword : sabar)
Ibarat macam ni : Buat marketing gila-gila > Orang mula datang > Tengok banyak kedai dan meriah dengan pelbagai pilihan.
Apa jadi? Orang mula ramai-ramai masuk. Seller mula dapat sales yang banyak. Seller pun bagitau seller lain yang jual kat shopee senang dapat sales. Seller lain masuk lagi ramai.
Pengguna p**a makin seronok sebab banyak pilihan dan bermacam jenis harga.
Customer’s experience meningkat maka shopee menjadi bualan (word of mouth). “Kau beli kat mana benda ni?” “Aku beli kat shopee jer”

“Kau cari kat shopee jer mesti jumpa”

“Aku tengok kat shopee la murah sikit”

Biasa dengar kan? Haha!
Bila dah cukup masa, baru la Shopee charge komisyen. Masa ni la baru diorang kaut kerugian bertahun-tahun yang diorang tanggung. Tapi sekali kaut main billion terus haha! Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Datang merantau ke negara orang dengan bebanan hutang tapi boleh jadi antara orang yang terkaya p**a di negara tu. Power kan?
Punca awal dia yang best.

1) Kata-kata semangat Steve Jobs “Stay Hungry, Stay foolish”
Kata-kata ini buat dia kejar impian dia untuk tubuhkan Garena.

2) Kata-kata anak dia yang rindu pada Tabao. Haha!
Menarik kan? Ok now lets go! We stay hungry, stay foolish!

Seorang wanita menghampiri peniaga telur dan bertanya " Pak cik , Berapakah harga telur? "Dijawab " 4 biji RM 2" "Mahal ...
25/08/2021

Seorang wanita menghampiri peniaga telur dan bertanya " Pak cik , Berapakah harga telur? "

Dijawab " 4 biji RM 2"

"Mahal yaaa , Bagilah 6 biji RM 2" ujar perempuan tadi.

"Maaf nak, tak boleh . pak cik untung tipis". Jawap perlahan peniaga tua ini.

Ok lahhh pakcik , last daripada saya, 5 biji RM 2. Kalau tak boleh jugak saya pergi beli tempat lain.

Boleh ke tak ? dengan nada keras.

Lelaki tua ini akur dan berkata " boleh nak, asalkan perniagaan pak cik laku ".

wanita ini gembira kerana berjaya membeli dengan harga murah.

telefon wanita tadi berdering, rakannya menelefon.

" You, ada mana tu ?"
" Ada kat pasar ni "

" jom kita ke restoren biasa kita"
" ok-ok, tunggu i kat sana k, jangan lupa chop meja biasa kita duduk"

Mereka bertemu di restoren 4 bintang tempat biasa mereka minum pagi setelah penat membeli belah dipasar.

setelah memesan menu biasa, mereka akan bersantai sehingga tengahari.

Mereka hanya akan p**ang kerumah masing-masing untuk makan tengahari bersama suami.

Jam terlihat sudah 11.30 pagi dan mereka sepakat ingin p**ang. Mereka memanggil pelayan dan meminta bil.

Ehhh berebut p**a nak bayar.

"Youuu, bagi laa i bayar kali ini "
" Halahhh biar i je laaa "

Pelayan tetamu datang membawa bil dan tertera RM 90.

Seperti biasa wanita yang membeli telur pagi tadi akan membayar RM 100 dan dengan bangga berkata

" keep the change"

sudah dapat apakah isi cerita diatas?

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini?

Sikap dan Pemikiran kita !

Mengapa kita sanggup "bersedekah pada orang yang tidak perlu dan menekan orang yang lebih memerlukan ? "

Peniaga kecil berniaga untuk hidup sedangkan peniaga kaya berniaga untuk lebih kaya.

Tidak salah menawar di pasar kerana ia adalah hak kita tetapi tidak bolehkah kita yang sememangnya mampu , cuba untuk berlembut dengan peniaga kecil .

Mengapa kita boleh akur dengan harga tetap di pasaraya milik taikun ?

Mengapa kita tidak boleh akur juga dengan peniaga kecil-kecilan?

Saya ulang tiada salah menawar hanya yang salah sikap kita yang keterlaluan menekan peniaga kecil yang memerlukan.

Teringat ayah kami yang tiap kali membeli daripada peniaga jalanan sengaja melebihkan bayaran dalam seringgit dua.

Apabila kami tanya kenapa perlu bayar lebih seringgit dua ?

Jawap ayah lembut,

Nak , itulah cara kita bersedekah dalam pada masa sama kita menjaga air muka mereka.

Percayalah mereka malu meminta-minta tetapi mereka sangat gembira apabila diberikan lebih daripada harga dipinta.

Seringkali saya ulang dalam diri.

Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri, mereka tidak pernah minta jadi begini.

Terjemahan dan olahan oleh rahmat ikhsan daripada posting Syeikh Ancan Sulaiman

Situasi terkini di Alang Kenari resort, Yan yang musnah teruk akibat tragedi kepala air yang melanda kelmarin.. Semoga d...
19/08/2021

Situasi terkini di Alang Kenari resort, Yan yang musnah teruk akibat tragedi kepala air yang melanda kelmarin..

Semoga dipermudahkan urusan..

Credit : Safuan Bin Salahudin

⭕PERUT SEMAKIN KECIL, LELEMAK BERKURANGAN, SEMBELET HILANG. PUNCA SUSAH NAK KUROS SEBAB MASALAHH SEMBELET YANG KETARA SA...
22/07/2021

⭕PERUT SEMAKIN KECIL, LELEMAK BERKURANGAN, SEMBELET HILANG. PUNCA SUSAH NAK KUROS SEBAB MASALAHH SEMBELET YANG KETARA SANGAT. BILA PEMBUANGAN BAIK, MUDAH UNTUK KUROS.⭕

Cuma amalkan hannis green coffee 1 hari 1 kali sahaja.
Ada 15 sachets, bancuh dgn air panas dan terus minum.

✅Ada sijil HALAL JAKIM
✅ Lulus ujian makmal
✅ Lelaki wanita sesuai untuk minum

Sekarang ada promo LOCKDOWNN! Ada free gift tau...
Serius ada masalahh dan nak grab PROMO LOCKDOWN. Terus klik link di bawah ni ok.

https://ordersiniklik.wasap.my/

DAH PENAT NGN PKPPKP?RELEXS ABG AKAK,PULUHAN MOVIE LAGEND DAN BARU UNTUK SEISI KELUARGA.Duduk kt sofa layan movie ngn ke...
12/07/2021

DAH PENAT NGN PKPPKP?RELEXS ABG AKAK,PULUHAN MOVIE LAGEND DAN BARU UNTUK SEISI KELUARGA.

Duduk kt sofa layan movie ngn keluarga tersayang lagi bagus,
nahhh admin lanje Movie yang hampir nilai RM1Kpluss nih serendah RM40 je.

kini anda layan lah movie lagend dan terbaru sepuasnya,cuma RM40 seumur hidup,sekali bayor jo.

Khas bagi yang nampak iklan ini shaja,klik link dibawah tuk join group movie.

https://ordersiniklik.wasap.my/

Bosan dah xtahu nk buat apa kat rumah,pkpkpkpkpkp xhabis2..alang2 tu,apa lagi kan,jom movie merathon! hilangkan seteress...
10/07/2021

Bosan dah xtahu nk buat apa kat rumah,pkpkpkpkpkp xhabis2..alang2 tu,apa lagi kan,jom movie merathon! hilangkan seteress tu, layan movie dgn fone atas sofa lagi bagus.

kini anda layan lah movie lagend dan terbaru sepuasnya,cuma RM40 seumur hidup,sekali bayor jo.

Khas bagi yang nampak iklan ini shaja,klik link dibawah tuk join kaki movie.

https://ordersiniklik.wasap.my/

Kes harian tertinggi dilaporkan adalah 6,075 kesKlik https://bit.ly/3tXXVXu untuk baca berita penuh
19/05/2021

Kes harian tertinggi dilaporkan adalah 6,075 kes

Klik https://bit.ly/3tXXVXu untuk baca berita penuh

W@r kali ni lain macam.AQ- alQssm well prepared.Normally isreal dah angkat kaki give up.But this time they want to fight...
14/05/2021

W@r kali ni lain macam.
AQ- alQssm well prepared.

Normally isreal dah angkat kaki give up.
But this time they want to fight.

Tapi AQ Banyak strategy. Antaranya kuasa luar tak dapat hantar bantuan to isreal.

So dengan berkat Ramadhan & aidilfitri ni, doa jiwa yang suci — jiwa yang kembali kepada fitrah dengan perkenan Allah, doanya makbul.

Teruskan berdoa untuk mereka.

Yang paling sy kagum, macam mana AQ cipta rocket/senjat@. Mesti ada test kan? Di kawasan mana diorang test dalam keadaan semua tempat dipantau.

Rocket p**ak 250km boleh pegi.
Power!

Teruskan doa & sumbangan.

.

Mak sabar ye .. Along On The Way ni 🥰Cuma nak minta tolong amik Je nnti Raya Tetap Raya Kita lawan‼️*Pesanan - Kalau pil...
06/05/2021

Mak sabar ye ..

Along On The Way ni 🥰
Cuma nak minta tolong amik Je nnti

Raya Tetap Raya
Kita lawan‼️

*Pesanan - Kalau pilih JnT standby insurans awal2 takot fening dilambung2

Memilih suami itu ibarat memilih akhirat kamu. Jadi pilih yang sebaik nya. Baik untuk dunia dan akhirat.Kredit: Milo Tab...
06/05/2021

Memilih suami itu ibarat memilih akhirat kamu. Jadi pilih yang sebaik nya. Baik untuk dunia dan akhirat.

Kredit: Milo Tabur Viral

Address

Gurun
08300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Advertising posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK Advertising:

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Gurun

Show All