VIRAL Meletop

VIRAL Meletop Kongsi berita dan maklumat terkini

Mencari tukang service aircond ada ke
02/12/2023

Mencari tukang service aircond ada ke

Lokasi healings terbaru di kedah
25/06/2023

Lokasi healings terbaru di kedah

248 likes. “ROCK VILLAGE S*K KEDAH Lokasi baru Port camping,vibe ala ala Jogja dengan Chiang Rai namun berada S*k Kedah. Tempat yang cukup menarik dan cantik permandangannya. Sesuai untuk camping, Hiking & Healing atas bukit pagi dapat tengok awan karpet,suasana berkabus tebal. Rock Village, Kg Ku...

Jika sesebuah keluarga tidak berkumpul untuk gelak ketawa bersama, mungkin ada antara mereka yang bersedih dalam diam. H...
27/02/2023

Jika sesebuah keluarga tidak berkumpul untuk gelak ketawa bersama, mungkin ada antara mereka yang bersedih dalam diam. Hidup ini terlalu singkat untuk memendam perasaaan. Jadi leraikanlah kekusutan dan berhenti menyimpan dendam yang tidak perlu.

Dalam hidup ini, keluarga dan sahabat adalah lebih bernilai daripada semua wang dan harta benda yang ada di dunia.

Seseorang yang benar-benar menghargai dan menginginkan anda dalam hidup mereka, tidak akan melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan anda.

Manusia boleh terluka dengan kata-kata, dengan perbuatan, dan ada juga dengan sifat mendiamkan diri. Tetapi yang paling menyakitkan hati adalah apabila seseorang mengabaikan kita walaupun menyedari kita sangat menghargai mereka.

Pekerjaan adalah pekerjaan. Samada anda seorang doktor atau tukang cuci. Anda tidak berhak untuk memperlekeh seseorang hanya kerana anda memperoleh lebih banyak pendapatan daripada orang lain. Mereka juga cuba untuk mencari wang demi mengalas perut dan menampung kehidupan mereka dan keluarga.

Saya abaikan ketika diumpat dan dicaci.
Saya hanya diam saat diperlekehkan.
Saya tidak peduli saat diserang dalam diam.
Itu bukanlah kelemahan, tetapi itu adalah kebijaksanaan kerana saya rasa, tidak semua perkara buruk yang orang lakukan pada saya, perlu saya balas. Allah kan ada.

Hidup ini bukan untuk bertanding, jadi tak semestinya anda perlu ikuti rentak hidup dan cara orang lain. Setiap orang berbeza destinasi dan tujuan. Bergeraklah di atas kemampuan diri anda, berdasarkan pilihan hidup, harga diri dan prinsip hidup anda sendiri.

Jangan gusar andainya anda tidak punya ramai kawan. Tapi anda harus gusar andainya punyai kawan yang baik di hadapan tapi bertukar musuh di belakang anda.

Masalah yang bukan milik anda:-
1. Sifat cemburu orang lain bukan masalah anda.
2. Alasan orang lain bukan masalah anda.
4. Sifat pentingkan diri orang lain bukanlah masalah anda.
5. Perkara yang berlaku di luar kawalan, bukanlah masalah anda.

Sesiapa sahaja yang mudah mempercayai kisah pembohongan tentang anda tanpa mendengar sisi cerita anda, sudah pun mencari jalan untuk menentang anda.

4 jenis orang yang perlu anda jauhi:-
1. Orang yang asyik mengadu domba. Tugas mereka adalah untuk berkongsi kesengsaraan mereka. Anda tahu kesengsaraan s**a datang berhimpit.
2. Orang yang cemburu. Mereka akan merendahkan anda supaya anda tidak menyinggung perasaan mereka dan supaya mereka tidak rasa cemburu lagi.
3. Si tukang gosip. Mereka datang kepada anda dengan kisah orang lain. Dan kemudian mereka pergi kepada orang lain dengan kisah anda.
4. Orang yang negatif. Mereka bersikap negative dengan diri Mereka dan turut menyebarkan negatif untuk menurunkan keyakinan anda. Jauhi orang sebegini jika anda ingin maju dan hidup aman.

Berdiam diri ketika kemarahan yang membara.
Berdiam diri jika anda tidak tahu keseluruhan cerita.
Diamlah jika kata-kata anda boleh menghancurkan perhubungan anda.
Diamlah jika diam itu boleh menyelamatkan persahabatan.
Berdiam diri jika anda tidak boleh bercakap tanpa meninggikan suara.

Jika anda sentiasa perlu memberitahu orang yang sama perkara yang sama berulang kali dan mereka tidak berubah. Mereka bukannya tidak memahami anda, tetapi kerana mereka tidak menghormati anda.

Kadang-kadang anda perlu telan kata-kata anda, kunyah ego anda dan belajar mengakui kesilapan, kerana mengakui kesilapan bukan merendahkan anda, ia dipanggil kematangan.

Untuk mencari bahagia, anda mesti lepaskan apa yang telah pergi, syukuri apa yang masih ada, dan nantikan apa yang akan datang seterusnya.

Jangan putus asa apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan anda. Tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk bangkit semula andai anda rebah tersungkur. Yakin pasti ada sinar suatu hari nanti.

- Dr Mohd Sahol Hamid

16/10/2022

44 orang terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Oktober 16, 2022 13:55 MYT

LANGKAWI: Seramai 43 pendaki dan seorang jurupandu yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh, Langkawi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi semua mereka sedang dalam perjalanan untuk turun dari bukit.

Beliau berkata, hujan lebat turun telah mengakibatkan terjadi kepala air membuatkan mereka terperangkap.

“Sepas**an anggota polis dan Bomba tiba di lokasi mendapati mangsa berada di seberang tebing sungai dan tidak dapat melintasi.
“Pada awalnya pas**an penyelamat berhadapan kes**aran untuk memasuki tempat kejadian kerana air sungai deras.

“Tindakan pantas pas**an penyelamat berjaya memindahkan mangsa ke kawasan selamat dengan merentasi sungai menggunakan tali,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya kesemua mangsa selamat dan berjaya dibawa keluar pada pukul 3 petang.

Ada yang berpendapatan besar, Tapi habis untuk menanggung hutang..Ada yang jabatannya bagus, Tapi pulang ke rumah 3 bula...
06/08/2022

Ada yang berpendapatan besar, Tapi habis untuk menanggung hutang..

Ada yang jabatannya bagus, Tapi pulang ke rumah 3 bulan sekali.

Ada yang dekat dengan keluarga, Tapi gaji hanya cukup untuk hidup sendiri.

Laluan jalan kita sama-sama terjal, Yang membezakan hanyalah jenis batunya.

========================

Ada yang harus merantau demi ekonomi keluarga yang lebih baik.

Ada yang harus stay dirumah untuk menemani orang tuanya.

Pepatah jawa ada yang bilang begini " sawang-sinawang ".

Yang menurut kita enak belum tentu enak, yang menurut kita tak enak belum tentu juga tak enak.

Bahagia untuk kita semua..

========================

Ada yang single tapi punya banyak waktu luang dan penghasilan.

Ada yang berpasangan saling cinta tapi terhalang restu kerana perbezaan keyakinan.

Ada yang sudah hidup bersama, indah, tapi belum juga diberi titipan TUHAN berupa momongan.

Ukuran bahagia manusia tidak jauh dari sabar dan syukur.

======≠===========≠

Kepada semua para pejuang kehidupan, Terima kasih kerana tidak pernah menyerah kalah.

Jangan pernah berhenti walau langkahmu terasa semakin berat.

Mungkin diujung nanti, banyak hal-hal baik yang menanti untuk kalian semua jemput.

Beza jalan satu tujuan...
SEMANGAT SEMUANYA.

Lelaki maut tercekik tulang dagingOleh Nurul Fatihah SulainiJulai 13, 2022 @ 5:07pmbhnews@bh.com.myBESUT: Seorang lelaki...
13/07/2022

Lelaki maut tercekik tulang daging

Oleh Nurul Fatihah Sulaini
Julai 13, 2022 @ 5:07pm
[email protected]

BESUT: Seorang lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas, dipercayai tercekik tulang daging korban di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih, di sini, semalam.

Kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, 32, berkata, ketika kejadian adiknya, Wan Azlan Wan Ishak, 28, baru pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.15 petang.

Katanya, Wan Azlan terus ke masuk ke dapur untuk memanaskan singgang daging, sebelum makan.

"Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu. Lauk kegemarannya ialah ayam. Dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan.

"Semalam arwah makan daging singgang, lalu tercekik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Wan Azlan meronta-ronta meminta tolong memaklumkan dia s**ar untuk bernafas.

"Saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya dan sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Arwah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang," katanya.

Wan Suria berkata, arwah adiknya amat rapat dengan ahli keluarga serta disenangi oleh semua kenalan kerana seorang yang peramah dan s**a membantu sesiapa sahaja.

Katanya, kehilangan Wan Azlan amat dirasai namun mereka reda dengan pemergiannya pada hari ketiga Aidiladha.

"Pada haya kedua Aidiladha, ibu berkata jika Azlan tiada, pasti mereka s**ar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga," katanya.

Beliau berkata, arwah dikebumikan kira-kira jam 12 malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak.

11/07/2022

Lelaki cuci perut lembu guna mesin basuh dipuji kreatif

Oleh KOSMO!
11 Julai 2022, 3:38 pm

PETALING JAYA – Pelbagai gelagat dan usaha kreatif diambil oleh sebahagian masyarakat sempena perayaan Aidiladha bagi menguruskan daging korban.

Seperti yang dikongsikan di laman sosial makey.24jey memaparkan tindakan seorang individu menggunakan mesin basuh untuk membersihkan daging korban dipercayai bahagian perut lembu.

Berdasarkan video berdurasi 24 saat itu, kerja-kerja membersihkan perut itu juga kelihatan tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna laman sosial memuji usaha kreatif tersebut sekali gus menjadikan ia lebih mudah dan cepat berbanding kaedah tradisional.

“Baru lepas cuci perut lembu, aku rendam dengan air kapur selama tiga jam dan lepas tu tanggal semua hitam-hitam. Tak susah pun,” kata a***n.

“Paling s**a bahagian perut tetapi tulah nak cuci memang kena bertabah. kalau sikit bolehlah guna air kapur. Banyak macam ni apa yang ada pun boleh,” ujar Maria.

“Dulu dah pernah guna cara macam ni. Mertua punya marah sampai dia buang mesin tu,” luah Faiz. – KOSMO! ONLINE

RUMAH SEBAGAI MESIN DUIT1. Jika kita kerja swasta dan tiada pencen  macam orang gomen.2. Sasarkan beli 5 rumah sebagai p...
16/06/2022

RUMAH SEBAGAI MESIN DUIT

1. Jika kita kerja swasta dan tiada pencen macam orang gomen.

2. Sasarkan beli 5 rumah sebagai persiapan pencen, jika dapat bawah RM200k sebuah dari lelong atau subsale

3. Bila bersara nanti ia boleh jadi sumber pendapatan pencen anda dari sewa.

4. Memang rumah mahal hari ini, bermulalah dengan rumah kecil pinggir bandar utama.

5. Ikat sedikit kemahuan dan tukar kepada kereta kecil atau kancil. Jangan terliur nak beli Iphone atau Myvi baru dik!

6. Ramai pelabur yang saya kenal mereka miskin gaya tetapi kaya raya.

7. Jika berjaya beli 5 rumah sewa RM200k sepanjang 30 tahun kerja, bila bersara kita ada aset lebih SEJUTA!

Anjing dimasukkan lomba untuk bersaing dengan Cheetah, tujuannya adalah untuk mencari tahu siapa yang lebih cepat.Semua ...
02/06/2022

Anjing dimasukkan lomba untuk bersaing dengan Cheetah, tujuannya adalah untuk mencari tahu siapa yang lebih cepat.

Semua orang terkejut karena Cheetah tidak beranjak dari tempatnya.

Mereka bertanya kepada koordinator lomba tentang apa yang terjadi.

Tanggapannya setelah melihat gambar ini.

Kadang² mencoba untuk membuktikan bahwa kau adalah yang terbaik adalah sebuah penghinaan.

Kita tidak perlu turun ke level orang lain untuk membuatnya mengerti bahwa kita adalah yang paling kuat.

"Berpikir keras" dan "simpan energi Anda" untuk apa yang pantas Anda dapatkan.

Cheetah menggunakan kecepatannya untuk berburu.

Hanya untuk "berburu".

Bukan untuk membuktikan kepada Anjing tentang siapa yang lebih cepat dan kuat.

Jadi paham kenapa terkadang orang² cerdas memilih untuk diam saja daripada ribut membuktikan dirinya.

JANGAN SIA-SIAKAN WAKTUMU UNTUK MEMBUKTIKAN NILAIMU.

Tulisan Joana Tjahja .

_______

Hasil seni yang kreatif
31/05/2022

Hasil seni yang kreatif

Sekarang banyak kes Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)..Bedasarkan pengalaman sebelum ni saya rawat anak saya guna ca...
14/05/2022

Sekarang banyak kes Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)..Bedasarkan pengalaman sebelum ni saya rawat anak saya guna cara ni...

1-sabun daun semambu untuk buat mandi
2- ubat ulser gengigel untuk sapu kat ulser dalam mulut.

Biasanya budak2 ni akan kena kat taska. Agak2 bila anak dah ada simtom mcm bintik2 air kat badan maka parents kena bawak terus anak anda ke Klinik Kesihatan untuk confirmation. Bila dah confirm doc akan keluarkan surat kurantin HFMD, salah seorang akan dpt cuti kurantin samada ibu atau ayah. untuk gov cuti kurantin hanyalah 5 hari termasuk sabtu ahad. sedikit perkongsian bedasarkan pengalaman sebelum ni.

Kredit : kamal Yazid Abdullah

*Bila Usia Masuk 40an-50an, Banyak Perkara Yang Perlu Kita Ubah*Antaranya :1⃣ Bersederhana dalam bekerja, sebab kau kena...
14/05/2022

*Bila Usia Masuk 40an-50an, Banyak Perkara Yang Perlu Kita Ubah*

Antaranya :

1⃣ Bersederhana dalam bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga.

2⃣ Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar.

3⃣ Berhenti untuk fikir masalah kerja di rumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.

4⃣ Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga.

5⃣ Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!

6⃣ Tinggalkan manusia2 yang mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang toxic.

7⃣ Jauhi mereka yang hipokrit, terutama yang fake!

8⃣ Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.

9⃣ Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dengan keluarga!

🔟 Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenangan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara. 40an usia terbaik untuk pergi umrah pada yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.

Sumber : Prof Madya Dr Kamal

Saya rugi RM600 lebih sebagai pengajaran dan pelajaran. Tolong jangan linkkan akaun bank anda dengan shopee, lazada, pay...
25/04/2022

Saya rugi RM600 lebih sebagai pengajaran dan pelajaran.

Tolong jangan linkkan akaun bank anda dengan shopee, lazada, paypal, ewallet dan sebagainya. Hacker akan hack akaun e-dagang anda dan buat pembelian. Bila kita buat report kepada penyedia platform mereka tidak layan sebab transaksi tu seumpama kita sendiri yang buat.

Sila remove semua link akaun anda ke e-dagang. Buat sekarang dan tukar semua email dan password.

Sekiranya ingin buat pembelian sila buat transaksi payment online manual. Satu cara lain boleh linkkan dengan akaun bank yang tiada duit. Nak shopping baru masukkan duit. Susah pada kita susah juga mereka nak curi duit kita. Kalau terlepas juga tidaklah banyak.

Sila jaga kad atm debit anda seperti nyawa anda. Limitkan paling minima transaksi guna kat debit dan paywave. Paywave siapa2 pun boleh guna jika ada kad anda.

kredit : shahrin shah

*Apakah itu SARCOPENIA?*Sarcopenia adalah kehilangan j***m dan kekuatan otot rangka akibat penuaan. Ia adalah keadaan ya...
21/04/2022

*Apakah itu SARCOPENIA?*

Sarcopenia adalah kehilangan j***m dan kekuatan otot rangka akibat penuaan. Ia adalah keadaan yang dahsyat.

Mari terokai sarcopenia!

Tajuk: *Gunakan Otot Berfungsi Anda Secara Perlahan*

1. Untuk mengembangkan tabiat boleh berdiri... Cuma jangan duduk!... Dan jangan baring kalau boleh duduk!

2. Selepas umur 50~60 tahun, berat badan tidak boleh turun, lebih-lebih lagi jika anda tidak bersenam dan bergantung kepada kurang makan untuk menurunkan berat badan! Kerana jika semua otot hilang, ia boleh menjadi sangat berbahaya!

3. Adakah berlari, berbasikal atau memanjat menyakitkan lutut? Jika anda tidak pernah bersenam sebelum ini, anda hanya boleh berlari, berbasikal atau mendaki dalam fikiran anda kerana ia akan menyakitkan lutut anda!

Tetapi jika anda mempunyai kekuatan otot yang mencukupi dan perlahan-lahan mengembangkan tabiat berlari, berbasikal dan memanjat, ia boleh menjadi senaman yang baik dan tidak menyakitkan lutut anda! Sama ada anda menyakiti lutut anda atau tidak, bergantung kepada kekuatan otot anda!

4. Jika orang tua sakit dan dimasukkan ke hospital, jangan minta dia berehat lebih banyak... Atau baring dan berehat dan tidak bangun dari katil! Berbaring selama seminggu, kehilangan sekurang-kurangnya 5% j***m otot! Dan orang tua itu tidak dapat memulihkan ototnya!

5. Jangan menganggap anda berbakti dengan tidak membenarkan orang tua melakukan apa-apa kerja rumah, dan memarahi pembantu rumah jika mereka melakukannya! Biasanya, ramai warga emas yang mengupah pembantu kehilangan otot dengan lebih cepat!

6. Jangan hanya melakukan satu aktiviti sahaja setiap hari apabila anda pergi ke taman. Jangan hanya berjabat tangan apabila anda juga boleh goyang kaki anda. Anda juga mesti menarik bar mendatar atau menggerakkan setiap peralatan s**an! Kerana selagi seseorang itu bergerak, maka semua otot seluruh badan akan terlibat!

Ramai orang tua malah mengalami kes**aran menelan kerana kurang senaman! Akhirnya, mereka tidak boleh mengeluarkan seteguk kahak dan mati kerana ini!

7. Sarcopenia lebih menakutkan daripada osteoporosis! Dengan osteoporosis, anda hanya perlu berhati-hati agar tidak gagal, sedangkan sarcopenia bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup tetapi juga menyebabkan gula darah tinggi kerana j***m otot yang tidak mencukupi!

8. Kehilangan sarcopenia paling cepat adalah pada otot kaki! Kerana apabila seseorang duduk atau baring, kaki tidak bergerak dan kekuatan otot kaki terjejas... Ini amat penting! Jangan jadi kaki hitam!

Jadi mencangkung sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali sehari. Mencangkung bukan mencangkung tetapi seperti duduk di tempat duduk tandas... Anda boleh menggunakan kerusi dan berdiri apabila punggung anda menyentuh tempat duduk!

Anda MESTI memberi perhatian kepada sarcopenia!

Naik & turun tangga... Berlari, berbasikal dan mendaki adalah senaman yang hebat dan boleh meningkatkan j***m otot! Untuk kualiti hidup yang lebih baik untuk semua orang di usia tua... Bergeraklah... Jangan buang otot anda!!!

*Penuaan bermula dari kaki ke atas!*

PASTIKAN KAKI ANDA AKTIF & KUAT!!!

▪️Semasa kita meningkat usia & terus menjadi tua setiap hari, kaki kita mesti sentiasa aktif & kuat. Semasa kita semakin tua / semakin tua, kita tidak perlu takut rambut kita menjadi uban (atau) kulit kendur (atau) kedutan di muka.

▪️Antara tanda *panjang umur*, umur cergas panjang seperti yang diringkaskan oleh Majalah AS "Pencegahan" yang popular, otot kaki yang kuat disenaraikan di bahagian atas, sebagai *yang paling penting & penting.* Sila berjalan setiap hari.

▪️Jika anda tidak menggerakkan kaki anda selama dua minggu sahaja, kekuatan kaki sebenar anda akan berkurangan selama 10 tahun.
*Berjalan saja!*

▪️Kajian dari Universiti Copenhagen di Denmark mendapati tua & muda, sepanjang dua minggu *tidak aktif*, kekuatan otot kaki boleh *melemah sepertiga* iaitu bersamaan dengan usia 20-30 tahun!!! *Jadi jalan saja!*

▪️Apabila otot kaki kita semakin lemah, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih, walau pun kita melakukan pemulihan & senaman, nanti. JALAN.

▪️Oleh itu, *senaman yang kerap seperti berjalan, adalah sangat penting*.

▪️Berat / beban keseluruhan badan kekal dan berehat di atas kaki.

▪️ *Kaki adalah sejenis tiang*, menanggung seluruh berat badan manusia. *Berjalan setiap hari.*

▪️Menariknya, 50% daripada tulang seseorang & 50% daripada otot, berada di dua kaki. *Berjalanlah!*

▪️Sendi & tulang badan manusia yang terbesar & terkuat juga berada di bahagian kaki. *10K langkah/hari!*

▪️Tulang yang kuat, otot yang kuat dan sendi yang fleksibel membentuk *Segi Tiga Besi* yang membawa beban paling penting iaitu. *badan manusia."*

▪️70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan seseorang dilakukan oleh dua kaki.

▪️Adakah anda tahu ini? Apabila seseorang masih muda, *pehanya mempunyai kekuatan yang cukup, untuk mengangkat kereta kecil seberat 800 kg!*

▪️ *Kaki adalah pusat pergerakan badan*.

▪️Kedua-dua kaki bersama mempunyai 50% saraf badan manusia, 50% saluran darah dan 50% darah mengalir melaluinya.

▪️Ia adalah rangkaian peredaran darah terbesar yang menghubungkan badan. *Jadi berjalanlah setiap hari.*

▪️Hanya *apabila kaki sihat barulah konvensyen arus darah mengalir, lancar, jadi orang yang mempunyai otot kaki yang kuat pasti akan mempunyai jantung yang kuat.* Berjalan.

▪️Penuaan bermula dari kaki ke atas.

▪️Semakin meningkat usia seseorang, ketepatan & kelajuan penghantaran arahan antara otak dan kaki semakin berkurangan, tidak seperti ketika seseorang itu masih muda. *Sila berjalan!*

▪️Selain itu, apa yang dipanggil Kalsium Baja Tulang lambat laun akan hilang dengan peredaran masa, menjadikan orang tua lebih terdedah kepada keretakan tulang. *JALAN.*

▪️Patah tulang di kalangan warga emas dengan mudah boleh mencetuskan beberapa siri komplikasi, terutamanya penyakit maut seperti trombosis otak.

▪️Tahukah anda, 15% pesakit warga emas secara amnya, akan mati maksimum dalam tempoh setahun selepas patah tulang paha!! *Berjalan setiap hari tanpa gagal!*

▪️ *Senaman kaki, tidak pernah terlambat, walau pun selepas umur 60 tahun.*

▪️Walau pun kaki/kaki kita akan beransur tua dengan peredaran masa, bersenam kaki/kaki adalah tugas sepanjang hayat. *Berjalan 10,000 langkah!*

▪️Hanya dengan kerap menguatkan kaki, seseorang boleh mencegah atau mengurangkan penuaan selanjutnya. *Berjalan 365 hari!*

▪️Sila berjalan sekurang-kurangnya 30-40 minit setiap hari untuk memastikan kaki anda mendapat senaman yang mencukupi dan memastikan otot kaki anda kekal sihat.

*Anda harus berkongsi maklumat penting ini dengan semua rakan & ahli keluarga anda yang berumur 40+ tahun, kerana semua orang semakin tua setiap hari*.

16/04/2022

Dah tak bayar bil air.. lagi mau rasuah, kurang ajar

07/04/2022

Orang yang tak berkira dengan family, rezeki semakin deras sebenarnya. Tak percaya cuba lah 😊

Kredit: Jentik Hati

Petua orang kampungKenal tak pokok ni..Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.Selain ke...
30/03/2022

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Silakan share

26/03/2022

Pemandu lori bertindak samseng (road bully) terhadap seorang pemandu kerea lain. Kebetulan ada sekatan jlnraya dijalankan oleh PDRM di jln yg sama. Pemandu kereta meminta bantuan anggota polis trafik dan pemandu lori ditahan untuk siasan lanjut.

Lokasi : Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sumber: Tiktok@muhammadnurfitri5

- RENUNGAN HIDUP -Ayam ini bernilai ratusan juta. Setiap kali memenangkan pertarungan, akan ada pendukung yang merawatny...
24/03/2022

- RENUNGAN HIDUP -

Ayam ini bernilai ratusan juta. Setiap kali memenangkan pertarungan, akan ada pendukung yang merawatnya dengan baik. Dan banyak orang memuji ayam hebat ini. Tapi kali ini dia kalah dalam pertarungan, semua sia-sia. Dia tidur di tanah tanpa ada yang perduli.

Begitu juga dengan hidup kita, ketika kita hebat, berjaya dan ada manfaat ada banyak orang yang sayang dan menyanjung kita, tetapi ketika kamu sudah tidak bermanfaat, jatuh tersungkur, kamu dibuang seperti ayam ini!

Kehidupan tidak pasti, saat senang kita disanjung, saat terpuruk kita dibuang. Ingatlah selalu, "Tidak semua orang yang tertawa bersamamu adalah TEMAN"

Scammer alertAwas... Cerita ini sangat pjg.. dan aku mintak maaf kalu aku cerita ni x bes ke ape, cume aku nk sebarkan m...
10/03/2022

Scammer alert

Awas... Cerita ini sangat pjg.. dan aku mintak maaf kalu aku cerita ni x bes ke ape, cume aku nk sebarkan modus operandi scammer yg aku rs agak baru untuk aku.. dan aku xnk org lain terpedaya.. sbb aku mmg hampir2 terpedaya..

Hari ni, hari dalam sejarah.. Sebelum ni dengar cerita2 je drpd org lain, rupenye hari ni nak kene pulak.. hampir2 ditipu sebanyak 10k! Allahuakabar.. Allah dah selamatkan.. Alhamdulillah..

Modus operandi yg die gunakan, aku xtau kalu org lain pernah kene atau x modus operandi yg mcm aku, tp bg aku, ni modus yg terbaru die pakai, sblm ni kalu ade org kol kate aku de utang lhdn ke bank tah ape2 ke, aku mmg x layan.. sbb boleh agak scammer.. tp yg ni lain sket modus operandinya..

Kisah bermula dr hari sabtu lg, mendapat pnggilan drpd company insurans katanya AIA(sah2 menipu, mn de company insurans kerja hari sabtu).. tp tetap terpedaya, sbb NAMA ngn IC yg dinyatakan mmg btul.. hmm.. katenye aku ada membuat tuntutan insuran sebanyak rm33k++ pd sekian2 tarikh dan claim tersebut telah lulus, tp aku ckp aku xde buat ape2 tuntutan insurans, sbb aku mmg xde insurans ngn aia dan untuk tidak disenarai hitamkan, aku perlu buat laporan polis (katanya).. tp disebabkan ari sabtu tu ade kenduri dkt rmh saudara suami, die kate, diorang x dpt nk setelkan laporan pd hari sabtu tu, dan kes dihold sehingga senin..

Tp kebetulan senin tu, bru blik dr kpg, jd die hold lg kes (menipu si dajjal ni), jadi die hold kes konon2 nye, smpai selasa bru setelkan kes ni..

8/3/2022 (hari ni pnye kejadian)
Pg ni dpt pnggilan drpd org yg same, asalnya die suruh ke aia ampang, untuk buat laporan ke ape tah lah, tp lpas tu kate, xperlu, cukup buat laporan melalui phone sahaja, dan kes yg dikatakan ni berlaku di n9 (hajaq scammer ni), jd die smbung ke ipk n9..(menipu lg.. tp aku lak terpercaya.. 😆)

Die bg ye semua ye untuk nmpk real, nama die, no staff, no rujukan, kt mane jadi, no akaun 4 digit blkg no bank, bila jadik, pastu nnti die smbungkan ke balaik polis kt mn berlaku kejadian, dan kes aku ni katenye terjadi di seremban n9

Ok.. lpas die da bg detail diri die, die smbungkan pulak ke ipk n9, aku pn bg la detail mamat dajjal ni, kt si penipu sorang lg ni (penyamar polis), lpas tu die ckp, puan berada sama ngn sape? Aku ckp suami sy ade.. kemudian die kate, boleh x pergi ke tmpt lain, supaya suami x dengar perbualan, die kate kalu bnyik bising nnti rakaman tu batal, die kate ni akta rahsia rasmi, sape3 pn x boleh tau termasuk suami.. (kt cni ko jgn caya, kawan aku yg suami nye polis kate, mane boleh jd akta rahsia rasmi bagai kalu da kes beso, siap kate org yg kene tu ditgkap 10 ari yg lpas, aku ckp, xde msuk berita pn, sbb die kate rahsia kes ni.. mendeeeee..) pastu die mintak pulak detail aku yg biasa, nama ngn ic pastu tye, pakai ape kt tgn, tggi berat, pakai tudung ke x, (haiyaaaa.. mcm mana bole cy)

Kemudian, yg kt cni klimaks citenye, lpas da bg detail diri aku, die bg pulak detail aku kt sorang lg penipu untuk tgk kot2 aku de terlibat ngn kes lain, lpas die cek, tetiba kengkononnye aku terlibat dgn penyalahgunaan dadah dan penggubahan wang haram (yg ni pn mcm real ye bunyinye ms die smbung kt sorang pompuan dajjal untuk cek kot2 aku de kes lain).. Allah.. ms ni aku mmg da sedih sgt.. lpas tu die kate die akan pass lak pnggilan kt dajjal beso, penipu utama yg mengendalikan kes beso ni (puihhhhhh).. lpas tu si dajjal utama ni kate kalu aku xnk kene masuk lokap bagai, aku kene bg die rm10k untuk duit warrant.. cis.. nape lah aku percaya..

Aku terpedaya, sbb cara die ckp tu mmg mcm real.. dan die gertak korang.. jd xhairan ramai yg terpedaya.. Jadi kt cni aku nk berpesan pd korang, pesanlah kt sape2.. die gertak ape ke, ko jgn percaya, alih2 ko ckp je la ko tu polis ke lawyer ke... Hahaha.. aku x smpt nk buat mcm tu td.. sbb aku mmg da terpedaya.. aku jgk hampir2 nk gadaikan barang kemas.. da dpn bank pn td 😭😭 tp alhmdulillah.. Allah selamatkan aku dripada berbuat demikian..

Dalam perjalanan tu, Allah ilhamkan aku, baru aku teringat ade kes scammer yg melibatkan ade kes polis.. (kesian polis dlm hal ni.. maaf cik2 polis sekalian)

Jadi pesan aku skrg, die kate ko salah buat tuntutan claim ke ape ke, ko jangan sesekali percaya.. aku percaya sbb ingt aku xyah kuar duit buqt laporan je, rupenye, die buat cara lain pulak nk dptkan duit aku..

Pesan aku lg, kalu die mintak no akaun bank ke ape, ko jgn bg, alih2 ko bg je la no phone ko ke, no phone tipu ke.. hahaha

Tp ape2 pun.. korang berhati2 la kalu angkt phone bermula ngn 03 ke 06 ke, melainkan ko btul2 familiar.. tp nk selamat, korang gunela true caller ye.. aku x install lg bnde ni.. lpas ni insya Allah aku akn install..

Aku sblm ni pernah pikir, kalu aku kene, aku nk main2 kan diorang, tp aku kene dlm keadaan aku x bersedia dan die gune cara yg xpernah aku dengar.. xtaulah kalu korang da pernah dengar modus operandi yg mcm ni..

Sekian cerita pjg drpd aku.. maaf jika x menarik untuk korang bc.. semoga Allah selamatkan drpd tipu daya scammer ni.. jg solat korang dan amal korang.. mudah2an bile terjadik perkara mcm ni, Allah akan bantu kita..

Kredit Nurhusna

Address

George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VIRAL Meletop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category