Share Rangers

  • Home
  • Share Rangers

Share Rangers Share Rangers is a home of infotainment & minimalist contents based in Malaysia
(1)

  | Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu, didakwa atas tiga per...
15/10/2024

| Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh, 49, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, pada 7.35 malam, 9 Okt di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ibu kepada tiga anak itu.

Jika sabit kesalahan wanita itu boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, namun jika tidak dihukum mati dia hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tertuduh ketika memasuki mahkamah menyatakan dirinya malu dan enggan berdiri dalam kandang tertuduh ketika diminta jurubahasa untuk menyebut nama dan nombor kad pengenalannya, namun kemudiannya mengesahkan maklumat peribadinya yang ditayangkan di skrin televisyen mahkamah.

Setelah pertuduhan pertama dibacakan, tertuduh menyatakan; “Saya terima saya dituduh” apabila disoal jurubahasa sama ada dia memahami pertuduhan tersebut.

Pengarah Pendakwaan Negeri Azizan Abdullah yang mengendalikan kes kemudiannya berkata tingkah laku tertuduh menunjukkan keadaan mentalnya, sebelum meminta jurubahasa membaca baki dua lagi pertuduhan.

Ketika pertuduhan kedua dibacakan tertuduh telah mengangguk faham sebelum menggelengkan kepala selepas pertuduhan ketiga dibacakan, namun dia menganggukkan kepalanya selepas pertuduhan dibacakan semula.

Majistret Nur Amirah Fatihah Osman bertanya mengenai apa yang tertuduh faham, dan wanita itu menjawab “Apa yang jurubahasa baca tadi. Saya dituduh langgar orang. Saya faham dia cakap. Tapi saya tidak tahu bunuh siapa.” - BERNAMA

📸 BERNAMA

TAHNIAH DATUK ABDUL LATIF ROMLY!!!!! 🎉🥈🇲🇾  | Pingat perak 🥈sudah cukup menggembirakan rakyat Malaysia. Jaguh olahraga pa...
07/09/2024

TAHNIAH DATUK ABDUL LATIF ROMLY!!!!! 🎉🥈🇲🇾

| Pingat perak 🥈sudah cukup menggembirakan rakyat Malaysia. Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly berjaya merangkul pingat perak dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan catatan sejauh 7.45 meter (m) di Stade de France, hari ini. Terima kasih Datuk kerana mengharumkan nama tanah air Malaysia di persada dunia.

Kami tetap bangga! Tahniah dari Share Rangers dan seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾





TAHNIAH BONNIE!!!!!!🎉  | Jaguh 'powerlifting' negara, Bonnie Bunyau Gustin, berjaya meraih pingat emas lantas memecahkan...
06/09/2024

TAHNIAH BONNIE!!!!!!🎉

| Jaguh 'powerlifting' negara, Bonnie Bunyau Gustin, berjaya meraih pingat emas lantas memecahkan rekod paralimpik dan dunia dalam acara 'powerlifting' kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024, hari ini di La Chapelle Arena.

Tahniah Bonnie atas pencapaian yang menggegarkan negara ini! 💪🥇🇲🇾





Tahniah Ziyad🔥💪🏻.. The Smiling Giant Ziyad Zolkefli menambah koleksi pingat kontinjen dalam acara lontar peluru F20 deng...
03/09/2024

Tahniah Ziyad🔥💪🏻.. The Smiling Giant Ziyad Zolkefli menambah koleksi pingat kontinjen dalam acara lontar peluru F20 dengan meraih pingat perak untuk negara.

Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.18 meter tidak dapat mengatasi lontaran wakil Ukraine Oleksandr Yarovyi yang mencipta rekod dunia dengan lontaran 17.61 meter.

📸 Majlis Sukan Negara Malaysia







TAHNIAH!!!!!!🎉  | Atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (keca...
03/09/2024

TAHNIAH!!!!!!🎉

| Atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini. 🇲🇾🥈

📸 Mohd Faizol Aziz | BERNAMA





PARIS 2024 BUKAN PENGAKHIRAN, SEMANGAT LIEK HOU MASIH MEMBARA UNTUK BERJUANGJaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou,...
03/09/2024

PARIS 2024 BUKAN PENGAKHIRAN, SEMANGAT LIEK HOU MASIH MEMBARA UNTUK BERJUANG

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, enggan memikirkan soal menggantung raket buat ketika ini sebaliknya tekad terus berjuang demi negara selagi kudratnya terdaya.

Liek Hou mengakui pencapaian mempertahankan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) bukanlah satu pengakhiran buat kariernya kerana masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Berita penuh — https://paralympics.bernama.com/news-bm.php?id=2336187

📸 Mohd Faizol | BERNAMA

  | Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi ...
02/09/2024

| Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini hari ini.

Liek Hou layak ke final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) buat kali kedua berturut-turut di pentas Paralimpik selepas mengenepikan musuh ketatnya dari Indonesia Dheva Anrimusthi 21-17, 21-17 dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena semalam.

Halangan terakhir pemain nombor satu dan pilihan utama temasya empat tahun sekali itu di sini adalah seorang lagi pemain Indonesia Suryo Nugroho yang menafikan cabaran pemain negara Muhammad Fareez Anuar 21-12, 14-21, 21-6.

Di atas kertas, Like Hou memiliki kelebihan ke atas Suryo apabila menang 13 kali dalam 17 pertemuan sebelum ini manakala Fareez yang bakal menentukan gangsa dengan Dheva p**a pernah menang dua daripada enam pertembungan.

Sementara itu, Malaysia tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membutirkan pingat apabila atlet olahraga para negara Eddy Bernard menampilkan larian cemerlang merangkul gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Paris 2024.

Biarpun beraksi buat kali pertama di pentas Paralimpik, prestasi atlet berusia 23 tahun itu cukup mengagumkan dengan memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu. - BERNAMA

📸 BERNAMA





  | Impian peminat sukan tanah air untuk melihat dua pemain badminton para negara beraksi di final perseorangan lelaki S...
02/09/2024

| Impian peminat sukan tanah air untuk melihat dua pemain badminton para negara beraksi di final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) tidak kesampaian selepas hanya Cheah Liek Hou berjaya mara ke final hari ini.

Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan musuh ketatnya Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17, 21-17 pada saingan separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena esok sekali gus berpeluang mempertahankan emas dimenanginya pada edisi Tokyo 2020.

Sebaliknya, rakan sepasukannya Muhammad Fareez Anuar tidak berupaya mengekalkan momentum terbaiknya ketika ini apabila tumpas kepada Suryo Nugroho juga dari Indonesia, 12-21, 21-14, 6-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Fareez akan menentang Dheva pada perlawanan merebut pingat gangsa hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Liek Hou yang juga pemain nombor satu dunia dan pilihan utama temasya memiliki kelebihan ke atas Nugroho hari ini apabila menang 13 kali termasuk kemenangan 21-10, 21-13 pada aksi terakhir Kump**an A di sini, semalam.

Fareez yang membuat kemunculan pertama di pentas Paralimpik p**a pernah menewaskan Dheva dua kali dalam enam pertemuan termasuk kejutan ke atas lawan nombor tiga dunia itu 14-21, 21-19, 21-19, dalam Kump**an B di sini.

Selain kemenangan ke atas Dheva, Fareez juga mengejutkan pilihan kedua dari Taiwan, Fang Jen-Yu 21-14, 21-18 dan menutup kempen Kump**an B dengan mengatasi wakil Jepun, Taiyo Imai 17-21, 21-17, 21-17. - BERNAMA

📸 BERNAMA





TAHNIAH!!!!!! 🇲🇾🥉  | Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berjaya menuai pingat pertama apabila a...
01/09/2024

TAHNIAH!!!!!! 🇲🇾🥉

| Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berjaya menuai pingat pertama apabila atlet olahraga negara Eddy Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France, hari ini.

📸 Mohd Faizol Aziz | BERNAMA

  | Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.Ketua Polis Daerah Subang Jaya ...
20/08/2024

| Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.

Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut.

Sementara itu Hussein ketika dihubungi berkata seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya dekat sini malam ini.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun," katanya. - BERNAMA

📸 Gambar hiasan via Astro AWANI

  | Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi...
20/08/2024

| Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.

Menurut infografik di Facebook Merdeka360, iaitu laman rasmi maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia memaklumkan, penutupan 21 jalan tersebut akan bermula pada pukul 5 hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

Sementara itu, pada 30 dan 31 Ogos p**a, terdapat 10 lagi jalan utama sekitar Putrajaya ditutup, bermula dari 7 petang sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.

Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).

Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat. - BERNAMA

📸 BERNAMA

  | Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal mengukuhkan statusnya sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 20...
20/08/2024

| Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal mengukuhkan statusnya sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila memecahkan rekod temasya buat kali kedua dalam acara 200 meter (m) wanita di Stadium Sarawak di sini hari ini.

Masih segar dengan kejayaan memenangi pingat emas 100m sambil mencipta rekod baharu temasya semalam, Nur Afrina, 20, terus menampilkan kemampuannya selepas mencipta catatan masa 23.89 saat (s) sekali gus memadam rekod 24.37s yang dilakar pelari dari Perak Noor Eewan Syafiah Mohd Sabri pada edisi 2016 di sini.

Pingat perak menjadi milik Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira dari Terengganu dengan 24.52s manakala atlet tuan rumah Ormilla Octavia Codday Nyadau ketiga selepas merakam 24.94s.

"Saya mendapat pingat emas untuk Selangor seperti diinginkan dan sekali lagi memecahkan rekod kejohanan. Saya gembira, masa yang saya dapat pun (catat) di luar jangkaan.

"Apa yang saya buat ialah kekal fokus sebelum perlumbaan. Saya tenang dan tidak fikirkan siapa pesaing saya, sebab saya lawan diri saya sendiri. Kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan jurulatih dan keluarga," katanya. - BERNAMA

📸 BERNAMA

  | Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan t...
20/08/2024

| Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah berkata kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa. Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa pukul 9.20 malam.

"Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak. Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah pada 12 tengah hari tadi yang dipercayai merupakan anak bongsu suspek.

"Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam. Jadi, kita percaya mayat itu merupakan anak bongsu suspek dan kita akan jalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa," katanya.

Adzli berkata pihaknya mengesyaki kesemua mangsa dibunuh pada Ahad lepas di dalam bangunan terbiar itu sebelum dua mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan. - BERNAMA

📸 Astro AWANI

Terima kasih Lee Zii Jia menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta. Malaysia bangga! Pemain badminton perseorang...
05/08/2024

Terima kasih Lee Zii Jia menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta. Malaysia bangga!

Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia ketika majlis penyampaian pingat bagi acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte De La Chapelle Arena hari ini.

Zii Jia berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menghadiahkan pingat gangsa kedua bagi Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, berjaya meraih pingat sulungnya di Olimpik selepas menundukkan Lakshya Sen dari India 13-21, 21-16, 21-11.

📸 Iskandar Kamaruzaman | BERNAMA




  | Pingat kedua untuk Malaysia! Lee Zii Jia berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara badminton perseorangan Lelaki. Z...
05/08/2024

| Pingat kedua untuk Malaysia! Lee Zii Jia berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara badminton perseorangan Lelaki. Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dari India dengan 13-21, 21-16, 21-11! Tahniah Zii Jia! 🥉🇲🇾

📸 BERNAMA




  | Pingat pertama untuk Malaysia! Aaron Chia OLY/Soh Wooi Yik OLY berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Beregu Le...
04/08/2024

| Pingat pertama untuk Malaysia! Aaron Chia OLY/Soh Wooi Yik OLY berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Beregu Lelaki. Mereka membuat kemunculan semula dengan begitu hebat untuk menewaskan Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 16-21, 22-20, 21-19! Tahniah Aaron & Wooi Yik! 🥉🇲🇾

- Olympic Council of Malaysia

📸 Majlis Olimpik Malaysia (MOM)




  |  🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah def.  🇰🇷 Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13*Pasangan regu   mencipta sejarah dengan me...
01/08/2024

| 🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah def. 🇰🇷 Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13

*Pasangan regu mencipta sejarah dengan menjadi pasangan beregu wanita Malaysia PERTAMA mara ke separuh akhir Olimpik! 💪

-

📸 BERNAMA




  | Lee Zii Jia berjaya layak ke suku akhir dengan kemenangan 21-10, 21-13, pujian tetap harus diberikan kepada Pablo Ab...
31/07/2024

| Lee Zii Jia berjaya layak ke suku akhir dengan kemenangan 21-10, 21-13, pujian tetap harus diberikan kepada Pablo Abian walaupun berusia 39 tahun.

Dalam set pertama, Lee Zii Jia dilihat tidak perlu bermandi peluh apabila pemain lawan acap kali melakukan kesilapan mudah sekaligus menang mudah 21-10. - Stadium Astro

📸




Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 23:30
Tuesday 08:30 - 23:30
Wednesday 08:30 - 23:30
Thursday 08:30 - 23:30
Friday 08:30 - 23:30
Saturday 08:30 - 23:30
Sunday 08:30 - 23:30

Telephone

+60105401163

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Share Rangers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Share Rangers:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share