26/03/2020
Mungkinkah ini penawar Covid-19..
POKOK SEMAMBU – merawat 40 penyakit
(idris bald)
Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.
Terdapat pelbabagi nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).
Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.
Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.
Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.
Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.
Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.
Rujukan : Wikipedia