Suka Makan

Suka Makan S**a makan

Duit raya anak nanti, kumpulkan dan simpan ya. Jangan guna. Jangan bagi mereka pegang sendiri, nanti habis. Kita sebagai...
13/04/2024

Duit raya anak nanti, kumpulkan dan simpan ya. Jangan guna. Jangan bagi mereka pegang sendiri, nanti habis. Kita sebagai mak ayah yang perlu aturkan kewangan mereka demi masa depan yang baik.

Ada beberapa tempat yang kalian boleh simpan duit raya anak tu. Saya senaraikan di bawah, tapi bukanlah ikut keutamaan.

1. Tabung Haji

Paling penting cukupkan RM1300 terlebih dahulu untuk daftarkan haji mereka. Buka akaun di cawangan TH dan boleh topup melalui transfer online atau di kaunter.

Simpan di sini, TH dah keluarkan sesiap zakat bagi setiap tahun. Bonus dapat setahun sekali kira-kira 3.15%.

2. ASB

Kena daftar di cawangan ASNB. Dividen tahunan sekitar 5% setiap tahun, setahun sekali.

3. Emas

Saya lebih prefer emas simpanan berbanding perhiasan. Saya suggest beli emas digital yang fizikalnya wujud seperti Public Gold dan Maybank MIGA-i. Daftar online sahaja. Boleh beli emas serendah RM100.

Beli online, dan pihak mereka akan tolong simpan dan jagakan. Kalau nak jual, boleh buat secara online. Kalau nak keluarkan fizikal, boleh berhubung di cawangan terus.

Kenaikan tahunan sekitar 8-10%. Sekarang sangat sesuai untuk beli dan tambah emas sebab harga tengah naik mencanak-canak.

4. Amanah Hartanah Bumiputera AHB

Daftar melalui website Maybank2U. Keuntungan sekitar 5% setahun dan dah dipotong zakat siap-siap.

Jangan simpan di bank sahaja, rugi. Sebab bonus atau dividen bank sangat rendah. Jadi kalau ada duit banyak sekalipun, sikit sangat dapat bonus tu nanti.

Uruskan sebaiknya kewangan anak-anak kita. Nanti dah besar, boleh guna untuk sambung belajar, bayar kos haji, nak kahwin, beli keperluan kehidupan dan sebagainya.

Itulah.

Kredit Najmi Farisham,
Tanggungjawab ibu ayah.

Allahyarham Jaafar Onn pergi pada bulan yang mulia, sedih bila dapat tahu, apapun mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fati...
03/04/2024

Allahyarham Jaafar Onn pergi pada bulan yang mulia, sedih bila dapat tahu, apapun mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber : Mstar

26/03/2024

Sedar tak sedar, tinggal 6 hari je lagi kita puasa bulan ni.

Address

Damansara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suka Makan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other News & Media Websites in Damansara

Show All

You may also like