![](https://img3.medioq.com/074/958/506389060749586.jpg)
01/12/2020
Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negeri Sarawak pada 5hb Disember 2020 ini, pihak Kementerian Belia & Sukan Negeri Sarawak (MYSS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) akan menganjurkan “MYSS YOUTH STAY AT HOME ESPORTS XTIVE CHALLENGE” secara online selama 4 minggu bermula pada 4hb Disember 2020 sehingga 27hb Disember 2020.
Pertandingan ini terbuka khas untuk belia-belia di Negeri Sarawak yang berumur 40 tahun ke bawah. Game title yang akan dipertandingkan adalah PUBG Mobile (squad mode) dan dijangka akan disertai oleh seramai 1200 orang belia atau 240 pasukan.
Konsep pertandingan kali ini agak berbeza dimana pihak penganjur akan membahagikan perlawanan kepada 3 circuit dan pasukan yang terbaik daripada setiap circuit akan mara ke Grand Final (25hb Disember 2020 sehingga 27hb Disember 2020). Pemenang Grand Final akan memenangi wang tunai dan berpeluang untuk mewakili Sarawak pada kejohanan Esports terpilih tahun hadapan.
Penganjuran kali ini juga akan diselitkan dengan program Esports Webinar bagi memberi pendedahan tentang peluang yang boleh diceburi oleh belia-belia dalam industri Esports dan mengenai healthy gaming. Program tambahan ini akan disampaikan oleh beberapa orang panel yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Esports.
Maklumat tarikh dan hadiah wang tunai:
4, 5 & 6 Disember 2020 - Online qualifier untuk circuit 1
11, 12 & 13 Disember 2020 - Online qualifier untuk circuit 2
18, 19 & 20 Disember 2020 - Online qualifier untuk circuit 3
25, 26 & 27 Disember 2020 - Grand final
Hadiah wang tunai yang terkumpul adalah sebanyak RM3,600.00
Johan RM1,000.00
Naib Johan RM800.00
Ketiga RM600.00
Ke-empat RM500.00
Ke-lima RM200.00
Ke-enam RM100.00
Ke-tujuh RM100.00
Ke-lapan RM100.00
Ke-sembilan RM100.00
Ke-sepuluh RM100.00
Borang pendaftaran https://forms.gle/WLqnyUtuuajSQy4cA akan dibuka pada 2hb Disember 2020, Jam 10.00 Pagi.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Encik Adi https://wa.me/60194514529 atau di link Discord Kaunter Pertanyaan SESA https://discord.gg/uHn6dB96pR