Suara Anak Sabah - SAS

Suara Anak Sabah - SAS News | Media | Community

Sabah tetap dengan pendirian tidak iktiraf tuntutan luar – HajijiKota Kinabalu: Sabah tetap dengan pendirian tidak mengi...
30/07/2024

Sabah tetap dengan pendirian tidak iktiraf tuntutan luar – Hajiji

Kota Kinabalu: Sabah tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf sebarang tuntutan pihak luar ke atas negeri ini termasuk oleh kumpulan yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebarang cubaan tuntutan termasuk melalui pencerobohan yang berlaku pada insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 akan terus ditentang.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/30/sabah-tetap-dengan-pendirian-tidak-iktiraf-tuntutan-luar-hajiji/

Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan di SabahKota Kinabalu: Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan dal...
30/07/2024

Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan di Sabah

Kota Kinabalu: Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan dalam operasi perobohan rumah yang dibina diatas tanah Kerajaan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, jumlah perobohan rumah itu akan terus meningkat menerusi operasi yang giat dilaksanakan pihaknya bersama pihak penguatkuasa yang lain.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/30/lebih-1500-rumah-setinggan-berjaya-dirobohkan-di-sabah/

Hajiji mahu pembinaan Batalion PGA Keningau, Kunak dipercepatkanKota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mah...
30/07/2024

Hajiji mahu pembinaan Batalion PGA Keningau, Kunak dipercepatkan

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu pembinaan dua lagi kompleks Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) masing-masing di kawasan pantai timur dan pedalaman Sabah perlu dipercepatkan.

Katanya, ia adalah sejajar dengan usaha ke arah mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di negeri ini selain penting bagi menangani sebarang ancaman.

Lagi

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/30/hajiji-mahu-pembinaan-batalion-pga-keningau-kunak-dipercepatkan/

Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur, kata AnwarPutrajaya: Perdana Menteri Datuk Se...
30/07/2024

Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur, kata Anwar

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.

“Tuntutan Filipina terhadap Sabah.. kerajaan Malaysia buat kenyataan tegas, tidak akan bertolak ansur satu inci tanah rakyat kita, tidak mungkin kita terlibat dalam apa-apa perundingan yang melibatkan hak dan kedaulatan negara,” katanya.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/30/tuntut-sabah-setiap-inci-kedaulatan-negara-dipertahan-tiada-tolak-ansur-kata-anwar/

40% hasil negeri: Kerajaan Sabah kemuka tuntutan secara profesionalKOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah telah menjalanka...
26/07/2024

40% hasil negeri: Kerajaan Sabah kemuka tuntutan secara profesional

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tugas secara profesional dan berdedikasi dalam usaha menuntut Pemberian Khas sebanyak 40% di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata, rekod Kerajaan Negeri menunjukkan bahawa terdapat tuntutan awal secara bertulis pada 10 Jun 2022 yang telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia mengikut formula perlembagaan yang ditetapkan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/27/40-hasil-negeri-kerajaan-sabah-kemuka-tuntutan-secara-profesional/

Sabah terus tuntut Pemberian Khas 40 peratus di bawah Perlembagaan PersekutuanKota Kinabalu : Kerajaan Sabah secara prof...
26/07/2024

Sabah terus tuntut Pemberian Khas 40 peratus di bawah Perlembagaan Persekutuan

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah secara profesional dan berdedikasi melaksanakan tugas dengan sebaiknya bagi menuntut Pemberian Khas sebanyak 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh berkata, berdasarkan rekod, terdapat tuntutan awal secara bertulis telah dibuat pada 10 Jun 2022 yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia mengikut formula perlembagaan yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/26/sabah-terus-tuntut-pemberian-khas-40-peratus-di-bawah-perlembagaan-persekutuan/

2,130 pelajar Sabah dikenal pasti untuk diberikan tajaan pendidikanKota Kinabalu : Seramai 2,130 pelajar Sabah dikenal p...
24/07/2024

2,130 pelajar Sabah dikenal pasti untuk diberikan tajaan pendidikan

Kota Kinabalu : Seramai 2,130 pelajar Sabah dikenal pasti untuk diberikan tajaan pendidikan yang kini menuntut di beberapa Universiti Awam (UA) di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pelajar terlibat itu dikenal pasti menerusi pelaksanaan program Jerayawara Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang berlangsung bermula April hingga Jun lalu.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/24/2130-pelajar-sabah-dikenal-pasti-untuk-diberikan-tajaan-pendidikan/

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkapKOTA KINABALU: Sebanyak 51 buah rumah setinggan berjaya dirobohkan dan ena...
24/07/2024

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

KOTA KINABALU: Sebanyak 51 buah rumah setinggan berjaya dirobohkan dan enam PTI warga Filipina ditangkap dalam satu operasi perobohan rumah setinggan dan Op PTI Bersepadu Mega bertempat di sebuah penempatan dalam sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Operasi tersebut dijalankan oleh pihak Polis Kota Kinabalu dengan kerjasama agensi bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/24/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/

1,888 sambungan paip air haram dipotongKota Kinabalu : Sebanyak 1,888 sambungan paip air haram di negeri ini berjaya dip...
24/07/2024

1,888 sambungan paip air haram dipotong

Kota Kinabalu : Sebanyak 1,888 sambungan paip air haram di negeri ini berjaya dipotong dalam operasi pemotongan yang dijalankan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, operasi pemotongan yang dijalankan JANS itu akan terus dilaksanakan sehingga ianya dapat diminimakan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/24/1888-sambungan-paip-air-haram-dipotong/

Remaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri.TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun berjaya melepaskan diri dan...
24/07/2024

Remaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri.

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun berjaya melepaskan diri dan naik ke darat selepas memukul mata seekor buaya yang cuba menyerangnya ketika turun ke sungai di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4 dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa remaja itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kaki akibat serangan buaya tersebut.

Lagi

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/07/24/remaja-pukul-mata-buaya-berjaya-lepaskan-diri/

Majlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS santuni KLPOKUPAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabunga...
24/06/2024

Majlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS santuni KLPOKU

PAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha dengan beramal dan santuni pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis pada Isnin.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang DiPertua MUTIARA GRS menyempurnakan majlis itu.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/06/24/majlis-sambutan-aidiladha-mutiara-grs-santuni-klpoku/

Bekalan air ke UMS stabil selepas operasi pemotongan paip haram dilaksanakanPutatan : Bekalan air ke Universiti Malaysia...
24/06/2024

Bekalan air ke UMS stabil selepas operasi pemotongan paip haram dilaksanakan

Putatan : Bekalan air ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini berada dalam keadaan stabil selepas beberapa siri operasi pemotongan sambungan paip haram sekitar universiti itu yang terbongkar sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, meskipun mengakui terdapat penyambungan semula selepas operasi namun pihaknya melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan terus melakukan pemantauan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/06/24/bekalan-air-ke-ums-stabil-selepas-operasi-pemotongan-paip-haram-dilaksanakan/

Isu Palauh akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan NegeriKota Kinabalu: Isu penempatan komuniti Palau...
14/06/2024

Isu Palauh akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri

Kota Kinabalu: Isu penempatan komuniti Palauh yang dirobohkan di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan sangat prihatin dengan perkara yang membabitkan isu berkenaan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/06/14/isu-palauh-akan-dibangkitkan-dalam-mesyuarat-jawatankuasa-keselamatan-negeri/

Dua dasar di lancar bagi mendokong pengurusan biodiversiti secara mapanKota Kinabalu: Dua dasar utama yang mendokong kep...
14/06/2024

Dua dasar di lancar bagi mendokong pengurusan biodiversiti secara mapan

Kota Kinabalu: Dua dasar utama yang mendokong kepada pengurusan dan penggunaan mapan biodiversiti dilancarkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dasar tersebut adalah penyumbang terbesar mencapai Sustainable Development Goals (SDG 2016-2030) yang merupakan tonggak utama dalam membangunkan negeri melalui inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/06/14/dua-dasar-di-lancar-bagi-mendokong-pengurusan-biodiversiti-secara-mapan/

LPPB, Cepat Hebat Sdn Bhd meterai Perjanjian Usahasama Cadangan Pembangunan Kg Air, SempornaKOTA KINABALU: Kerajaan nege...
14/06/2024

LPPB, Cepat Hebat Sdn Bhd meterai Perjanjian Usahasama Cadangan Pembangunan Kg Air, Semporna

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited memajukan pembangunan di daerah Semporna dengan termeterainya Perjanjian Usahasama antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan Cepat Hebat Sdn Bhd (Cadangan pembangunan atas tanah LPPB Kampung Air, Semporna) di sini, hari ini.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/06/14/lppb-cepat-hebat-sdn-bhd-meterai-perjanjian-usahasama-cadangan-pembangunan-kg-air-semporna/

Perlantikan JKDM Melanggar Perlembagaan Dan Bertentangan Dengan MA63 – AnsariKota Kinabalu,– Cadangan terbaru untuk menu...
27/05/2024

Perlantikan JKDM Melanggar Perlembagaan Dan Bertentangan Dengan MA63 – Ansari

Kota Kinabalu,– Cadangan terbaru untuk menubuhkan JKDM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini adalah melanggar Perlembagaan dan bertentangan dengan semangat dan teks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC62) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ujar seorang ahli politik Sabah.

Peguam dan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Ansari Abdullah berkata sejarah kerajaan tempatan dan pentadbiran di Sabah yang telah melalui beberapa peristiwa penting sejak tamatnya Perang Dunia Kedua seharusnya menjadi rujukan bagi menghormati semangat pejanjian Malaysia 1963(MA63).

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/27/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/

RM99.05 juta untuk bangun sub sektor ternakan SabahKOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM99.05 ...
27/05/2024

RM99.05 juta untuk bangun sub sektor ternakan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM99.05 juta untuk sub sektor ternakan bagi perbelanjaan mengurus dan pelaksanaan 43 projek pembangunan yang bertujuan meningkatkan keterjaminan makanan berasaskan ternakan yang berkualiti serta meningkatkan tahap keselamatan makanan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, pelbagai program juga dilaksanakan bagi membantu para pengusaha dalam industri ternakan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pendapatan pada tahun ini.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/27/rm99-05-juta-untuk-bangun-sub-sektor-ternakan-sabah/

Dakwaan B**g bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar – ChristoperKOTA KINABALU: Kenyataan B**g Moktar bahawa P...
27/05/2024

Dakwaan B**g bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar – Christoper

KOTA KINABALU: Kenyataan B**g Moktar bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar kerana penipu besar sebenarnya adalah UMNO sendiri, kata Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut.

Christoper menegaskan perkara itu berikutan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri B**g Moktar Radin dalam satu video tular mendakwa Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai pengkhianat.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/27/dakwaan-bung-bahawa-pbs-sebagai-pengkhianat-adalah-tidak-benar-christoper/

Isu MA63: Mahkamah menetapkan 18 Jun ini bagi kes rayuan SLSKOTA KINABALU: KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, hari ...
24/05/2024

Isu MA63: Mahkamah menetapkan 18 Jun ini bagi kes rayuan SLS

KOTA KINABALU: KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menetapkan 18 Jun untuk keputusan rayuan terhadap kebenaran yang diberikan dalam semakan kehakiman berhubung Hak Pemberian Khas 40 peratus hasil untuk Negeri Sabah.

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh tersebut semasa mengadakan pengurusan kes berlangsung secara dalam talian yang turut dihadiri Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof mewakili Kerajaan Negeri Sabah bersama dengan Datuk Brenndon Keith Soh, Penasihat Undang-Undang Khas kepada Ketua Menteri, Devina Teo dan Roland Alik, Peguam Negeri Kerajaan Negeri.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/24/isu-ma63-mahkamah-menetapkan-18-jun-ini-bagi-kes-rayuan-sls/

Sabah harap hubungan diplomatik dengan China terus kekal, dikuatkanKota Kinabalu : Kerajaan negeri berharap hubungan dip...
24/05/2024

Sabah harap hubungan diplomatik dengan China terus kekal, dikuatkan

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri berharap hubungan diplomatik yang sedia terjalin diantara Sabah dan China akan dikekalkan serta dikuatkan lagi untuk masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China selama 50 tahun dan ini membuktikan eratnya kerjasama serta persahabatan diantara kedua-dua negara ini.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/24/sabah-harap-hubungan-diplomatik-dengan-china-terus-kekal-dikuatkan/

JANS giat laksana operasi pemotongan sambungan haramRanau: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terus giat melaksanakan opera...
24/05/2024

JANS giat laksana operasi pemotongan sambungan haram

Ranau: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terus giat melaksanakan operasi pemotongan khususnya yang melibatkan sambungan bekalan air secara haram.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, operasi ini perlu dibuat secara berterusan berikutan aktiviti berkenaan semakin giat dilaksanakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/24/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-sambungan-haram/

Juliah terima kunjungan AJK Induk Unduk Ngadau KaamatanKota Kinabalu : Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag men...
24/05/2024

Juliah terima kunjungan AJK Induk Unduk Ngadau Kaamatan

Kota Kinabalu : Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini semalam.

Kunjungan itu diketuai pengerusi jawatankuasa, Joanna Datuk Kitingan yang bertujuan memberi taklimat kepada Juliah berhubung program Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/24/juliah-terima-kunjungan-ajk-induk-unduk-ngadau-kaamatan/

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan Kerajaan negeriKota Kinabalu : Perdebata...
24/05/2024

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan Kerajaan negeri

Kota Kinabalu : Perdebatan isu berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah dalam pelbagai versi dari kalangan pemimpin politik di negeri ini disifatkan telah membelakangkan kepimpinan utama Kerajaan negeri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin tertentu turut dilihat memperlekehkan peranan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu berkenaan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/24/40-peratus-hasil-sabah-pendapat-pelbagai-versi-disifatkan-membelakang-pimpinan-kerajaan-negeri/

Isu MA63: Kerajaan Sabah Kekal Konsisten Tuntut Hak – NizamKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dengan tegas tidak akan melepas...
20/05/2024

Isu MA63: Kerajaan Sabah Kekal Konsisten Tuntut Hak – Nizam

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dengan tegas tidak akan melepaskan atau berkompromi hal-hal berkaitan hak-hak Sabah.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah menjelaskan pendirian Kerajaan Sabah berkenaan isu rayuan semakan kehakiman SLS terhadap tuntutan 40 peratus hasil bersih di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/20/isu-ma63-kerajaan-sabah-kekal-konsisten-tuntut-hak-nizam/

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan airRANAU: Projek infrastruktur air baharu...
20/05/2024

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

RANAU: Projek infrastruktur air baharu bernilai RM63.8 juta dilancar hari ini untuk meningkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air di kawasan sekitar Ranau.

Projek yang terdiri daripada pemasangan paip air mentah dari muka sauk Sungai Mamut ke Loji Rawatan Air baharu di sini, telah dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri sejak Jun 2023 dan dijadualkan siap pada Disember 2025.

Lagi

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/20/projek-infrastruktur-air-dilancar-tingkatkan-kualiti-dan-ketersediaan-bekalan-air/

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJKota Kinabalu: Kerajaan negeri telah mewujudkan pelbaga...
20/05/2024

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri telah mewujudkan pelbagai rancangan dan tindakan seterusnya melaksanakan inisiatif berkenaan khususnya melalui perancangan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu adalah untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik kepada para pelabur.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/05/20/pelbagai-inisiatif-pembangunan-dilaksanakan-melalui-hala-tuju-smj/

Address

Beaufort

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Anak Sabah - SAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Beaufort

Show All