Penang island official

Penang island official media
(1)

The aroi aiskrim…aiskrim depa nie turun menurun dari thailand ampa,memang ori siam..Min dah rasa mmg sedap sumpah dan pu...
19/06/2022

The aroi aiskrim…aiskrim depa nie turun menurun dari thailand ampa,memang ori siam..Min dah rasa mmg sedap sumpah dan puas hati..orang penang yang nk lalu jalan b.lpas ke balik p**au jmput mai laa singah2 kat Teluk bayu beachh..mcam2 ada paktam mee udang pon ad dengan suasana angin laut dn pantai yang cantik mmg sempoiiii👍👍👍JOM AMPA KENA AROII AISKRIM PASTI PUAS HATI....

Bila kita berniaga, kawan baik dengan kita hilang...Saudara mara pun kadang menghilang...Sanggup beli dari orang lain ta...
19/06/2022

Bila kita berniaga,
kawan baik dengan kita hilang...
Saudara mara pun kadang menghilang...
Sanggup beli dari orang lain takut kita kaya raya...
Perasan tak? 😊

Paling kelakar, siap perli2
Jutawan kaya...
bisnessman kaya...
Ya bestnye,
sebab semuanya doa
So kita Aamiin kan saja😊🤲

Datang p**a kawan baru yg positif..
Yang support each other...
Even hanya kenal dlm facebook...
Kenal pada nama...
Hanya kenal muka...

Bila kita promote bisnes kita,
percaya lah yg selalu bagi 'emoji' dan selalu share post kita bukanlah orang yg rapat dengan kita..
Kalu ade pun yg selalu dengan kita je yg akan support.
Manakala yg kenal kita yg lain hanya jeling sahaja status kita..
hahaha 🤭🤭🤭

Kadang2 status kita pun dia tak like.
Even dia menganggap dirinya insan yg positif.. Yang paling terkesan bila kawan sepermainan , kawan sekolah...
lagii menjauh ...

Seorang dua je yang nak support...
Bukan nak minta korang beli tauu...
Support pun cukup dahh😁😁

Untuk yg selalu sokong saya,
TERIMA KASIH byk²....
Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian semua☺️.
Semoga kita sama sama berjaya dunia dan akhirat.

Hindari PHD (Perasaan Hasad Dengki)

Perkongsian; Bro Lie Pilot Darat

19/06/2022
Bakal berlaku KEMARAU? Cahaya Matahari Membentuk Tiang Petanda Kemarau Sedunia?Dikatakan pada 906 Hijrah, fenomena cahay...
16/05/2022

Bakal berlaku KEMARAU? Cahaya Matahari Membentuk Tiang Petanda Kemarau Sedunia?

Dikatakan pada 906 Hijrah, fenomena cahaya matahari membentuk tiang-tiang merah pernah berlaku di Mesir.

Pada tahun berikutnya iaitu 907 Hijrah, wabak penyakit melanda Tanah Arab serta Mesir selama dua tahun.

Masuk tahun ke 908 Hijrah, tiba p**a kemarau yang berpanjangan dan krisis makanan yang sangat kritikal.

Petanda Alam Kembali Lagi
Buat sekian kalinya, 2022 menjadi saksi fenomena ini kembali berulang dan rakyat Malaysia menyaksikannya.

Difahamankan apabila fenomena ini berlaku, dunia bakal memasuki fasa kemarau yang kritikal tidak lama lagi.

Disarankan untuk semua orang membuat persediaan makanan, mental, fizikal dan paling penting adalah rohani.

Sekiranya gagal mengawal rohani untuk berdepan dengan cabaran akhir zaman, s**ar untuk kita bertenang.

Disebabkan itulah telah datang nasihat awal, kenyang diri dengan zikir, perlahan-lahan buang nafsu makan.

Maka apabila terjadi fenomena sebegini, secara tidak langsung kita mampu berdepan dengan ujian Allah SWT.

Hadith Riwayat At-Thabarani
Imam As-Suyuthi (w 911H) memuatkan sebuah hadith riwayat At-Thabarani di dalam Kitabnya Al-Jami’ As-Soghir berkenaan sabdaa Nabi s.a.w mafhumnya:

“Tatkala dilihat matahari terbit di saat bulan Ramadan dalam keadaan tinggi seperti tiang-tiang, maka simpanlah makanan untuk jangkamasa setahun, kerana ianya alamat kedatangan kemarau.” dadr

والله اعلم بالصواب



Ditulis D Amie

AIR PASANG DI BALIK PULAU 😨Kejadian fenomena air pasang besar petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di kampung Jal...
16/05/2022

AIR PASANG DI BALIK PULAU 😨

Kejadian fenomena air pasang besar petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di kampung Jalan Baru, Balik Pulau dinaiki air beberapa kawasan di Jalan Baru di naiki dan kawasan penempatan penduduk dimasuki air paras lutut.

Antara yang menarik di Padang Kota la ni. Tembok ni dibuat dua lapisan. Lapisan bawah bila ayaq laut pasang, ayaq akan n...
16/05/2022

Antara yang menarik di Padang Kota la ni. Tembok ni dibuat dua lapisan. Lapisan bawah bila ayaq laut pasang, ayaq akan naik dan boleh main air laut kat situ yang bersih dan jernih.

Ada anak ikan lagi..Anak-anak pun syok main dan bersantai kat situ..🥰

📸The Star

Selalu pening nak order apa kat Starbucks? Nah, korang try lah order menu-menu niGerenti sedaappp!!Nak order Starbucks p...
11/05/2022

Selalu pening nak order apa kat Starbucks? Nah, korang try lah order menu-menu ni
Gerenti sedaappp!!

Nak order Starbucks pakai ni https://shp.ee/gsqxcs5 lagi jimat 😭😭

KREDIT: Nurulain Shaari

"BUKIT BENDERA KENA SERBU"Tinjauan orang ramai bersama ahli keluarganya  mengambil kesempatan cuti umum Hari Raya bagi m...
06/05/2022

"BUKIT BENDERA KENA SERBU"

Tinjauan orang ramai bersama ahli keluarganya mengambil kesempatan cuti umum Hari Raya bagi mengunjungi di stesen bawah terminal kereta api funikular Bukit Bendera di Pulau Pinang pada cuti sambutan perayaan ini.

Lepak dalam ejin kerata di Jalan paya terubong  bukit saujana pagi tadi
06/05/2022

Lepak dalam ejin kerata di Jalan paya terubong bukit saujana pagi tadi

Assalamualaikum WBT., Salam Sejahtera dan Salam Hormat.Disertakan 𝟭𝟰 𝗗𝗮𝘆𝘀 𝗠𝗼𝘃𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗮𝗿𝘁 yang menunjukkan bilangan kes COV...
05/05/2022

Assalamualaikum WBT., Salam Sejahtera dan Salam Hormat.

Disertakan 𝟭𝟰 𝗗𝗮𝘆𝘀 𝗠𝗼𝘃𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗮𝗿𝘁 yang menunjukkan bilangan kes COVID-19 yang
dilaporkan dalam tempoh 14 hari iaitu mulai 22 April 2022 hingga 05 Mei 2022 mengikut mukim di daerah dalam negeri Pulau Pinang.

Ringkasan Kumulatif Kes COVID-19 hingga 05 Mei 2022, jam 12.00 tengah hari di negeri Pulau Pinang ;

Perincian 65 kes baru dilaporkan hari ini, seperti di lampiran.

Perang COVID-19 belum tamat lagi. Kita semua dengan mudah boleh dijangkiti jika tidak berhati-hati.

Oleh itu, dalam mengawal penularan COVID-19 di tempat kerja atau walau di mana sahaja anda berada, anda diminta untuk menjalani kehidupan mengikut norma baharu seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ELAKKAN 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close conversation.

AMALKAN 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan juga tahap kebersihan diri yang tinggi.

Bersama kita menghentikan jangkitan COVID-19.





Ketika kita sedang cuti bergembira menyambut raya. Ada insan yang perlu laksanakan tugasan tanggungjawab penting mereka....
02/05/2022

Ketika kita sedang cuti bergembira menyambut raya. Ada insan yang perlu laksanakan tugasan tanggungjawab penting mereka.

Pagi tadi hujan lebat di bayan lepas. Demi keselesaan rakyat dan kebersihan negara.

TAHNIAH DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN abang² Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP.

Nukilan: Mohamad Fakhrullah Shahran

02/05/2022

Raya terkejut geng..apa2 pon Min ucap kan selamat hari raya maaf zahir dn batin😊🙏🏻

Nur Shalina Sholikin Amira Ayuni
01/05/2022

Nur Shalina Sholikin Amira Ayuni

TERKINI: Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 jatuh pada:2 Mei 2022 (Hari Isnin)Bersamaan 1 Syawal 1443H
01/05/2022

TERKINI: Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 jatuh pada:

2 Mei 2022 (Hari Isnin)

Bersamaan 1 Syawal 1443H

Ibu2 cantik dalam ni pernah ada pengalaman anak kena gigit benda ni tak?Tak tahan anak asyik menangis, sampai nak tidur ...
14/04/2022

Ibu2 cantik dalam ni pernah ada pengalaman anak kena gigit benda ni tak?

Tak tahan anak asyik menangis, sampai nak tidur pon buka lampu.

Dah ramai yang berjaya basmi lepas guna ni:

https://shp.ee/wi5zzwt

Sekarang baru boleh tidur lena lepas dah basmi punca dia, memang bahaya benda ni, hisap darah malam2.

http://www.wasap.my/60195079809/nakcamay

Kredit syuhaila che sa

Viral Chef Ammar, Pukul 1 Org Dah Beratur PanjangSHAH ALAM: Chef Ammar Ali (kiri) menunjukkan aksi bersahaja melambung t...
13/04/2022

Viral Chef Ammar, Pukul 1 Org Dah Beratur Panjang

SHAH ALAM: Chef Ammar Ali (kiri) menunjukkan aksi bersahaja melambung telur ayam kampung yang terus masuk ke dalam bekas nasi semasa sibuk menyiapkan tempahan nasi arab ketika tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam hari ini.

Orang ramai tetap beratur panjang untuk mendapatkan nasi arab ini meskipun tular di media sosial berkenaan harga yang ditawarkan didakwa mahal.

Walaupun waktu perniagaan bermula jam 3.30 petang namun orang ramai mula beratur seawal jam 1 tengah hari bagi mendapatkn nasi arab ini.

Harga nasi arab yang dijual ini bermula daripada RM25 hingga RM50 satu set bergantung kepada jenis lauk iaitu ayam dan "lamb shank".

Standby pergi Mcd malamni,. tengah murah!!! Haritu baru je promo,. ni tau2 ada promo lagi kat Mekdi,. dapat time moreh n...
12/04/2022

Standby pergi Mcd malamni,. tengah murah!!!

Haritu baru je promo,. ni tau2 ada promo lagi kat Mekdi,. dapat time moreh ni pun best gak.

Makesure korang standby klaim ni siap2 : https://shope.ee/8zPbDavnZh

Boleh dapat harga lagi murah!!,. jom moreh japgi. Makesure install apps mekdi siap2

MasyaAllah' terkejut betoi dengar harga nasi rm6.50 !! buka bungkusan lauk penuh tak nampak nasi . First time try kluste...
09/04/2022

MasyaAllah' terkejut betoi dengar harga nasi rm6.50 !! buka bungkusan lauk penuh tak nampak nasi . First time try kluster ayam kunyit kat bazar teluk kumbar .

Sangat berbaloii !! Murah + sedap tak kedekut langsung . Semoga murah rezeki perniaga macam nie . 👍🏻👍🏻👍🏻 Aminn

🎥 Nasz Sulaiman

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَKau Pergi Jua Anakku. Diba Hembus Nafas Terakhir Di lCU Akibat DipukuI Teman L...
06/04/2022

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Kau Pergi Jua Anakku. Diba Hembus Nafas Terakhir Di lCU Akibat DipukuI Teman Lelaki 😢😢

BALIK PULAU: TuIar akan pemergian seorang gadis yang dikenali sebagai Yan Senrose atau nama sebenarnya Nur Diyanah Haris.

Menerusi makIumat dari rakan-rakannya yang berIegar di media sosial, difahamkan gadis berkenaan dipukuI oleh teman lelaki yang dikenali sebagai Jamal.

Difahamkan, selepas kejadian dipukuI oleh teman lelakinya gadis berkenaan mendapat rawatan di unit awatan rapi (lCU) di saIah sebuah Hospital di Penang namun tidak dapat diseIamatkan.

Media tempatan meIaporkan empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat dipukuI dalam kejadian pada 2 April lalu.

Ketua PoIis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 23 hingga 28 tahun itu direman sehingga 11 April ini.

Katanya, kesemua suspek termasuk teman Ielaki mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Mereka ditahan di sekitar TeIuk Kumbar pada 3 dan 4 April, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, poIis menerima satu Iaporan pada 10.39 malam, 2 April daripada seorang doktor dari Hospital Balik Pulau mengenai keadaan mangsa.

Mangsa yang berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan kritikaI, Pemeriksaan Ianjut mendapati, terdapat kesan Iebam di kepaIa serta seluruh tubuhnya.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan Ianjut namun disahkan meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 3O2 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

  Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu di...
05/04/2022

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar dua hari lepas dan semalam bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/828843/youtuber-3-rakan-ditahan-berkait-kes-bunuh

Balik Pulau: Polis menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu, cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia, dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjar...
02/04/2022

Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara Jemaah.

Namun, adalah diingatkan bahawa Jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan COVID-19 dalam kalangan Jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama.

NAK NIAT SETIAP MALAM KA SEBULAN?Save siap2 jangan terlupa p**ak naa.1. MAZHAB SYAFI’IEWajib berniat puasa pada setiap m...
31/03/2022

NAK NIAT SETIAP MALAM KA SEBULAN?
Save siap2 jangan terlupa p**ak naa.

1. MAZHAB SYAFI’IE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

2. MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.

3. PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

P/s : Moga Allah terima semua ibadah dan puasa kita. Jangan buat lecey tak puasa p**ak.

  Kelihatan bayang-bayang bebola batu berada tepat di bawah objek susulan fenomena tengah hari tanpa bayang yang berlaku...
28/03/2022

Kelihatan bayang-bayang bebola batu berada tepat di bawah objek susulan fenomena tengah hari tanpa bayang yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari ketika tinjauan di Pusat Bandar Shah Alam

Ia berlaku susulan peristiwa ekuinoks apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa yang akan menyebabkan seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang serta malam.

Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi p**a akan mula mengalami musim luruh.⁣

📸 Mohd Asri Saifuddin Mamat/BERNAMA

Waktu Imsak dan berbuka pada bulan Ramadhan di seluruh negeri Pulau Pinang.
28/03/2022

Waktu Imsak dan berbuka pada bulan Ramadhan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Disebalik kisah EX5 pertama dari Malaysia kembara ke Mekah." Persahabatan "Sehingga ke hari ini, ada yg masih bertanya ....
28/03/2022

Disebalik kisah EX5 pertama dari Malaysia kembara ke Mekah.

" Persahabatan "

Sehingga ke hari ini, ada yg masih bertanya .. Bagaimana saya @ kami boleh bersabar ride dengan Mohd Aswade Ali semasa Kembara Musafir Umrah 10 Malam Akhir Ramadhan (Lailatul Qadar).

Saya menunggang motor GS 1200 CC & Aswade menunggang Kapcai EX5.

Mereka yg bertanyakan soalan tersebut berkata ... sekiranya konvoi tersebut melibatkan semua motor kecil @ kapcai atau semua motor besar adalah suatu perkara yg biasa sebab kelajuan & kemampuan motor-motor tersebut sama.

Tapi adalah suatu yang amat luar biasa apabila konvoi tersebut melibatkan motor berCC besar & motor berCC kecil untuk satu perjalanan yang jauh beribu km. Kemampuan & speed motor jauh berbeza.

Bagaimana mungkin seorang yang menunggang motor besar boleh bersabar & berkonvoi bersama dengan seorang yang menunggang motor kecil, membantu towing motornya beratus/beribu km apabila motornya rosak apalagi di beberapa tempat cuaca mencecah sehingga 58 Celcius di gurun-gurun sepanjang perjalanan.

Sampai sekarang, setiap kali apabila saya berjumpa Dato Capt Nik Huzlan, beliau akan bertanyakan perkara ini @ How did u get the patience? 😊

Sebenarnya saya tiada jawapan di mana datang kesabaran tersebut. 😅

Mungkin disebabkan ikatan persahabatan kami yang kuat.

Ironinya, kami tidak pernah ride sekali sebelum Kembara tersebut & juga selepas Kembara tersebut sehinggalah ke hari ini. Namun persahabatan kami tetap Utuh. InsyaaAllah sehingga Jannah.

Kredit kepada sahabat saya Hj Jihad RememberMe Itsstillme & Hj Aminnudin Bin Marjani yg juga sama2 banyak membantu Hj Aswade & kami sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain. Kami juga sentiasa satu hati dlm segala isu, membuat keputusan & menghadapi apa-apa ujian.

Allahu Akbar

Credit Tuan haji LB Badruzzaman Ishak

Kembara Musafir Umrah

Via Wan Yoshiki / ADVENTURE TOURING MALAYSIA (AtM)

Hati ibu bapa mana tak remok. Bayi ini dikatakan mati ditangan pengasuh. Incident Ini membuatkan banyak jiwa ibu ibu bek...
25/03/2022

Hati ibu bapa mana tak remok.

Bayi ini dikatakan mati ditangan pengasuh.

Incident Ini membuatkan banyak jiwa ibu ibu bekerja menjadi gundah gulana. Setiap hari mereka mempertaruhkan kepercayaan dan berserah pada Allah agar anak yang diamanahkan penjagaan nya pada pengasuh itu diasuh dengan baik dan penuh kasih sayang.

Sama halnya dengan ibu bapa bayi ini.

Remiknya jiwa. Moga ibu bapa bayi ini tabah.. moga mereka mendapat pembelaan seadilnya

Apa yg dicerita kan ayah mangsa, berkemungkinan baby Syifa dibnuh dahulu sebelom diletak kan dalam buai. banyak kesan2 lebam yang tak bersesuaian dengan penceritaan pengasuh dijumpai pada tubuh sikecil ini…. Dan sibapa kini sedang cuba untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya keatas bayi ini.

Moga semua urusan dipermudahkan Allah.

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberik...
25/03/2022

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!

Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.

Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh Pengasuh dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 tapi sehingga ke hari ini kes belum dituduh di mahkamah.

Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti “jaring”. Itulah yang dikatakan oleh Pengasuh semasa siasatan polis.

Tapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan (lebam) berbentuk satu garisan lurus.

Tak percaya, cuba ambil kain jerut leher sendiri. Tidak perlu lama, cukup 2 minit. Kain tidak akan tinggalkan lebam lurus satu garisan.

Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa.

Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.

Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?

Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Justeru…

Siasat semula kes kematian Baby Syifaa, Polis perlu siasat kedua-dua Pengasuh, kedua-dua suami selain seorang lagi adik perempuan kepada Pengasuh yang kononnya tidak bertugas sepanjang bulan Februari.

Jika aku boleh fight untuk orang lain, mustahil untuk aku berdiam diri dalam kes yang membabitkan anak aku sendiri.

Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa.

Siasat semua orang yang ada akses untuk memasuki Taska pada hari kejadian. Jika Polis tak mampu untuk siasat kes Baby Syifaa betul-betul serta AGC segan untuk membuat pendakwaan kes.

Sila beritahu aku!

Sebab aku ada cara sendiri untuk mendapatkan hak dan keadilan di atas kematian Nour Rania Asyifaa Bt. Yuseri.

Hutang budi dibalas budi, hutang darah..?

Tuan-Puan, saya amat tidak selesa berkongsi gambar ini. Namun saya tiada pilihan kerana pemergian Baby Syifaa perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Maafkan Daddy Adik..

Justice Delayed is Justice Denied!

Kredit to Yuseri Yusoff

🇲🇾23.03.2022Wanita Indonesia dipenjara 2 tahun dera bayiGEORGETOWN: “Saya minta maaf, saya tidak akan ulangi lagi. Saya ...
25/03/2022

🇲🇾23.03.2022
Wanita Indonesia dipenjara 2 tahun dera bayi

GEORGETOWN: “Saya minta maaf, saya tidak akan ulangi lagi. Saya mohon dikurangkan hukuman”.

Itu kata-kata yang diucapkan seorang wanita warga Indonesia selepas video perbuatannya mendera seorang bayi dipertontonkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Video berdurasi kira-kira 30 saat itu dipertontonkan semula ketika tertuduh, Ellis Andreyani, 47, yang berasal dari Medan, Sumatera dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki.

Bagaimanapun, Hakim Mazdi Abdul Hamid tetap menjatuhi hukuman penjara dua tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ellis Andreyani yang sudah tinggal di negara ini selama tujuh tahun didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Utama Minden Heights, Gelugor, antara jam 10 pagi hingga 3 petang pada November tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid dan Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Rais Imran memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran dan iktibar kepada tertuduh dan masyarakat.

“Rakaman video itu jelas menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan mendera. Sebagai seorang penjaga, tertuduh sepatutnya menjaga kanak-kanak itu dengan baik dan penuh kasih sayang, bukannya dipukul,” katanya.

Hakim kemudiannya menetapkan Ellis Andreyani perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 8 Disember 2021.

Sebelum ini, video kejadian dera itu tular di dalam media sosial Twitter yang memperlihatkan seorang wanita menampar p**i seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangan kanak-kanak terbabit.

Malah, pemilik akaun Twitter terbabit turut mendakwa tiada tindakan diambil meskipun laporan dibuat kerana polis mendakwa wanita terbabit mengalami masalah mental.

Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut sehari selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, tertuduh turut menjalani hukuman di bawah Akta Imigresen di Depoh Tahanan Imigresen di Juru kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Syukur AlhamdulilahMisi Pencarian telah jumpa 3 nelayan hilang. Terima KasihJabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pulau Pi...
24/03/2022

Syukur Alhamdulilah
Misi Pencarian telah jumpa 3 nelayan hilang.

Terima Kasih
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang
IPD Seberang Perai Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
Reezal Merican Naina Merican
YB Ustaz Mohd Yusni
Unit Nelayan Sg Tembus
Nelayan Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Langkawi
Seluruh Penduduk Penaga

[KUALA MUDA ¦ 23 MAC 2022 ] Dugaan Sebelum Tibanya Ramadhan. 😭Satu kebakaran melibatkan deretan 4 buah rumah sekaligus h...
24/03/2022

[KUALA MUDA ¦ 23 MAC 2022 ]

Dugaan Sebelum Tibanya Ramadhan. 😭

Satu kebakaran melibatkan deretan 4 buah rumah sekaligus hangus terbakar di Kuala Muda.
Di fahamkan punca kebakaran masih di dalam penyiasatan. Tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Semoga semua mangsa sabar menempuhi ujian sebelum tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak.

Mohon bantuan kepada semua sahabat-sahabat Nelayan Penaga JIKA ada terjumpa bot biru merah seperti dalam gambar ini. Di ...
20/03/2022

Mohon bantuan kepada semua sahabat-sahabat Nelayan Penaga JIKA ada terjumpa bot biru merah seperti dalam gambar ini.

Di beritakan 3 Orang nelayan terlibat, nasib mereka masih belum diketahui.

Bot ini telah keluar memukat pada jam 4 pagi dan kebiasaan balik sekitar jam 12 tengahari. Malangnya sehingga pukul 10 malam not mereka masih belum balik.

Difahamkan mereka selalu memukat disekitar point 37"55 arah utara.
Kemungkinan hanyut ke Langkawi atau Pulau Payar.

Jika ada sebarang info tolong maklumkan terus ke nombor 01160682353.

Terima kasih.

Pas**an Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang Markas Operasi Pas**an Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia Reezal Merican Naina Merican Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas Pusat Khidmat ADUN Penaga YB Ustaz Mohd Yusni

Allahu Akbar…Lebih 700 buah rumah terbakar dan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Tawau Sabah. “Allah takkan...
19/03/2022

Allahu Akbar…

Lebih 700 buah rumah terbakar dan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Tawau Sabah.

“Allah takkan menguji seseorang diluar kemampuan hambanya”..

Berita ni sangat sedih dan menyayat hati. Tak dapat dibayangkan bagaimana nasib mangsa yang terlibat, yang ada anak kecil, orang tua yang uzur dan tinggal keseorangan, dan orang yang susah disana.

Rumah dan barangan mereka hilang sekelip mata.

Semoga tabah dengan ujian ni. Saya doakan agar Allah kurniakan kekuatan, kesabaran serta permudahkan segala urusan.

Ya Allah lindungilah mereka. Gantikan musibah yang kau berikan ini dengan perkara yang lebih baik 🤲🏻

Aamiin Ya Rabbal A’lamin

Salam Takziah 🥺🥺🥺

Nasi Kandaq Rafee Pulau Tikus terbakaq. Baru dok ingat malam ni nak pi makan kat sana.
18/03/2022

Nasi Kandaq Rafee Pulau Tikus terbakaq. Baru dok ingat malam ni nak pi makan kat sana.

Rambut Bentuk Helmet Yang Menarik Perhatian Ramai Di Seluruh Dunia..GEORGE TOWN : Seorang penjual barangan lusuh, R.Raja...
17/03/2022

Rambut Bentuk Helmet Yang Menarik Perhatian Ramai Di Seluruh Dunia..

GEORGE TOWN : Seorang penjual barangan lusuh, R.Rajah, 70, mampu menjelajah ke seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Itali, Jerman, China, Arab Saudi berikutan rambutnya yang berbentuk topi keledar.

"Saya dijemput oleh seorang pelancong asing untuk menjelajah ke seluruh dunia pada tahun 1992", kata Rajah.

Menurutnya ada dikalangan penduduk tempatan di negara berkenaan menarik rambutnya bagi memastikan rambut beliau adalah asli.

Rajah yang menjual barangan lusuh di pasar karat Lorong Kulit, sejak 40 tahun lalu menyimpan rambut berkenaan sejak berusia 18 tahun.

Beliau meluangkan masa selama tiga jam untuk menguruskan rambutnya setiap hari dan tidak menggunakan sikat untuk menyikat rambut tetapi menggunakan tangan untuk menguruskan rambutnya yang kelihatan seperti topi keledar.

📸 K. Ganeson | BERNAMA

SOP Memasuki Thailand 1. Daftar www.thailandpass.com 2. Sebelum berlepas, dapatkan keputusan ujian RT-PCR yang dikeluark...
17/03/2022

SOP Memasuki Thailand

1. Daftar www.thailandpass.com

2. Sebelum berlepas, dapatkan keputusan ujian RT-PCR yang dikeluarkan dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas (Keputusan Negatif)

Jika diuji Keputusan Positif, sijil perubatan menunjukkan bahawa tarikh pertama anda dijangkiti
adalah sekurang-kurangnya 14 hari tetapi tidak lebih daripada 90 hari sebelum tarikh anda berlepas diperlukan

3.Setibanya di Dannok, lalui pusat pemeriksaan yang ditetapkan sebelum meneruskan ke hotel anda melalui laluan tertutup.

4. Jalani ujian Rt-Pcr dan tunggu keputusan ujian di hotel anda.

5. Ambil ujian kendiri ATK pada Hari ke-5 dan laporkan keputusan ujian pada aplikasi Mhor Prom.

📣Dokumen yang Diperlukan📣

1. Tempahan hotel pada Hari 1 "diperlukan Sha Extra Plus Hotel (Termasuk Ujian Rt-PCR)

2.Insurans perubatan dengan perlindungan minimum 20,000 USD (Yuran insurans bermula pada 1,100 baht setiap 7 Hari).

3.Sijil dos ke-2 vaksin

4.Keputusan Negatif Covid.(72 jam sebelum Berlepas)

Kami akan mengemas kini senarai Sha Extra Plus Hotel di Dannok tidak lama lagi.

Kredit: dannoktimes

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV...
16/03/2022

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
👉 Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
👉Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
👉 Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

💪Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗

Apakah maksud endemik, epidemik dan pandemik❓Kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus dan mikroorganisma...
16/03/2022

Apakah maksud endemik, epidemik dan pandemik❓

Kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus dan mikroorganisma lain di persekitaran kita.
Istilah endemik, epidemik dan pandemik adalah antara istilah penting dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit.

✅ Pemahaman istilah ini adalah penting dalam menentukan strategi pencegahan dan kawalan yang perlu diambil serta penglibatan komuniti dalam memastikan strategi yang diambil itu berkesan.

👉 Dikongsikan maksud istilah-istilah tersebut serta contoh-contoh penyakitnya di Malaysia dan di peringkat global untuk persediaan kita menuju fasa peralihan ke endemik bagi COVID-19.

Russia kembali ke zaman dulu apabila mengharamkan Social Media termasuklah Facebook, Twitter, Instagram dan paling terba...
15/03/2022

Russia kembali ke zaman dulu apabila mengharamkan Social Media termasuklah Facebook, Twitter, Instagram dan paling terbaru Tiktok...

Ramai influencer menangis sebab IG katanya paling Femes di Russia dengan lebih 80 juta pengguna...

DARI 7E KE STESEN TV:Pengaruh Media Sangat besar.idolakan mereka yg s**a maki hamun orang ✅Anak-anak ikut jadi kurang aj...
15/03/2022

DARI 7E KE STESEN TV:

Pengaruh Media Sangat besar.
idolakan mereka yg s**a maki hamun orang ✅
Anak-anak ikut jadi kurang ajar ✅

Peranan Media sangat besar dalam membentuk dan mendidik masyarakat dengan nilai-nilai MURNI ✅

POPULARITI ✅
Maki-hamun akan menjadikan kita instant famous ✅
IKON ✅

Saya belajar sesuatu:
Mungkin saya perlu buat banyak video maki hamun orang untuk dijemput ke stesen TV buat Awarenes pasal Kanser & Rawatan ✅🤔🤔🤔

Mode : bukan berdengki ❌
Bangga 🤔
Belajar sesuatu ✅

Zuraini Kamal

Address

Jalan Teluk Kumbar
Bayan Lepas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang island official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Bayan Lepas

Show All