
20/06/2024
Jujur ni EURO paling hambar aku pernah rasa
Antara punca paling besar ialah kurang promosi dek kerana media negara sendiri dah miskin ataupun lagi berminat lagi nak siar drama bangsat dan cliche
Nasib baik SPOTV dapat hak dan sudi menjual disini, mana yang mampu je merasa kalau tak kena korban la pergi mamak semata-mata nak tengok EURO, itupun rasa bosan teruk kerana tiada analisis "pre-match" dan "post match" dalam siaran tu, rindu celoteh Pak Long ataupun Haji ZAR menyembang hahahaha
Bab Astro dan RTM kita faham, mungkin mereka lebih utamakan Olimpik yang dah jelas ada penglibatan wakil negara (kena paham Astro dah rugi teruk dan RTM agaknya bajet lari), yang sekor lagi tu takkan takde usaha langsung? Kata radio dah no 1, takkan duit semua duit habis kat drama sampai nak siar EURO pun tak mampu?
Mungkin tahun ni rezeki mamak agaknya, apepun selamat menonton EURO semua !