12/12/2020
8 Kehebatan Amalan Berselawat
Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”Surah Al-Ahzab : 56
Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan.
Dari segi syarak p**a adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W.
Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Di mana p**a kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi sewajarnya patut berselawat kepada baginda.
Sesungguhnya berselawat bukan satu amalan yang merugikan. Malah, ia membawa seribu kebaikan dan kelebihan kepada yang sering mengungkapkan selawat. Apakah kelebihan dan kehebatan selawat itu?
#1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:
“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”Riwayat Imam Muslim
Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan?
Makna Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W.
Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya.
#2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat
Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat(memberi rahmat) atasnya 10 selawat(rahmat), dihapuskan 10 kesalahan(dosa) daripadanya dan diangkatkan 10 darjat untuknya.”Riwayat an-Nasa’i
Kita hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah memberi peluang kepada kita dengan menghapuskan dosa kecil melalui amalan berselawat kepada Nabi S.A.W. Sekali disebut, 10 dosa Allah ampunkan.
Bukan itu sahaja, Allah mengangkat darjat hambaNya yang sering berselawat kepada Nabi S.A.W. Sungguh, terbuktilah amalan berselawat banyak kebaikannya.
#3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat
Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani
Syafaat Nabi S.A.W antara pertolongan paling besar ketika manusia sedang terkapai-kapai inginkan bantuan di padang mahsyar nanti.
Ketika insan lain tidak mampu membantu kita. Tidak kira, ibu, ayah, kakak, abang, sebaik dan serapat mana orang lain dengan kita di atas muka bumi, belum pasti dapat menolong kita di hari akhirat nanti.
#4- Mendapat Kebahagiaan Hidup
Dengan berselawat, Allah akan menganugerahkan seseorang itu kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.
Hati yang gelisah akan menjadi tenang dan tenteram. Hilanglah segala kekusutan dan kecelaruan hati apabila selawat sering diamalkan.
Kebahagiaan dan ketenangan adalah anugerah yang sangat agung kerana setiap manusia inginkannya. Dan untuk mendapatkannya adalah melalui jalan selawat. Jom berselawat!
#5- Dipermudahkan Urusan Hidup
Allah akan memudahkan urusan kehidupan kita dengan kita memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W.
Jika sesuatu urusan itu berat untuk dilakukan, hati tidak cepat mengalah dan dapat melakukan dengan hati yang tenang. Tidak cepat marah. Tidak mudah diserang stress.
Inshaa Allah, semuanya atas kehendak Allah S.W.T. Yakinlah dan beramallah secara berterusan. Semoga urusan hidup terasa ringan dan tidak lagi berat.
#6- Dimakbulkan Segala Hajat
Ali bin Abu Talib R.A berkata;
“Doa seseorang itu terdinding(terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
Dengan berselawat, doa kita menjadi lebih lengkap dan sempurna. Antara syarat doa dimakbulkan Allah seperti yang digariskan oleh para ulama adalah dengan disertakan bacaan selawat.
Ayuh, jangan lupa sertakan dengan berselawat kepada Nabi S.A.W di awal permulaan doa dan di pengakhiran doa kita.
#7- Dihilangkan Perasaan Dukacita
Berselawat dapat menyembuhkan perasaan sedih di dada. Dihilangkan duka cita yang melanda.
Perbanyakkan berselawat membuatkan perasaan sedih dan duka cita tidak menjadi berat. Dada tidak terlalu sebak menghadapi kedukaan.
Ia menguatkan batin yang sedang lemah. Membangkitkan perasaan yang sedang rebah. Berselawatlah, moga hilang duka citamu.
#8- Berselawat Membawa Jalan Ke Syurga
Kita sebagai umat akhir zaman dan umat Nabi Muhammad S.A.W tersangatlah beruntung kerana dikurniakan dengan amalan selawat.
Amalannya mudah dan tidak sampai beberapa saat sahaja. Dalam seminit, dapat berselawat berpuluh kali. Ganjarannya p**a berganda. Subhanaallah, kasih Allah kepada hambaNya.
Janganlah disiakan sahaja waktu tanpa berselawat. Jangan rugikan saat keseorangan tanpa ada alunan selawat.
Antara jalan ke syurga adalah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Jangan jadi bakhil seperti yang disebut di dalam hadis. Daripada Ali bin Abu Talib r.a.,
Nabi S.A.W bersabda;
“Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.”Riwayat al-Tirmizi
Berminat belajar Al-Quran, Tajwid, Fardhu Ain & Lain-Lain hanya di rumah boleh terus hubungi 👇
https://wa.link/voixz3
Kawasan : Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra, Bangi & Sekitar.
https://www.facebook.com/SmartQuran.my/