Jom iklan sini

Jom iklan sini jom viral

06/09/2021
11/06/2021

Sempoi lagu ni

30/04/2021

X pernah terpikir cara main mercun bola tanpa kedengaran jiran..orang pun x marah๐Ÿ˜…

30/04/2021

Boleh cuti ka raya ni๐Ÿ˜…

Dunia ini sekejap
02/03/2021

Dunia ini sekejap

02/03/2021

Baru buka langkah dia sondol plak

22/02/2021

Berkawat plak

21/02/2021

Look! The short videos you can't miss.

Aduh...siksanya...
17/02/2021

Aduh...siksanya...

Tahukah anda?  Tahun 2030 Raya Cina 3 Feb (Ahad)Raya Aidilfitri 5 Feb (Selasa)Tol Gombak Feb 2030 :Gambar sekadar hiasan...
17/02/2021

Tahukah anda?

Tahun 2030
Raya Cina 3 Feb (Ahad)
Raya Aidilfitri 5 Feb (Selasa)

Tol Gombak Feb 2030 :

Gambar sekadar hiasan sahaja๐Ÿ˜…

Kredit: Viral Malaysia

Betul jugak kan
17/02/2021

Betul jugak kan

Ni kalau masih terkena lagi virus x taw nk ckap apa lagi dah...
09/02/2021

Ni kalau masih terkena lagi virus x taw nk ckap apa lagi dah...

Sapa masih ingat?
09/02/2021

Sapa masih ingat?

Korang selalu macam ni x? Dah jalan baru la sibok cek apa yg ada atau tinggal...
09/02/2021

Korang selalu macam ni x? Dah jalan baru la sibok cek apa yg ada atau tinggal...

03/02/2021

Perkenalkan,budak bernama rudy meminta restu ibunya ingin masuk islam

03/02/2021

Meh layan lu

Ambil perhatiaan kepada yg belum tahu...gula gula ini untuk orang yg aktif s**an atau hiking...
31/01/2021

Ambil perhatiaan kepada yg belum tahu...gula gula ini untuk orang yg aktif s**an atau hiking...

Selalunya ada diantara kita yang s**a membeli gula-gula bagi melegakan sakit tekak atau untuk ingin menikmati sesuatu yang manis. Tahukan anda semua Himalaya Salt telah menjadi kegemaran segelintir ma

*Dendeng Balado Padang* Kami penggemar masakan Padang Dari gulai, sambal hijau hingga ke dendengSemua kami s**aDulu kami...
29/01/2021

*Dendeng Balado Padang*

Kami penggemar masakan Padang
Dari gulai, sambal hijau hingga ke dendeng
Semua kami s**a
Dulu kami masak dendeng ikut selera sendiri je
Belajar dari majalah
Tapi tiga tahun lepas kami berpeluang ke Jakarta dan Bandung
Barulah dapat merasa the real masakan Padang
Dari tempat asalnya...
Selepas kami jumpa resepi yang satu ni...
Kami cukup s**a dengan rasanya
Dendeng tersedap pada deria rasa kami
Seluruh keluarga pun sangat gemar
Sepinggan sekali makan dah licin
Siap ada yang meratah lagi
Resepi yang sedap haruslah dikongsi bersama...
Dengan itu...
Bersama ini kami t**ipkan resepinya...
Boleh cuba kalau s**a...

Pedas, rangup diluar tapi lembut didalamnya

DENDENG BALADO PADANG
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 kg daging bahagian tenderloin - dipotong 3
6 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada sulah
Air untuk merebus

Bahan B
Ditumbuk halus
3 biji bawang merah
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
Air untuk rendamam


Bahan C
Ditumbuk kasar
4 biji cili merah
6 biji cili kering
4 biji cilipadi
8 biji bawang merah- dihiris nipis
6 sudu minyak untuk menumis

Bahan D
1 sudu makan asam jawa- diperah dengan 4 sudu besar air
3 helai daun limau purut
1 sudu teh garam

Rebus Bahan A bersama hingga daging empuk
Angkat dan potong nipis daging, ketuk daging dengan menggunakan lesung batu hingga mel***r
Campurkan semua Bahan B dan masukkan air didalam bekas yang agak besar
Masukkan hirisan daging kedalam campuran Bahan B tadi
Rendamkan anggaran 1 jam, pastikan semua daging tadi terendam
Toskan daging dan goreng dengan sedikit minyak hingga daging agak garing
Didalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah
Biarkan hingga agak garing baru dimasukkan semua cili yang sudah ditumbuk kasar
Masak hingga cili agak garing barulah dimasukkan Bahan D
Akhir sekali masukkan daging yang sudah digoreng tadi
Kacau hingga rata dan sebati
Sedia dihidangkan bersama nasi panas

Tip kami :
Selalunya kami skip proses merendam tu, kami rebuskan bersama Bahan A dan Bahan B
Rasanya tak banyak beza sangat pun...ini kerja orang malas

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram

๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ ๐—ง๐—”๐—จ๐—š๐—˜ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฃ!Bahan-bahan:2 cawan tauge5 batang kacang botol1 biji bawang besar - boleh kurang...
29/01/2021

๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ ๐—ง๐—”๐—จ๐—š๐—˜ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฃ!

Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika s**akan pedas

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Selamat mencuba
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram

Roti kuaci utk makan ptg..๐Ÿ˜ŠBahan:Yis mauripan1 peket rendam dlm stengah cawan air suam bersama gula 4 sudu besar(biar bu...
29/01/2021

Roti kuaci utk makan ptg..๐Ÿ˜Š

Bahan:
Yis mauripan1 peket rendam dlm stengah cawan air suam bersama gula 4 sudu besar(biar buih sampai melimpah)
Tpg gandum 3 cawan
Susu tpg 2 sudu besar
Telor 1 biji
Planta 2 sudu besar
Baking powder 1 sudu besar(saya tak guna pelembut roti)

Cara penyediaan:
Masukkan yis kedlm tpg ,susu dan telor,uli dan akhir sekali baru masukkan planta,adunan kena lembut dan boleh dibentuk,biar adunan kembang 2 kali ganda,tumbuk buang angin dan uli lagi,bentukkan dan susun dlm bekas dan biar kembang lagi sampai penuh bekas ,sapu telor diatas dan taburkan kuaci,bakar pd suhu 190 selama 20 minit,siap dan walaupun disimpan esok hari roti masih lagi lembut.
selamat mencuba..

Kredit : Khatijah Khatijah

Resepi Butter Milk ChickenBahan-bahan:5 ketul kepak ayam (dipotong 2)1 biji telurSerbuk lada hitamTepung jagungGaramCara...
29/01/2021

Resepi Butter Milk Chicken

Bahan-bahan:
5 ketul kepak ayam (dipotong 2)
1 biji telur
Serbuk lada hitam
Tepung jagung
Garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung, gaul sebati. Salut ayam dengan tepung jagung dan goreng sehingga masak. Ketepikan

Untuk sos butter milk:
1/2 ketul butter
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji cili padi (dihiris halus, s**a pedas boleh tambah lagi)
1 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Cairkan butter, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan air, biarkan mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan mendidih sehingga sos menjadi pekat

Follow twitter

Resepi Cheesy Meatball BakeBahan-bahan:1.5 kg daging lembu (kisar)1.5 kg sosej (kisar)4 ulas bawang putih, cincangยฝ cawa...
29/01/2021

Resepi Cheesy Meatball Bake

Bahan-bahan:

1.5 kg daging lembu (kisar)
1.5 kg sosej (kisar)
4 ulas bawang putih, cincang
ยฝ cawan pasli segar, dicincang
ยฝ cawan keju parmesan
1 sudu garam
ยฝ lada sudu teh
1 cawan serbuk roti
2 telur
1 cawan Susu
ยผ cawan marinara sauce
2 cawan keju mozzarella

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar hingga 425 ยฐ F (220 ยฐ C).
2. Dalam mangkuk yang besar, gabungkan daging lembu, sosej, bawang putih, pasli, keju Parmesan, garam, lada, serbuk roti, telur, dan susu. Campurkan sehingga semuanya sebati sepenuhnya.
3. Gulunkan ke bentuk bebola. Untuk jumlah yang sama, gunakan scooper ais krim bersaiz sederhana.
4. Di atas api sederhana, tambahkan 1 sudu minyak zaitun ke dalam kuali, dan masak bebola di kedua-dua belah pihak selama kira-kira 2-3 minit atau sehingga masak.
5. Masak kira-kira separuh masak sahaja. Selesaikan memasak di dalam ketuhar nanti.
6. Di dlm mangkuk khas untuk kaserol, tuangkan sedikit sos marinara ke bahagian bawah kuali untuk mengelakkan lekatan. Kemudian letakkan bebola ke dalam dan masukkan sos marinara yang selebihnya.
7. Taburkan dengan 2 cawan keju mozzarella yang dicincang.
8. Tutup dengan foil dan bakar pada suhu 425 ยฐ F (220 ยฐ C) selama 25 minit atau sehingga keju cair dan bebola masak sepenuhnya.
9. Hidangkan dan hias dengan pasli.
10. Nikmati!

Follow twitter

RESEPI POPIA NESTUMBAHAN:1 bungkus kulit popia (50 helai).1 1/2 cawan Nestum.1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh gun...
29/01/2021

RESEPI POPIA NESTUM

BAHAN:
1 bungkus kulit popia (50 helai).
1 1/2 cawan Nestum.
1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh guna serbuk horlicks.
1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut s**a)*
Tepung gandum untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air sebagai gam popia)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam-(lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin2 sikit..tak nak bubuh pun takpe)

CARA MEMBUAT:
1. Ambik sekeping kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick kalau tak de straw pun boleh kalau tak de juga guna lidi bunga telur tue..
2. Korang gulung kulit popia tue ye..pastu hujung kulit popia tue gam dengan bancuhan tepung gandum tue.
3. Selepas dah siap gulung korang gunting popia tue ye..
4. Dah siap gunting baru boleh goreng- kalau boleh jangan sampai garing nak kehitam sangat biar nampak kekuningan nanti bila salut nestum baru nampak cantik.

Cara nak buat adunan nestum:
Korang ambik blender pastu blend nestum+susu tepung+gula+garam = kasi halus dan gebu

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAHBAHAN BAHAN KEK- 240g Tepung gandum-60g serbuk koko-230g gula-1 cawan minyak-1 cawan susu c...
29/01/2021

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH

BAHAN BAHAN KEK
- 240g Tepung gandum
-60g serbuk koko
-230g gula
-1 cawan minyak
-1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
-5g asen vanila
-5g sodium bikarbonat
-2 biji telur

CARA CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )
-Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
-Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )

BAHAN BAHAN TOPPING
-30g serbuk koko
-2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
-Coklat rice

CARA CARA
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
- Cair dalam mulut bakhanggg

TIPS:
1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba! ๐Ÿ˜Š

Follow twitter

Resepi Apam BalikBAHAN ๐Ÿ…ฐ๏ธ1 1/2 cawan susu segar1 biji telur1/4 cawan gulaSedikit pewarna kuningBAHAN ๐Ÿ…ฑ๏ธ2 cawan tepung ga...
29/01/2021

Resepi Apam Balik

BAHAN ๐Ÿ…ฐ๏ธ

1 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna kuning

BAHAN ๐Ÿ…ฑ๏ธ

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

Bahan inti :
Sedikit gula
Kacang tanah kisar
Jagung berkrim

CARA PENYEDIAAN โคต๏ธ

1. Campurkan bahan A ke dalam blender dan blendkan.
2. Tambahkan bahan B p**a ke dalam campuran bahan A tadi. Blend kan bersama
3. Tuang bancuhan ke dalam kuali l***r (pan) mengikut saiz Apam Balik yang uolls s**a
4. Taburkan gula, kemudian kacang tanah kisar dan jagung berkrim
5. Bila dah masak, lipat dan angkat ke dalam bekas
6. Last sekali, boleh potong dan sedia dihidangkan untuk yang tersayang

Follow twitter

Resepi donut cheese. Bahan-bahan:4 cwn tpung gandum3 sudu besar merjerin2 sudu besar susu pekat1 sudu besar gula 1/2 cwn...
29/01/2021

Resepi donut cheese.

Bahan-bahan:

4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cwn air suam
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice

Cara-cara :

1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik.

Follow twitter
Blog : resepimakananmy.blogspot.my
Instagram :

KATANYA LAGI SEDAP DARIPADA STARBUCKS! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜Bahan- bahan :2 Sudu Milo1 Paket Nescafe Latte1 Paket Oldtown White Coffee Moc...
29/01/2021

KATANYA LAGI SEDAP DARIPADA STARBUCKS! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Bahan- bahan :
2 Sudu Milo
1 Paket Nescafe Latte
1 Paket Oldtown White Coffee Mocha
1 Sudu Nutella
Susu putih

Cara-cara :
1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan
2) Masukkan 2 Sudu Nutella p**a dan larutkan air panas
3) Masukkan 1/4 cawan susu putih
4) Letak ais

Nyum , Selamat Mencuba ! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Social media account :

Twitter :
Blog : resepimakananmy.blogspot.my
Instagram :

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan KrimBahan-bahan:4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang1/2 cawan mentega (...
29/01/2021

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim

Bahan-bahan:
4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

Panaskan ketuhar untuk 325ยฐ F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.

(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)

Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.

Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)

Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.

Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Twitter :
Blog : resepimakananmy.blogspot.my
Instagram :

Resepi Spaghetti Aglio OlioBahan-Bahan:500 gram spaghetti (1 paket)1/2 mangkuk kecil minyak zaitun5 ulas bawang putih, c...
29/01/2021

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-Bahan:
500 gram spaghetti (1 paket)
1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
2 sudu besar chilli flakes
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 mangkuk besar udang, buang kulit
4 ekor sotong, buang lapisan kulit
capsicum hijau
capsicum merah
tomato kecil, potong 2 jika s**a
daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara Penyediaan:
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
5. Masukkan p**a spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Resepi Kek Cheese LelehBahan-bahannya :100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*60g tepung jagung*1 s...
29/01/2021

Resepi Kek Cheese Leleh

Bahan-bahannya :
100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk ( air dari peti ais)
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila

Cara Membuatnya :

1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *

2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.

3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.

4. Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit. (bakar dengan suhu 150'C selama 30 minit..

5. kemudian dengan suhu 170'C selama 20 minit....kepanasan ini bergantung pada oven masing2)

Address

T**i Teras
Balik Pulau

Telephone

+60164265136

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom iklan sini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom iklan sini:

Videos

Share

Category