Azim Azman

Azim Azman I help people change their mindset and leave social impact⚡️
Subscribe Channel YT Azim Story
(2)

01/06/2022

Di sebalik semangat yang hilang, jangan dicari pada manusia. Carilah Yang Maha Esa.

Baca dan renungkan pesan Tok Abah ini ya.

30/03/2022

“𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘆𝗮!”

Itulah persepsi Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet suatu ketika dulu semasa di universiti kerana orang kaya tidak membantu orang susah seperti dirinya.

Najib Asaddok sebenarnya agak skeptikal dan benci dengan orang kaya, terutamanya mereka yang bergelar jutawan sebelum ini.

Bagaimanapun akhirnya, diri beliau sendiri menjadi Usahawan Jutawan malah melahirkan p**a usahawan jutawan sepertinya dan usahawan berjaya yang lain.

Beliau bukannya lahir sebagai ‘anak orang kaya’ dan sebab itu beliau mampu membuka perniagaan yang menguntungkan hasil daripada bantuan ibu bapanya!

Sama saja seperti orang lain yang menjalani hidup yang sederhana di masa kecilnya. Malah, beliau juga tidak berlatarbelakangkan ahli keluarga yang berniaga.

Perjalanan hidup

Sejak Najib berusia 11 tahun, ayah telah meninggal dunia dan hanya ibunya yang selepas itu bekerja keras menyara beliau dan lima adik-beradiknya yang lain. Ibunya hanyalah seorang pekerja kilang yang meraih pendapatan di antara RM400 hingga RM500 sebulan.

Sebagai anak sulung, Najib berasa kasihan melihat ibunya berhempas-p**as mencari wang dan beliau berazam ingin mengubah nasib keluarga.

“Kalau ikutkan, masa sekolah sampai ke universiti dulu saya adalah seorang yang tak yakin dengan diri sendiri. Saya seorang yang penakut dan saya sentiasa rasa yang diri saya ini tak layak untuk berjaya.”

“Mana taknya, waktu tu mak saya cuma kerja kilang. Rumah kami p**a hanyalah sebuah rumah kampung yang dah hampir nak roboh. Rumah tu ditinggalkan oleh atuk saya kepada mak saya yang merupakan seorang anak angkat berketurunan Cina,” jelasnya.

Latar belakang hidup keluarga yang serba kekurangan itulah yang membuatkan Najib tiada keyakinan diri, walaupun dalam masa yang sama, beliau mahu bertanggungjawab membantu meringankan kesusahan ibunya.

Sewaktu di universiti, Najib melakukan pelbagai perkara termasuk cuba berniaga, demi menambah pendapatan. Di waktu itu jugalah beliau sempat terlibat dengan Multi Level Marketing (MLM) dan mula belajar tentang sales.

“Saya belajar cara menjual produk, cara bercakap di hadapan orang ramai dan banyak lagi. Pengalaman itulah yang mengajar dan membentuk karakter saya hari ini,” tegasnya.

Sebabkan sibuk dengan menjalankan perniagaan, beliau melingkup dalam pelajarannya.
“Kegagalan dalam pelajaran bukan penentu nasib kita akan terus gagal selamanya. Tapi punca kegagalan adalah bila kita putus asa untuk menuntut ilmu hingga berjaya,” ujarnya.

Ini telah dibuktikan sendiri oleh Najib selepas gagal menamatkan pelajaran, beliau sentiasa mencari jalan bagaimana beliau boleh perbaiki hidup dengan berniaga.

Kemudian pada tahun 2008, mula mencari apakah cara untuknya mendapatkan pendapatan yang stabil memandangkan beliau telah berumah tangga dan bakal memiliki anak sendiri.

“Masa tu saya start untuk cari benda apa yang saya boleh buat. Daripada buat trading offline saya cuba tukar kepada online. Nak dapatkan RM1,000 pertama tu sangat susah dan saya struggle. Tak siapa tahu berapa kali saya menangis depan komputer,” jelasnya.

Situasi itu juga membuatkan Najib tambah sukar untuk percaya dengan orang yang bergelar jutawan kerana pada beliau, untuk mendapatkan RM1,000 pun agak susah, apatah lagi untuk dapat berjuta ringgit.

“Masa tu kalau saya tengok cerita orang yang jutawan, dalam fikiran saya ‘ye lah tu, membongak je lebih’.

“Macam tu la saya masa tu. Punya saya tak percaya pada mereka yang berjaya,” kata Najib.

Metamorfosis diri & perniagaan

Bagaimanapun, selepas perniagaannya mula menunjukkan hasil, beliau mula terfikir untuk mencari orang yang boleh memberikan dorongan yang kuat untuknya terus maju dan sebab itulah beliau mula mencari mentor.

Beliau menyertai pelbagai program dan belajar daripada bermacam jenis mentor. Ada yang betul, ada yang salah dan ada juga yang ilmunya tidak memberi kesan langsung kepada diri dan perniagaannya.

Namun suatu hari pada 2012 tambah Najib, takdir Allah SWT memberinya peluang untuk belajar daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang telah menukar cara berfikir dan membimbingnya sehingga beliau berjaya menjadi jutawan.

Beliau merasakan hidupnya mula berubah dan beliau berjaya menggapai impiannya hasil daripada kerja keras, bimbingan yang diberikan oleh mentor serta dengan izin Allah SWT.

Hadir ke program RichWorks sejak 2012, Najib masih simpan setiap barang-barang yang diperoleh setiap kali menyertai program RichWorks. Bagi beliau itu adalah peringatan tentang bagaimana beliau bermula dahulu.

“Saya simpan semua nota program RichWorks supaya saya sentiasa sedar diri. Saya takut bila saya senang nanti, saya akan lupa diri. Itu ketakutan saya”
“Dulu saya hadir ke program hanya memandu kereta Kancil dan pernah diuji dengan kereta rosak dan pernah duduk hotel yang entah mana-mana, tapi saya yakin Dr Azizan adalah mentor yang boleh membantu saya,” ujarnya.

Tambah Najib, ketika pertama kali ke program RichWorks, beliau hanya fikirkan mahu mencapai jualan sebanyak RM30,000 sebulan. Itu pun dah cukup besar baginya!

Tapi ternyata beliau silap kerana apa yang diajar mentor bersama RichWorks bukan setakat macam mana nak buat sales lebih tinggi dalam bisnes tapi juga tentang nilai dalam hidup.
Ilmu ini berbeza dari ilmu bisnes yang boleh ‘di Google’ di internet dan pengajarannya tak sama dengan tempat lain.

Beliau yang juga merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama ini sentiasa konsisten datang ke kelas dan belajar, fokus dan ikut apa saja yang diajar Dr Azizan.

Bagi beliau bermentor dengan Dr Azizan adalah pelajaran yang mahal kerana berada dalam kalangan ahli Titanium, beliau boleh nampak sesuatu peluang tanpa perlu mengeluarkan kos.

Dan atas nasihat mentor juga, beliau berjaya menamatkan pengajian MBA di Anglia Ruskin University demi menebus segulung ijazah yang diharapkan oleh ibunya.

Ketika ini, Najib juga sedang sambung pengajian dalam Doctor Of Business Administration OUM.

Result dicapai

Paling menggembirakan buat Najib apabila beliau dapat membawa ibunya menunaikan haji dan menghadiahkannya sebuah kereta Volvo. Beliau juga turut menghadiahkan sebuah kereta Honda untuk ayah mertuanya.

Bukan itu saja, hari ini beliau mampu memiliki apa yang pernah diimpikannya suatu ketika dahulu. Jika dahulu beliau hanya memiliki sebuah kereta Kancil, hari ini beliau mampu memiliki sebuah Ferrari & Lamborghini, motosikal dan rumah idamannya.

Perniagaan beliau yang dulunya hanya dibantu oleh 2 orang staf sahaja tetapi sekarang sudah memiliki 88 staf dan nama Momentum Internet semakin dikenali.

Kepakaran Najib bersama team Momentum Internet ialah memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang ilmu pemasaran digital dan perniagaan dalam talian (online).

Pada tahun 2020, syarikatnya berjaya mencecah jualan bernilai RM21.1 juta manakala pada 2021, jumlah jualan syarikat kekal memberangsangkan berjumlah RM19 juta.

Anugerah yang diterima Najib Asaddok

Tanggal 23 Mac 2022, anak kampung dari Benut Pontian, Johor ini menerima Marketing - Outstanding Leadership Award dari Marketing 2.0 Conference di Intercontinental Dubai Festival City, UAE.

Pengiktirafan ini diterima di hadapan barisan CEO dan kepimpinan agensi marketing advertising dari seluruh dunia yang hadir sama.
Bukan mudah nak menerima anugerah itu, penerima perlu melalui menghantar maklumat diri & syarikat, interview termasuk online meeting.

Pada tahun lalu, Najib turut menerima Award Orang Muda Johor daripada Tuanku Mahkota Johor (TMJ) atas usaha beliau membantu ramai peniaga & anak Muda di Johor.

Antara anugerah yang diperolehi Najib seperti berikut :
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada tahun 2017
The Best Social Media Trainer Award 2018 daripada Majalah Nona.

4 Pesan Najib

Beberapa pesanan untuk usahawan atau bakal usahawan tentang bagaimana boleh mempercepatkan proses kejayaan mereka dalam perniagaan yang dijalankan.

Pertama, beliau menyeru setiap usahawan supaya sentiasa menaik taraf cara mereka berfikir dan memastikan mereka berfikir mengikut tujuan mereka yang sebenar.

“Sebagai contoh, kalau nak dapat RM1 juta pertama, tak bolehlah kita berfikir dengan cara nak dapat RM10 atau RM100. Sama juga kalau nak ambil SPM, tak bolehlah berfikir cara nak jawab soalan UPSR. Kita kena berfikir sesuai dengan matlamat kita,” jelasnya.

Kedua, beliau menasihatkan agar berhenti mendengar kata-kata negatif dalam diri dan jangan takut untuk melabur bagi mendapatkan mentor dan ilmu. ‘WAJIB!’

Kata-kata negatif hanya melemahkan, manakala guru dan ilmu mempercepatkan proses kejayaan.

Ketiga, beliau menggesa supaya buang sikap ‘saya tak bersedia lagi’.

Sikap sedemikian hanya akan melambatkan proses menggapai impian dan mengejar kejayaan.

Keempat, Najib menyeru supaya apa juga yang dilakukan oleh seseorang usahawan itu, ia perlulah dibuat secara beradab agar perniagaan yang dijalankan dihormati oleh pelanggan dan diberkati oleh Allah SWT.




30/03/2022

Semalam tular satu posting video di mana seorang pensyarah merendahkan pelajarnya kerana tak mampu beli komputer untuk kegunaan belajar.

Masa anak-anak kita belajar kelas online, kita sendiri pernah merasa keadaan ini. Lagi-lagi kalau kita bukan daripada keluarga yang senang. Sayu hati bila tengok pelajar-pelajar yang menghadapi cabaran kerana kekurangan dari segi kewangan.

Kita dari dulu diajar, "yang tua dihormati, yang muda disayangi." Masing-masing jangan berasa sombong. Yang tua lebih banyak makan garam, yang muda lebih kenal masa sekarang.

29/03/2022

Semoga Allah memberkati kita di bulan Syaaban ini dan sampaikan kita ke bulan Ramadan dengan pengisian amalan yang Allah terima.

29/01/2022

Assalamualaikum and haiii gais. Welcome to my New YouTube Channel “Azim Story”. Ini video first aku kat youtube and I’m so excited. Dalam video ni, Aku cakap tentang diri aku and sedikit introduction tentang channel ni. So aku harap korang enjoyed this video and if you do, hit that like, share & subscribe button to help me grow this channel.

Thank you so much stay dari awal video sampai hujung video. Thank you so much support aku dari zero hari ini.

_________________________________________________________________
GEAR THAT I USE. YOU CAN BUY USING THESE LINK FOR A BETTER PRICE. THANK YOU :)

CAMERA EQUIPMENT:
Logitech Streamcam: https://invol.co/cl8q1jp

GIMBAL:
Zhiyun Smooth 4: https://invol.co/cl8q1ke

MICROPHONE:
Hollyland Lark 150: https://invol.co/cl8q1kp
HyperX Quadcast: https://invol.co/cl8q1kw
BOYA BY-M1 Pro Omni Lavalier Mic: https://invol.co/cl8q1lb
GoliveMic Podpro 800 Condenser Microphone Kit: https://invol.co/cl8q1lp

AUDIO:
JBL Go 2 Speaker: https://invol.co/cl8q1wm
SteelSeries Arctis 3 (2019 Edition): https://invol.co/cl8q23x
Sudio Tretton: https://invol.co/cl8q210

LIGHTING:
Onsmo RGB Light Stick: https://invol.co/cl8q1me
18" Jmary Ring Fill Light (FM-18R): https://invol.co/cl8q1mr
Viltrox L132T: https://invol.co/cl8q1n1

STAND:
Table Desk Clamp Mount: https://invol.co/cl8q1nj
Jmary Lighting Stand (MT-75): https://invol.co/cl8q1nv
Desktop Suspension Boom Arm: https://invol.co/cl8q1o3

DESK SETUP:
Idasen TableTop (Ikea): Email me for my personal shopper reach you.
Alex Drawer (Ikea): Email me for my personal shopper reach you.
Adils Leg Black (Ikea): Email me for my personal shopper reach you.
Pegboard and Accesories (Ikea): Email me for my personal shopper reach you.

PC SETUP:
Intel i7-10700F: https://invol.co/cl8q1oi
TUF Gaming H470-Pro Wifi: https://invol.co/cl8q1oq
HyperX Fury DDR4 Ram 8GB: https://invol.co/cl8q1p5
HyperX Fury DDR4 Ram 16GB: https://invol.co/cl8q1pm
Zotac Gaming Geforce RTX 3060 Twin Edge: https://invol.co/cl8q1px
Kingston 240GB SSD M.2: https://invol.co/cl8q1qb
Seagate Barracuda 1TB HDD: https://invol.co/cl8q1qj
Seagate Barracuda 2TB HDD: https://invol.co/cl8q1r1
Asus TUF Gaming 650B Power Supply: https://invol.co/cl8q1rd
NZXT H510 Black: https://invol.co/cl8q1ri
BenQ GW2480 IPS: https://invol.co/cl8q1v7
Dell P2317H IPS: https://invol.co/cl8q1vo
NB F160 Desk Dual Monitor Mount Arm: https://invol.co/cl8q1w1

ROOM SETUP:
Shoes Box Magnetic Opener Stackable: https://invol.co/cl8q1xi
Super Heavy Duty Extension Socket: https://invol.co/cl8q249

GAMING GADGET:
Microsoft Xbox One Controller (Daystrike Camo 2021): https://invol.co/cl8q1xz
Microsoft Xbox One Wireless Adapter: https://invol.co/cl8q1yc
Microsoft Xbox One Controller Stand (Series X): https://invol.co/cl8q1yt
Flydigi Wasp Wing 2 PRO: https://invol.co/cl8q22m
Flydigi Shadow Stinger CapAirMapping 2 Trigger: https://invol.co/cl8q22y

OTHER GADGET:
Iphone 11, 6s, & 5s
Keychron K1 V4 Wireless Mechanical Keyboard: https://invol.co/cl8q22a
Logitech Ergo M575 Trackball: https://invol.co/cl8q1zg
Tomaz Syrix II (Burgundy): https://invol.co/cl8q1wd
Acasis USB 3.0 HDMI Video Capture Card: https://invol.co/cl8q23l
GoLive Mini Teleprompter TP-1: https://invol.co/cl8q1x9
Veikk A30 Pen Tablet: https://invol.co/cl8q21x
Fast Charging QC3.0 Powerbank (Baseus): https://invol.co/cl8q20r
LDNIO Qualcomm 3.0 Dekstop Fast Charging: https://invol.co/cl8q21l
Rode ZAEINT SC7: https://invol.co/cl8q1zs
Ulanzi ST-23 Smartphone Tripod Mount (Ulanzi): https://invol.co/cl8q20a
MT-11 Octopus Tripod (Ulanzi): https://invol.co/cl8q20j

05/01/2022

Usaha kuat pasti kaya ⛔️
Usaha kuat pasti berjaya ✅

Saya terbaca satu artikel tentang usaha vs kekayaan.

Antara lain menyebut (in summary) ‘Jika orang yang bekerja kuat adalah orang paling kaya, maka orang di pedalaman yang bekerja 20 jam sehari itulah orang kaya’. ‘Aku miskin bukan sebab aku tak berusaha’

Begitulah bila kita sandarkan kejayaan itu dari segi kekayaan.

Berjaya itu ukurannya berbeza.

Emak di rumah, menyediakan makanan untuk keluarga… dia tak menghasilkan kekayaan tapi kejayaan yang tak terbanding.

Buruh kasar yang bekerja mengangkat barang2 berat, gajinya mungkin tak sebanyak jurutera tapi tanpa dia, jurutera tak boleh buat bangunan tu sendiri. Bukankah itu satu kejayaan?

Profesor di universiti gajinya mungkin tetap, tapi dari tunjuk ajarnya, lahir lebih ramai pakar2 yang lebih berjaya dan kaya darinya. Sudah pasti itu satu kepuasam besar bagi mereka.

Jika kita baru nak bermula, kejayaan kita pasti tak sama dgn mereka yang dah lama dan berpengalaman.

Jika kita dah lama berjaya, kejayaan kita tak boleh lah nak samaaaa je seperti sebelumnya.

Kalau dah usaha dan tak berjaya, usaha lah baik, kalau tak berjaya lagi, usaha lagi sampai jadi.

Ktedit kak lyna Lyna Noh *kredit, typo p**ak

02/01/2022

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Berikan kami kekuatan untuk melakukan yang terbaik pada tahun 2022. Berkatilah segala usaha kami dalam mencari redhaMu. Amiin Ya Rabbal Alamin.

Semakin kamu BERSYUKUR, kamu akan semakin merasakan KEBAHAGIAAN. Perasaan itulah yang membuat hidupmu tidak merasakan ke...
02/01/2022

Semakin kamu BERSYUKUR, kamu akan semakin merasakan KEBAHAGIAAN. Perasaan itulah yang membuat hidupmu tidak merasakan kekurangan.

"Ya Allah rezekiku sudah CUKUP, aku bersedia menerima rezeki yang melimpah ruah dariMu."

23/08/2021

Siapa eh student math yang ada gegaran kepala jugak?

Masih steady berguru walaupun pernah berguru sebelum ni. Masih terasa banyak yang dapat azim belajar lagi 🌈  dan masih m...
01/08/2021

Masih steady berguru walaupun pernah berguru sebelum ni. Masih terasa banyak yang dapat azim belajar lagi 🌈 dan masih mencari seorang guru untuk grow sosial media.

21/07/2021

TiktokCreator .azimazman : Sape single tengah cari orang baru? Korang pakai mask ni masa selfie, lebih nampak memikat lepas ni😬

27/05/2021
Kalini kami bawa lebih ramai speaker yang hebat untuk berkongsi bagaimana mereka guna TikTok untuk bisnes dan branding.T...
27/05/2021

Kalini kami bawa lebih ramai speaker yang hebat untuk berkongsi bagaimana mereka guna TikTok untuk bisnes dan branding.

Topik yang kita akan cover

Pengenalan kepada TiKTok
Pantang Larang TikTok
Editing Teknik TikTok
Rahsia dan Trending TikTok
Adab Branding di TikTok
Tukar Follower jadi Customer di TikTok

best kan? takde akaun TikTok. Takpe, kita guide dari awal nak pilih akaun pro yang mana paling sesuai.

26/05/2021

Assalamualaikum & Selamat Pagi

[ MOTIVASI PAGI]

Nak bisnes jangan mudah GIVE UP. Takde perkataan GIVE UP dalam kamus orang bisnes.

Orang kita bila nak berniaga terus nak ada sales banyak sale ribu riban. Sehari expect sale beribu . Respon customer ramai. 😪 Tak elok camtu sahabat2 semua.

Nak berjaya capai cita2 jadi doktor pun ada step dia. Start dari tadika masuk sekolah rendah masuk sekolah menengah masuk matrikulasi masuk universiti dan seterusnya doktor. Cer kira berapa tahun kita nak belajar nak capai cita2 kita ? Berbelas tahun bukan . sama la juga mcm bisnes. Step by step.

Newbie2 bisnes online tolong jangan cepat give up. Jangan expect bila kita mintak pada Dia, time tu jugak kita dapat. Usaha usaha dan terus usaha. Tuhan akan beri rezeki setanding dgn usaha kita.

Ingat tu ☺️

20/05/2021

Kalau anda di tempatnya, adakah anda mampu tersenyum?

20/05/2021

Tolong jgn stop doakan ya untuk saudara kita di sana🇵🇸🤲🏻..






Ada malas yang berdosa:Antaranya:1. Malas solat2. Malas ‘ambik port’ isu Aqsa. Isu ini perlukan ilmu, penghayatan, jiwa ...
18/05/2021

Ada malas yang berdosa:
Antaranya:
1. Malas solat
2. Malas ‘ambik port’ isu Aqsa.

Isu ini perlukan ilmu, penghayatan, jiwa dan kefahaman betapa perlu kita sebagai umat Islam mengkaji dan rasa sensitif terhadap kedudukan Al Aqsa itu dalam hidup kita. Ia ada kaitan dengan iman🤲

Sehari suntuk mengkaji pun tak cukup. Panjang sirah dan persoalannya... Itu belum lagi soal jihad dan sebagainya.

Jadilah insan yang bermanfaat dan cintakan agama walau iman kita turun naik, senipis kulit bawang...

Jadi macam mana ? nak pilih berdiam atau berjuang?



Salah satu cara 🧠 Design Thinking orang berjaya adalah apabila orang bercakap tentang masalah, mereka 'design' solusi 💥🎯...
30/04/2021

Salah satu cara 🧠 Design Thinking orang berjaya adalah apabila orang bercakap tentang masalah, mereka 'design' solusi 💥

🎯Nak FREE nota pemasaran & ilmu editing? Klik link ini dan JOIN⚡️

I help people change their future and leave social impact 👇🏻Keep in touch👇🏻 https://t.me/azimazmanshare Learn More About Azim Azman|Bang.jim : https://bio.site/a.azimazman

17/04/2021

Kisah Orang Menang🔥

Cuba kongsikan apa yang saya cuba sampaikan.

15/04/2021

Kisah Orang Menang!

Kongsikan perasaan anda bila tahu ini kisah siapa sebenarnya. Jangan lupa tag siapa yang guide anda untuk berjaya🔥 Hargai mereka🤲🏻

Jangan malu memberikan sedikit, sebab sedikit itu lebih baik daripada tidak memberi langsung.Assalamualaikum sahabat jut...
06/04/2021

Jangan malu memberikan sedikit, sebab sedikit itu lebih baik daripada tidak memberi langsung.

Assalamualaikum sahabat jutawan!

03/04/2021

Selamat malam semua.

Dapatkan rehat yang cukup untuk misi hari esok💪🏻
Semoga berjaya dalam apa jua urusan anda, in shaa allah🤲🏻

27/03/2021

Sambungan part 4 mobile aplikasi sebagai senjata ke-4 yang awak sebagai seller wajib kuasai🔥🔥.
Fokus dan fahamkan betul-betul ye.

27/03/2021

Sambungan Part 3🔥 Boleh share bisnes model mcm mana yang awak guna terapkan sekarang? Sistem ejen dropship atau dah guna tambahan sistem affiliate?

Alhamdulillah syukur, diberi kepercayaan untuk bersama terokai potensi diri dan projek di sini. Ini bukan pengakhiran ba...
27/03/2021

Alhamdulillah syukur, diberi kepercayaan untuk bersama terokai potensi diri dan projek di sini.

Ini bukan pengakhiran bahkan permulaan yang baru buat diri ni. Beri peluang kedua kepada diri sendiri untuk selami mana kekurangan diri dan fokus improve part tu.

Minta berkat doa keluarga dan rakan keliling untuk doakan kejayaan saya di sini. Percayalah pada ketika itu, Malaikat juga sedang mendoakan kejayaan awak🥰.

Percaya Janji الله💕

25/03/2021

Siapa seller yang baru tahu, share terus sekiranya bermanfaat. Tapi untuk awak yang harapkan adanya seller mcm ni, pm sy tau🥰 saya ada berita gembira untuk awak😬 🤙🏻

24/03/2021

Siapa dah grab box tu? Laporkan diri di ruangan komen🔥. Yang belum p**ak munculkan diri di ruangan, nanti team akan bantu anda🥰

19/03/2021

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

‎اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera "BAIK DAN BURUK HAWA NAFSU."📌 Nafsu seseorang selalu menentang dan membangkang.📌 M...
19/03/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

"BAIK DAN BURUK HAWA NAFSU."

📌 Nafsu seseorang selalu menentang dan membangkang.

📌 Maka barangsiapa -
ingin menjadikannya baik, hendaklah ia bermujahadah.

📌 Berjuang melawannya sehingga terselamat dari kejahatannya.

📌 Hawa nafsu semuanya adalah keburukan dalam keburukan.

📌 Namun apabila telah terlatih dan menjadi tenang, berubahlah ia menjadi kebaikan
di dalam kebaikan.

*(Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani).*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Nanti ketika nafasmu terhenti, jantungmu tidak lagi berdetik, nyawamu mulai terlep...
12/03/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Nanti ketika nafasmu terhenti, jantungmu tidak lagi berdetik, nyawamu mulai terlepas dari jasad, pada waktu itu sesuatu yang paling kamu sesali adalah masa yang berlalu dan terbuang sia-sia selama hidupmu di dunia.

"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian..." (QS. Al Ashr)

Salam Israk Mikraj 1442H /2021MKepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia...
11/03/2021

Salam Israk Mikraj 1442H /2021M

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat.

Alhamdulillah selesai kursus 48Jam penuh (6-7 Mac 2021).Banyak sangat kata motivasi untuk diri azim sendiri, banyak sang...
08/03/2021

Alhamdulillah selesai kursus 48Jam penuh (6-7 Mac 2021).

Banyak sangat kata motivasi untuk diri azim sendiri, banyak sangat dosa networking yang ditegur di sini, dan terlalu banyak pantang larang dalam kepimpinan yang azim dah langgar tanpa sedar. Jadi dengan kekhilafan sebelum ini, baru sedar yang azim juga tak sempurna dan banyak kekurangan.

Namun jangan terhenti di situ, di terdapat 1001 cara untuk jadi di era in shaa allah☺️

Buat semua yang hadir bersama, semoga terus kuat🤟🏻

Buat semua yang pernah hadir di sebelah azim, beri peluang kedua kepada diri sendiri☺️

Dan

Buat yang bakal hadir, teruskan berdoa supaya dipertemukan kita di saat yang betul, tepat dan wajar☺️

Salam kejayaan 🙌🏻

Terima kasih trainer
- Amin Idris Fadzli Yusof Albasuti dan semua trainer/leader Affiliate Junction 👏🏻👏🏻👏🏻

Address

Ayer Keroh

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 15:30
Saturday 09:00 - 17:30

Telephone

+601156528676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azim Azman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Ayer Keroh

Show All

You may also like