
18/06/2021
Berikut adalah rangkuman MSC 2021 buat anda!
MSC 2021 telah tiba ke penghujungnya, terdapat begitu banyak detik epik yang dibina. Oleh itu, kami ingin meringkaskan kesemua statistik MSC 2021 buat anda!
Jumlah Perlawanan yang dipersembahkan adalah sebanyak 26 perlawanan dengan jumlah permainan sebanyak 63 permainan selama 6 hari, daripada Peringkat Kumpulan sehinggalah Pusingan Akhir. Dengan purata masa permainan 16.7 minit, menjadiman purata masa permainan bagi 4 pertandingan MPL.
Manakala, tempoh perlawanan paling panjang adalah di antara RSG MY (W) vs. Bigetron Alpha (L) di dalam Playoff Hari Ke-2, Permainan 3 dengan tempoh masa 28.37 minit dan permainan terpantas adalah di antara RSG SG (L) vs. Bigetron Alpha (W) di dalam Fasa Peringkat Kumpulan 2, Permainan 2 dengan tempoh masa 10.17 minit.
Adakah anda menonton perlawanan tersebur? Mari tonton semula perlawanan epik berikut!
📅 Playoffs Hari Ke-2 (Tempoh permainan paling panjang)
▶️ RSG MY vs. Bigetron Alpha
🎥 https://youtu.be/s6zLtiiJW3c?t=3508
📅 Peringkat Kumpulan Fasa 2 (Tempoh permainan paling pendek)
▶️ RSG SG vs Bigetron Alpha
🎥 https://youtu.be/Q6UOo4W_ozE?t=4509
Untuk maklumat lanjut mengenai MSC 2021 layari laman sesawang rasmi kami: https://msc.mobilelegends.com