Tongkat Oren

Tongkat Oren Perkongsian Ilmiah Bersama

Rumput SambauSiapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Say...
02/07/2023

Rumput Sambau

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
👉 AKAR direbus tiada s**atan, ikut selera masing2.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg s**a hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
👉 DAUN..
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita.

Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumbe...
09/04/2023

Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumber cahaya. Ini terhasil oleh pantulan cahaya dari banyak kristal ais halus di atmosfera atau awan. Cahaya ini boleh juga terhasil dari matahari (kebiasaannya apabila ia hampir atau di bawah horizon) dan fenomena ini dikenali sebagai sun pillar.

Umumnya, fenomena ini merupakan fenomena optik yang berlaku di atmosfera dengan suhu yang sangat sejuk ketika kristal ais rata terbentuk hampir dengan tanah. Keadaan ini memantulkan cahaya semulajadi dengan bulatan dalam jalur yang memanjang ke langit. Dalam pada itu, kejadian ini dikatakan hanya berlaku ketika suasana berada dalam keadaan tenang dan sejuk.
Copy paste

Semoga kita dilindungi dari bencana
03/04/2023

Semoga kita dilindungi dari bencana

31/12/2022
20/12/2022

26/11/2022

Antara intipati penting kenyataan media saya (25 November 2022) di Pejabat Perdana Menteri tengahari tadi:

1. Kerajaan yang dikemudi saya hari ini meletakkan keutamaan untuk menangani isu kos sara hidup, dan saya akan mengadakan pertemuan dengan jabatan serta agensi berkaitan selewat-lewatnya pada hari Isnin ini

2. Saya turut mengumumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah secara rasmi akan menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan saya, dan ini menjadikan jumlah dukungan pemerintahan kepada 2/3 Parlimen

3. Perbincangan sedang diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan bagi mengecilkan saiz Kabinet serta saya turut menegaskan akan mengurangkan gaji anggota Kabinet kelak

ANWAR IBRAHIM

PM 10
24/11/2022

PM 10

Antara intipati kenyataan media pertama saya (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri:

1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli

2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak

3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama

4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi

5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan

6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini

7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri

8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara

ANWAR IBRAHIM

23/11/2022
Innalillahhiwainnahilaihirojiun...kembalinya insan kepada penciptanya.Alfatihah
11/11/2022

Innalillahhiwainnahilaihirojiun...kembalinya insan kepada penciptanya.
Alfatihah

Pokok Selaput Tunggul (Daun Ulam Gila)Pokok Selaput Tunggul Punya Khasiat Ajaib!!! Ambil sehelai basuh n mkn mcm tu je.....
06/11/2022

Pokok Selaput Tunggul
(Daun Ulam Gila)

Pokok Selaput Tunggul Punya Khasiat Ajaib!!!

Ambil sehelai basuh n mkn mcm tu je... mkn selang 2 hari, alhamdulilah smpi hari ni takda dh gout tu ...sekadar berkongsi..

1. Pokok menjalar ini berkhasiat untuk merawat penyakit gastrik dan ada juga orang yang buat nasi ulam guna pucuk ulan ini.

2. ia boleh dijadikan ubat penahan darah.Gunakan beberapa helai dengan ramas daun hingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau dan lekapkan kepada luka untuk menahan pendarahan.

3.utk darah tggi n kencing manis, rebus 3 helai daun dgn 3 cawan air.. tinggalkan secawan.. minum sehari sekali....

4. pokok selaput tunggul ubat awet muda?

Caranya Celur, buat ulam. Rasanya agak pahit.

5. Paling bagus utk kencing manis...buat ulam setiap ari 2 ke 3 helai....mang terbukti kaki yg hendak kena potong tak jadi dpotong...kesan luka kering.

6. Selaput tungul ni obat strok n kecing manis n darah tingi rasa nya pahit di blen jadikan mcm jus n minum b4 sarapan ibu saya sudah amalkan tapi xmakan selalu semingu 2x jerr pahitttt tu

Lagi satu, daun selaput tunggul ni salah satu daripada ulam yang di gunakan membuat nasi ulam di kedah atau di penang.
Ini pun blh ubat unk panau dimuka dn badan

Bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berhati-hati selalu .
04/11/2022

Bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berhati-hati selalu .

Berhati - hati di dalam kehidupan
29/10/2022

Berhati - hati di dalam kehidupan

21/10/2022

ORANG LELAKI KENA TAHU DAN BELAJAR BENDA NI!

Terutama sekali buat bakal-bakal ayah, nanti lahir je anak senang nak uruskan uri bayi ni.

BAHAN-BAHAN BERSIHKAN URI.

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

atau terus beli set pengurusan uri ni
👉 https://shope.ee/8pB8V4wzWy

CARA BASUH URI.

1. Mulakan dengan membaca Bismillah

2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.

4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.

5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.

6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.

7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.

8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.

9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.

10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Sambil membersihkan uri tu bacalah doa-doa yang baik buat anak. Semoga anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.
Kalau tak nak kelam kabut , terus beli set pengurusan uri ni dkt Shopee, semua dah lengkap dalam kotak👉 https://shope.ee/8pB8V4wzWy

Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'

Persiapan utama musim banjir
19/10/2022

Persiapan utama musim banjir

15/10/2022

Tongkat Oren bermatlamat berkongsi maklumat

SOLAT JENAZAHCara Ringkas Solat Jenazah :1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :++ Sahaja aku solat jenazah t...
15/10/2022

SOLAT JENAZAH
Cara Ringkas Solat Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

Ingat!!.. solat jenazah xde rukuk dan sujud mcm solat biasa tau!!

Hayati Saat Umurmu yang senjaMaka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70...
14/10/2022

Hayati Saat Umurmu yang senja

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh

4. JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.

Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan.

Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.

Proses selepas Parlimen/Dun dibubarkan
13/10/2022

Proses selepas Parlimen/Dun dibubarkan

Kerajaan Sementara
11/10/2022

Kerajaan Sementara

Ketua jurulatih Kim Pan Gon telah melantik Safawi Rasid sebagai salah seorang daripada tiga kapten skuad Harimau Malaya ...
18/09/2022

Ketua jurulatih Kim Pan Gon telah melantik Safawi Rasid sebagai salah seorang daripada tiga kapten skuad Harimau Malaya bersama-sama Syafiq Ahmad dan Dion Cools bagi menghadapi 48th King's Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, 22 hingga 25 September ini.

Syafiq dan Dion sebelum ini bersama-sama penjaga gol, Farizal Marlias dan Safiq Rahim merupakan empat kapten Harimau Malaya ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu tetapi dengan ketiadaan Farizal dan Safiq bagi kem latihan pusat kali ini, Safawi telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan ke Chiang Mai.

Address

Alor Setar

Telephone

+60125784665

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tongkat Oren posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tongkat Oren:

Videos

Share

Category


Other Magazines in Alor Setar

Show All

You may also like