BERNAMA

BERNAMA BERNAMA Official Facebook. All comments, content, name and profile pictures may be used by BERNAMA

BANJIR: JBPM SARAWAK KERAH ANGGOTA DARI MIRI DAN SIBUJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengerahkan an...
31/01/2025

BANJIR: JBPM SARAWAK KERAH ANGGOTA DARI MIRI DAN SIBU

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengerahkan anggota tambahan dari Miri dan Sibu bagi membantu operasi bencana banjir di Bintulu.

Menurut hantaran di Facebook jabatan itu, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata langkah berkenaan bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dapat dilakukan dengan lebih efisien dan skop penyelamatan yang lebih luas.

Pasukan bantuan dengan kekuatan 72 anggota itu dilengkapi enam bot aluminium, bot kecil (5), utiliti (7), jentera (2), lori (2) dan satu pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

📸 Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak

  Mayat seorang lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Kampung Maka, Pulai Chondong, ditemukan petang tadi selepas tiga ...
31/01/2025

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Kampung Maka, Pulai Chondong, ditemukan petang tadi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa menemukan mangsa, Muhammad Khairul Naiem Che Deraman, 29, pada 4.30 petang sebelum operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 5.38 petang.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh ke sungai itu.

Berita lanjut menyusul.

📸 IPD Machang

  Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan...
31/01/2025

Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.

P. Sarasvathy, 66, berkata masalah itu berpunca daripada tanaman pokok kelapa di tiga ladang yang dipajak di Perak iaitu Bagan Datoh, Pantai Remis dan Kuala Bernam tidak menjadi hingga menyebabkan ia tidak mengeluarkan hasil seperti kebiasaan.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388250

31/01/2025

Gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 7:03 malam, 31 Januari 2025

Koordinat : 3.2° Utara dan 97.0° Timur
Magnitud : 5.6
Jarak : 134km Timur dari Simeulue,Indonesia
Kedalaman : 85 km

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.


.met.gov.my

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan segera RM25 juta untuk membaiki infrastruktur y...
31/01/2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan segera RM25 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.

Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388153

Anwar Ibrahim

  Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema...
31/01/2025

Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen 7 di Shah Alam, dipercayai terjatuh dan menimpa seorang pengunjung kira-kira pukul 11 malam pada 29 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 1.08 pagi tadi berhubung insiden berkenaan daripada mangsa berumur sekitar 20-an yang dikatakan melintas bahagian bawah gelongsor itu.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2388186

31/01/2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan akan menjalankan siasatan yang rapi dan telus menge...
31/01/2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan akan menjalankan siasatan yang rapi dan telus mengenai insiden tembakan membabitkan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Selangor pada 24 Jan.

Beliau juga meminta semua pihak tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim berkenaan insiden tersebut, di samping menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang tindak balas ekoran demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388202

31/01/2025

🧠 Mati otak merujuk kepada keadaan tiadanya pengedaran darah dan oksigen (O2) ke otak yang menyebabkan keseluruhan sistem otak (termasuk batang otak, saraf tunjang dan bahagian-bahagian otak lain yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan keseluruhannya.

Kehilangan fungsi otak ini umumnya tidak lagi boleh dipulihkan, akhirnya membawa kepada masalah kematian otak. Bagi segelintir pesakit, kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka berhenti sepenuhnya.






  Kesemua 34 ketulan tulang yang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 di Kuala Terengganu malam tadi, disahkan bukan tulang ma...
31/01/2025

Kesemua 34 ketulan tulang yang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 di Kuala Terengganu malam tadi, disahkan bukan tulang manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ia hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dijalankan selama dua jam bermula 9 pagi tadi.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2388158

Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Papan, Perak dijangka siap sepenuhnya tahun ini...
31/01/2025

Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Papan, Perak dijangka siap sepenuhnya tahun ini - Fadillah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu mem...
31/01/2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu membangunkan semula Gaza.

Beliau berkata tindakan menentang usaha membangunkan Gaza itu tidak selaras dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya sentiasa menghulurkan bantuan terutama kepada saudara seagama mengikut keupayaan.

Berita penuh di
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388139

  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika solat Jumaat pada Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Al-Muttaq...
31/01/2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika solat Jumaat pada Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru di Ipoh hari ini.

Beliau turut menunaikan solat jenazah kariah Masjid Al-Muttaqin, Allahyarham Taib Mohd Saad yang meninggal dunia pada majlis itu.

Turut sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

📸Sharul Hafiz Zam | BERNAMA

  Penduduk menyifatkan banjir yang melanda enam kampung di Mukim Nangoh di Telupid sebagai luar biasa berikutan air naik...
31/01/2025

Penduduk menyifatkan banjir yang melanda enam kampung di Mukim Nangoh di Telupid sebagai luar biasa berikutan air naik dengan begitu cepat, meskipun hujan tidak begitu lebat.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakan penduduk kampung tidak sempat menyelamatkan barangan mereka dan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan segera.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388137

31/01/2025

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) • WP Labuan sehingga 7:00 malam; Jumaat, 31 Januari 2025.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:20 petang, 31 Januari 2025




Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar...
31/01/2025

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik Panglima ATM ke-23 berkuat kuasa hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2388160



📸 Nur Shazreen Zamzuri | BERNAMA

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tuk...
31/01/2025

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah menghantar kata-kata ugutan jenayah terhadap keluarga pelawak dan pelakon Harith Iskander.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md Salim, 31, dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap pada 24 Jan dan juga mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Berita penuh di
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2388121

31/01/2025

Empat seksyen di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sarawak terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata empat seksyen tersebut melibatkan kawasan di Serian, Selangau, Bakun dan Pujut.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2388097


Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BERNAMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BERNAMA:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share