30/03/2024
Hi Assalamualaikum semua,
TALAM GULA MERAH
Lapisan Bawah:
1 cwn air gula merah (masak gula melaka dgn 1 cawan air)
2 cawan air
1 1/2 cawan tepong gandum
1 sdb tepong ubi
1 sdb air kapor
Penyediaan:
✅ satukan semua bahan dan aduk rata.
✅ tapiskan ke dalam periuk dan panaskan sekejap sambil kacau guna whisk. Sekejap je agak2 suam2 sikit.
✅ tuang ke dalam acuan yg dioles minyak.
✅ kukus (ckk guna Tefal Steamer 301) selama 20 minit.
✅ lap dgn towel tissue utk keringkan air dipermukaan.
✅ garit2kan dgn garfu, ketepikan
Lapisan Atas:
2 kotak santan (400ml)
1 cawan air
1 1/2 cawan tepong beras
Sedikit garam
Penyediaan:
✅ campurkan semua bahan dan kacau rata.
✅ tapiskan ke dalam periuk dan panaskan sekejap dan kacau sentiasa
✅ tuang ke atas lapisan bawah tadi.
✅ kukus 30 minit.
✅ sejukkan dahulu baru potong guna pisau plastik atau cutter dough. Siap.
SELAMAT MENCOBA