Tanjung Manis Update

Tanjung Manis Update Info Tanjong Manis

Empat selamat dalam insiden karam di Sungai Batang Paloh TANJUNG MANIS, 14 Dis: Seorang kapten kapal warga tempatan dan ...
12/14/2023

Empat selamat dalam insiden karam di Sungai Batang Paloh

TANJUNG MANIS, 14 Dis: Seorang kapten kapal warga tempatan dan tiga awak-awak warga Indonesia berjaya diselamatkan dalam insiden kapal karam di Sungai Batang Paloh pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.37 pagi itu, anggota Bomba menerima panggilan berhubung sebuah kapal menangkap ikan terperangkap di beting pasir cetek berhampiran projek Jambatan Batang Paloh.

Akibat arus deras, kapal tersebut senget lalu karam.

Anggota Bomba Bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Mohammad Hasbullah Juli yang berada berdekatan kawasan tersebut menggunakan bot untuk menyelamatkan mangsa.

Kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 62 tahun berada dalam keadaan selamat namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui akibat insiden itu.

11/22/2023

Sekacak-kacak pempuan pandai drive... kacak lagik ompuan pandei embak motor😁
Dalam Bahasa Melanau?

11/21/2023
PENDIDIKAN UNIVERSITI PERCUMA DI SARAWAK BERMULA 2026 Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
10/03/2023

PENDIDIKAN UNIVERSITI PERCUMA DI SARAWAK BERMULA 2026

Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri β€’ Sarawak: Samarahan, Sri Aman (Sri...
09/06/2023

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri β€’ Sarawak: Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis, Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song) β€’ Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 4:00 petang; Rabu, 6 September 2023.

⚑️⚑️⚑️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 1:50 tengah hari, 6 September 2023

Lelaki hilang ketika cari kayuTANJUNG MANIS, 5 Sept: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kayu di hut...
09/05/2023

Lelaki hilang ketika cari kayu

TANJUNG MANIS, 5 Sept: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kayu di hutan berhampiran Jalan Airport sekitar jam 11 pagi semalam.

Menurut ahli keluarga mangsa, mangsa disedari hilang apabila gagal pulang ke rumah dan mendapati motosikal mangsa masih berada di hutan itu.

Bimbang dengan keadaan mangsa, keluarga mangsa kemudian membuat laporan Polis sekitar jam 6.50 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan jam 7 malam, meliputi radius satu kilometer hutan itu bagaimanapun gagal menemui mangsa.

SAR mangsa, Affendi Morsidi berusia 55 tahun disambung hari ini.

SARIKEI: Tindakan pantas penghuni rumah telah berjaya memadam kebakaran pada longgokan pakaian di Rh. Lenja, Kerubong, S...
08/25/2023

SARIKEI: Tindakan pantas penghuni rumah telah berjaya memadam kebakaran pada longgokan pakaian di Rh. Lenja, Kerubong, Sare dekat Jalan Selalang, disini hari ini.

Insiden berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan struktur rumah panjang berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.05 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Sarikei diarah ke lokasi kejadian susulan itu.

Setiba dilokasi, Komander Operasi Peter Tabor memaklumkan kebakaran berlaku di sebuah bilik dan hanya melibatkan longgokan pakaian.

Katanya, api berjaya dipadam oleh penghuni rumah menggunakan 2 unit alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Lelaki maut dihempap pokokKANOWIT, 15 Ogos: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok ketika menjalankan kerja...
08/15/2023

Lelaki maut dihempap pokok

KANOWIT, 15 Ogos: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok ketika menjalankan kerja-kerja memotong pokok di sebuah kebun di Pantu Mali, Jalan Lukut Penyulau tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12 tengah hari.

Setiba di lokasi kejadian, mangsa dikenali sebagai Wong Sieh Ming berusia 59 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan Bomba bertindak menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

DARO: Dua blok kuaters rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Batang Muara Lassa, musnah terbakar awal pagi tadi.Jur...
08/14/2023

DARO: Dua blok kuaters rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Batang Muara Lassa, musnah terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian berlaku sekitar jam 7.15 pagi itu membabitkan dua buah blok rumah pekerja terbakar 100 peratus dengan setiap blok mempunyai 16 buah bilik.

Komander Operasi yang tiba dilokasi melaporkan, seramai 92 orang penghuni terjejas namun kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba.

Lima kapal nelayan musnah terbakarTANJUNG MANIS, 10 Ogos: Lima buah kapal nelayan yang berlabuh berdekatan jeti Lembaga ...
08/10/2023

Lima kapal nelayan musnah terbakar

TANJUNG MANIS, 10 Ogos: Lima buah kapal nelayan yang berlabuh berdekatan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis musnah terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.21 pagi.

Pihak Bomba dimaklumkan terdapat lebih kurang 20 kapal milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang berlabuh di jeti tersebut untuk dibaikpulih.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

07/20/2023

Jujur cakap, dulu belanja dapur Rm200 sebulan dh cukup, sekarang RM500 pun belum tentu cukup. Rasa sangat terkesan sekarang πŸ˜”

Hospital Sibu Sedang Kesan Ahli Keluarga Pesakit Tanpa MaklumatSIBU, 5 Julai - Hospital Sibu sedang mengesan ahli keluar...
07/05/2023

Hospital Sibu Sedang Kesan Ahli Keluarga Pesakit Tanpa Maklumat

SIBU, 5 Julai - Hospital Sibu sedang mengesan ahli keluarga kepada seorang pesakit lelaki berbangsa Cina berusia 43 tahun tanpa maklumat pengenalan diri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pesakit dimasukkan ke Hospital Sibu pada 27 Jun lalu oleh Pegawai Polis yang bertugas kerana didapati merayau di sekitar kawasan Medan Mall secara bersendirian serta tidak memiliki sebarang dokumen menyukarkan usaha menjejaki waris atau ahli keluarga beliau.

Pesakit kini ditempatkan di Wad Psikiatri Lelaki dan Hospital Sibu memohon ahli keluarga untuk hadir ke hospital atau mana-mana individu yang mengenali pesakit bolehlah memaklumkan kepada waris beliau.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Puan Naimie Binti Mohd Nawawi di talian 084-343 333 sambungan 7307 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau berjumpa dengan Pegawai Perubatan di Wad Psikiatri Lelaki Hospital Sibu.

Rezeki akan datang , bergantung macam mana cara kita menjemput rezeki itu. Jangan malas untuk rasa bersyukur, ikhlas & s...
06/23/2023

Rezeki akan datang , bergantung macam mana cara kita menjemput rezeki itu. Jangan malas untuk rasa bersyukur, ikhlas & sabar πŸ₯°

-Sumber Pakar diari hati

Sebuah kapal kargo ditahan, gagal kemuka dokumen yang diperlukanSARIKEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...
06/03/2023

Sebuah kapal kargo ditahan, gagal kemuka dokumen yang diperlukan

SARIKEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah kapal kargo berikutan gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, penahanan itu dibuat pada jarak kira-kira 5.8 batu nautika dari barat daya Muara Rajang pada jam 12.37 tengah hari semalam.

Sebelum itu katanya, aset ronda Maritim Malaysia melakukan operasi pemantauan dan berjaya mengesan kapal itu yang sedang berlayar dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 1.2 batu nautika dari aset Maritim Malaysia.

"Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh tiga orang kru warga tempatan berumur lingkungan 35 tahun hingga 58 tahun.

"Kapal berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen ketika diperiksa oleh penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kapal dan kru diiringi masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya mematuhi segala undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang aktiviti yang mencurigakan atau kemalangan di laut boleh dilaporkan secara terus ke talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis (010-5063293) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

Gambar 1: Kapal kargo yang ditahan dalam operasi Maritim Tanjung Manis di Muara Rajang tengah hari Jumaat.

KAPAL KARGO DITAHAN GAGAL KEMUKA PAS PELEPASAN PELABUHANTANJUNG MANIS, 18 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (...
05/18/2023

KAPAL KARGO DITAHAN GAGAL KEMUKA PAS PELEPASAN PELABUHAN

TANJUNG MANIS, 18 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah kapal kargo pada Rabu, berikutan gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan ketika diperiksa.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, kapal itu ditahan di kedudukan lebih kurang 0.96 batu nautika dari barat Muara Rajang sekitar jam pukul 12.12 tengah hari.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, keempat-empat orang kru lelaki warga asing dan dua orang lelaki warga tempatan, berumur dalam lingkungan 21 hingga 66 tahun berserta kapal kargo dan muatan batu kelikir kira-kira 1,200 tan metrik diiring ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disasat di bawah Akta Kastam 1967.

Dolok-dolok!!!!!!
05/11/2023

Dolok-dolok!!!!!!

Mayat lelaki hilang dalam insiden bot karam di perairan Belawai ditemuiTANJUNG MANIS, 8 April: Seorang lelaki warga temp...
04/08/2023

Mayat lelaki hilang dalam insiden bot karam di perairan Belawai ditemui

TANJUNG MANIS, 8 April: Seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di perairan Belawai pada Isnin lepas ditemui mati lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata tujuh penyelam dari Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan seorang pagawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergerak ke lokasi bot karam itu bagi operasi penyelaman mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Wong Pak Wei berjaya dikeluarkan sekitar jam 11 pagi tadi dan dibawa ke Jeti Terminal Tanjung Manis.

Sejurus pengesahan mayat oleh ahli keluarga, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu pada Selasa lepas, lima mangsa termasuk tiga warganegara asing yang menaiki bot itu ditemui selamat selepas 18 jam terapung.

Ketika insiden itu, bot yang dinaiki mereka dibadai ribut lalu terbalik

::: π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—œπ—§π—”π—›π—¨π—”π—‘ :::PENUTUPAN DAN PERUBAHAN LALUAN SEMENTARA DI SIMPANG SKIM B, SEKSYEN SARIKEI, WPC06 LEBUHRAYA ...
04/06/2023

::: π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—œπ—§π—”π—›π—¨π—”π—‘ :::

PENUTUPAN DAN PERUBAHAN LALUAN SEMENTARA DI SIMPANG SKIM B, SEKSYEN SARIKEI, WPC06 LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

Dua beranak hilang tempat berteduh, rumah musnah terbakarMUKAH, 7 Mac: Dua beranak hilang tempat berteduh selepas rumah ...
03/07/2023

Dua beranak hilang tempat berteduh, rumah musnah terbakar

MUKAH, 7 Mac: Dua beranak hilang tempat berteduh selepas rumah jenis tidak kekal milik mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Bakong Oya pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10 pagi.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa yang merupakan anak dan ibu berusia 38 dan 64 tahun berjaya keluar dari rumah itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku ...
03/01/2023

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera, Pekan dan Rompin) β€’ Negeri Sembilan β€’ Melaka β€’ Johor sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) β€’ Terengganu β€’ Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) β€’ Selangor β€’ WP Kuala Lumpur β€’ WP Putrajaya β€’ Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga Rabu, 1 Mac 2023.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dikeluarkan pada: 7:30 pagi, 1 Mac 2023


Bazar PosaRaya di Downtown Taman Selera Kampung Baru Seberang 2023 pastinya berbeza pada bazar-bazar sebelum ini.Assalam...
02/25/2023

Bazar PosaRaya di Downtown Taman Selera Kampung Baru Seberang 2023 pastinya berbeza pada bazar-bazar sebelum ini.

Assalamualaikum berbaki 28 Hari Lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Bulan Ramadan sudah pastinya ketibaaan Bulan tersebut dirundui oleh seluruh umat islam.

Kali ini Pihak Pengerusan Downtown Akan bekerjasama dengan Pihak Pusat Khidmat Rakyat Dun N.41 Kuala Rajang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.206 Tanjong Manis dan juga Tabung Haji Cawangan Sarikei.

Alhamdulillah sejak penyertaan dibuka pada 20 February yang lalu penyertaan daripada masyarakat sekitar telah mula memenuhi tapak jualan sempena Bazar PosaRaya di Downtown yang terbahagi kepada Zon Makanan Minuman, Zon Berpanggang dan juga Zon Pakaian serta accessories bagi persediaan menyambut lebaran.

Pelbagai pengisian program mingguan telah disusun antaranya Lan Berambeh sungkey di Downtown, Pertandingan Booth Raya Tercantik , Pintu gerbang Raya di Downtown Dan banyak lagi.

Selain Pusat jualan, Pihak Baitulmal Cawangan Sarikei akan membuka 1 booth bertempat di Lot F9 bagi menempatkan amil yang dilantik agar masyarakat sekitar boleh membayar Zakat Fitrah sewaktu berkunjung ke tapak Bazar PosaRaya kali ini.

Kepada masyarakat sekitar jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tapak jualan Bazar PosaRaya di Downtown pada tahun ini kerana terdapat pelbagai pengisian program yang menarik telah disusun.

Ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadan, bulan mulia, penuh berekah penuh maghfirah Amin.

::: π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—œπ—§π—”π—›π—¨π—”π—‘ :::PENUTUPAN DAN PERUBAHAN LALUAN SEMENTARA DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT BINTANGOR SEKSYEN SARIKEI...
02/21/2023

::: π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—œπ—§π—”π—›π—¨π—”π—‘ :::

PENUTUPAN DAN PERUBAHAN LALUAN SEMENTARA DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT BINTANGOR
SEKSYEN SARIKEI, WPC06 LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

MEROKOK DI KEDAI MAKAN : 6 DIKENAKAN NOTIS Sikap berdegil perokok yang masih tidak peduli peraturan larangan merokok di ...
02/20/2023

MEROKOK DI KEDAI MAKAN : 6 DIKENAKAN NOTIS

Sikap berdegil perokok yang masih tidak peduli peraturan larangan merokok di tempat awam di kedai makan membawa padah apabila 6 orang dikenakan notis tawaran kompaun oleh Penguatkuasa Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Operasi yang disertai 5 anggota kesihatan telah membuat pemeriksaan keatas 10 premis kedai makan di sekitar Bandar Sarikei.

Kedegilan perokok semakin menggusarkan pelanggan yang tertekan dengan bau asap rokok malah ada pekedai yang mengambil inisiatif mengguna tulisan amaran yang besar melarang merokok.

Sehubungan dengan itu pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei terus ingin memberi peringatan kepada perokok agar mematuhi larangan merokok khususnya di kedai makan dan tempat larangan merokok yang lain. Kesalahan yang dikeluarkan boleh dijelaskan tawaran kompaun di Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei atau mana-mana Pejabat Kesihatan di seluruh Malaysia.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Betong, Sarikei (Pakan, Sa...
02/15/2023

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) β€’ Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) sehingga 7:00 malam; Rabu, 15 Februari 2023.

⚑️⚑️⚑️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:30 petang, 15 Februari 2023




Ahoy! Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) mempelawa warga Kuching untuk hadir ke Sesi Penga...
02/08/2023

Ahoy! Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) mempelawa warga Kuching untuk hadir ke Sesi Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM Siri 1/2023 yang akan diadakan pada Sabtu 18 Februari 2023, bermula jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan bangunan PSTL Kuching.

Hadirkan diri dengan membawa DOKUMEN ASAL berserta SALINAN seperti yang diperlukan dan ***LENGKAP BERPAKAIAN SUKAN.

*** Baju putih berkolar, seluar sukan dan berkasut sukan
** Bertudung gelap (Calon wanita Islam)
** Rambut diikat kemas/bersanggul (Calon wanita bukan Islam)
** Rambut pendek/kemas
** Tiada misai/janggut (Calon lelaki)

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial media rasmi PSTL Kuching.

Selamat Maju Jaya!

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Timur
Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM
Markas Wilayah Laut 2
PLAS TLDM Politeknik Kuching Sarawak

RAMALAN CUACA SIGNIFIKANBerdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijan...
02/02/2023

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak pada sebelah petang dan malam sehingga 8 Februari 2023.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan, 1:00 tengah hari
Tarikh: 2 Februari 2023

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Mukah (Dalat dan Mukah) da...
01/28/2023

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau) β€’ Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) β€’ WP Labuan sehingga 1:00 tengah hari; Sabtu, 28 Januari 2023.

⚑️⚑️⚑️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 10:00 pagi, 28 Januari 2023

01/26/2023

Termasuk Hari ini 16 hari tiada bekalan air di Kampung Lot BELAWAI!!!!

01/23/2023

Address

Sarawak, ON

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanjung Manis Update posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Social Media Agencies in Sarawak

Show All