28/03/2021
PONTIANAK DI MALL LAMA...
Aku sepatutnya buat live hari ni, kat Lokasi bangunan lama mall di negeri belah utara yang tidak pernah siap..Katanya tak dapat kelulusan pbt masa bangunan tu hampir siap..
Jadi bangunan lama ni terbiar lebih 20 tahun di Biarkan kosong..
Dalam keadaan hujan renyai renyai aku dan isteriku tiba di bangunan lama ni, tak susah nak cari Lokasi bangunan ni, klik waze dah boleh sampai ke sini.
Dengan keadaan persekitarannya nampak agak Suram, ditambah keadaan gelap di dalam bangunan tu, keadaan bangunan itu lebih nampak menyeramkan.. Ada beberapa orang dari tadi berada seberang jalan memerhatikan kami berdua dari tadi..
"ada benda kat sini.. Ada rasa" ayat terpacul dari mulut isteriku..
Tadinya aku bercadang nak buat live dalam bangunan mall lama ni, oleh kerana kesihatan isteriku tak mengizinkan, dia nak berada dalam kereta sahaja, aku nak masuk dalam bangunan tu pun tak guna, aku bukan boleh nampak apa yang dia nampak..aku rasa agak kecewa sikit, tapi aku lebih pentingkan kesihatan isteriku dari segalanya..
Kereta aku mengelilingi bangunan lama tu, aku terpaksa memandu perlahan kerana jalan agak berlopak lopak.. "berhenti sini.. Undur sikit " kata isteriku..Lantas aku mengundurkan kereta betul betul laluan tepi jalan yang kelihatan Lorong dipenuhi semak samun di tepi bangunan lama tu, setelah dia mengambil gambar dua Tiga kali menggunakan phone nya aku memandu bergerak kedepan untuk keluar dari bangunan lama tu. "ada nampak apa apa lagi tak??.. Tanya aku
" ada.. Tu kat tingkat dua"sambil menunjukkan jarinya keatas.. Oleh kerana kereta aku dah terlajak turun simpang keluar dari situ, aku ambil simpang kiri, supaya aku boleh ambil gambar lebih jelas tingkat atas tu dari tepi jalan, aku memberhentikan kereta, aku ambil dua keping gambar Lokasi yang sama, Kemudian aku bergerak keluar dari situ dengan cepat, dengan keadaan isteriku yang tak berapa sihat, aku lebih risaukan keadaannya..
Dalam perjalanan p**ang, hujan semakin lebat, jadi aku memandu perlahan berhati hati,lebih kurang setengah jam perjalanan, kami dah sampai, setelah bertukar baju, aku meminta semua gambar yang isteriku ambil tadi, tambah ada dua keping gambar yang aku ambil sendiri tadi, dalam banyak banyak gambar yang dia ambil, hanya ada dua gambar yang ada penampakan yang isteriku nampak..
"ni lembaga wanita berambut panjang menutupi mukanya putih.. Dia memandang kebawah (gambar 1) yang ni p**a keadaannya seperti duduk mencangkung" (gambar ke2)..
Tadi masa ambil gambar, ada banyak nampak benda.. Tapi yg ada nampak kat gambar, yang ni je".. Katanya lagi...
*Korang tak payah lah jegil mata nak tengok kat tempat yang aku bulat tu.. Bukan semua yang boleh nampak, Hanya yang ada kelebihan hijab terbuka je boleh nampak, aku tahu ramai juga yang punyai kelebihan sama dapat melihat apa yang isteriku lihat di dalam gambar itu,aku pernah jumpa beberapa orang yang punyai kemampuan yang sama..
Ada beberapa orang paranormal yang pernah buat penjelajahan ent**i bangunan lama tu pada waktu malam, tapi mereka tak nampak ent**i yang ada didalam sana, Bukan semua orang punya Kebolehan boleh melihat apa yang mata manusia Biasa tak dapat lihat..
Sebenarnya semua makhluk kejadian ciptaan Allah ada di persekitarannya kita, bezanya sama ada kita nampak ataupun tidak..
Aku bertekad akan kembali ke sini nanti bila keadaan kesihatan isteriku mengizinkan..
In Shaa Allah...